BAB 11

6K 46 0
                                    

PAPPPPP!!!!

"OUCH!!!" Esmeralda menjerit kesakitan.

Kedengaran tawa Sheila dari belakang.

"Shey!!! Kau ni kan. Terperanjat aku. Weii, baik kau jangan buat aku macam ni kalau tak nak kawan kau mati terkejut." kata Esmeralda dengan nada yang merajuk.

"Sorry ma'am. Promise tak buat lagi tapi aku dah terbiasa lah Es." Sheila mengambil tempat duduk disebelah Esmeralda tanpa dipelawa.

Sheila mengesekkan sikunya ke lengan Esmeralda.

"Apa kau buat ni Shey? Nasib baik air aku tak tumpah." kata Esmeralda separuh berbisik.

"Tu.. Tu... Siapakah gerangan jejaka tampan mat salleh ni?" sambil Sheila memuncungkan mulutnya.

"Oh ya, kenalkan ni Michael. Sahabat lama aku." Esmeralda pergi ke arah Michael dan memeluk bahunya.

Melihat gelagat Esmeralda, Sheila memusingkan bebola matanya ke atas.

"Shey, sampai hati kau buat muka macam tu.." nada Esmeralda sedikit menjauh.

"Haha, itupun nak merajuk. Handsome lah sahabat lama kau ni. Minta nombor whatsapp dia boleh?" Sheila tersipu-sipu sambil menutup mulutnya.

Kini giliran Esmeralda yang memusingkan bebola matanya kepada Sheila.

"Es!!" jerit Sheila.

Michael yang dari tadi melihat gelagat keduanya, ketawa kecil.

"I'm so glad that she finally happy." kata Michael di dalam hati melihat Esmeralda tertawa gembira.

Esmeralda melirik jam nya yang hampir pukul 1.30 petang. Membeliakkan matanya.

"Guys, masa mencemburui kita. We have to go." kata Esmeralda sambil menunjukkan jam tangan Gucci nya.

Mereka meninggalkan Royal Palace Cafe. Sheila memandu keretanya sendiri dan Michael bersama Esmeralda.

BEBEAUTY BLUSH CO.
Di tempat parkir...

Michael keluar dari perut Si Roro dan menanti Esmeralda keluar dari tempat duduknya. Apabila Esmeralda keluar Michael memimpin tangan Esmeralda.

"Aww, so sweet..Saya seganlah Mikey..Hihi.." Esmeralda tersipu malu melihat perlakuan Michael.

"Nah, just for you sugar.." kata Michael sambil mencium buku jari Esmeralda.

Esmeralda memberi kunci keretanya kepada Lindsey.

Michael menghantar Esmeralda ke pintu utama bangunan Bebeauty Blush. Co. dan meleraikan pegangan tangannya pada Esmeralda.

"There you go sugar, saya kena pergi sekarang. My team is waiting me." katanya lembut kepada Esmeralda.

Sukanya bila dengar pelatnya dalam berbahasa melayu. Hihi.. Esmeralda tersenyum sendiri.

"What's up sugar, muka saya okay ke? Why you smile like that?" tanya Michael kebingungan.

"Nothing, by the way, thank you so much." Esmeralda menghadiahkan kucupan di pipi kanan Michael.

Michael tersenyum dan melambaikan tangannya tanda selamat tinggal.

"Hey boy, you know how to find me right?" kata Esmeralda separuh menjerit.

Michael memusingkan badannya ke arah Esmeralda dan mengangguk tanda mengerti.

Esmeralda masuk dan hendak menuju ke ruangan office nya, dalam perjalanannya Esmeralda melihat pemuda baru itu sedang fokus mengambil fail dokumen di rak.

Esmeralda menghampirinya. Dan berbisik di telinga pemuda itu.

"Well, young man..dimana kita berhenti tadi?" tanya ku bernada manja.

Dengan kelam-kabut bercampur terkejut pemuda itu memalingkan wajahnya ke arah Esmeralda.

"Er..err..kat mana Cik, ehh.. Tengku?" pemuda itu memandang ke lantai.

"Siapa namamu fresh meat? Raww.." Esmeralda semakin ligat mengusik pemuda itu.

"Apa perempuan ni nak agaknya? Dia belum tahu siapa aku lagi ni." gerutu pemuda itu di dalam hati.

Pemuda itu tidak mengendahkan Esmeralda dan menuju stor tempat tersimpannya alat untuk membersih pejabat. Esmeralda mengekorinya.

Tiba-tiba.....
Zasssssss!!!!

==============================

Terima-kasih pembaca Masih Ada Syurga Buatku kerana setia menanti Bab baru ❤️

Siapakah pemuda itu? Siapakah yang memerhati Esmeralda, Sheila dan Michael? Persoalan itu lambat laun akan terjawab juga. Stay Tuned, 😘

Salam sayang,
DeLunarFairy 🌙

MASIH ADA SYURGA BUATKU Where stories live. Discover now