BAB 3

11.5K 87 0
                                    

Pintu gerbang shopping complex terbuka luas seolah-olah mengalu-alukan kedatangan mereka berdua.

Kesemua bodyguard melakukan peranan masing-masing. Mengikuti Esmeralda dan Sheila dua meter dari belakang.

"Es, jum kita ke butik Christy Ng, ada New Arrival weiii..punya syantikk design baru kasut dia.."Sheila meletakan tangannya di celah lengan Esmeralda dan berjalan dengan laju menuju butik tersebut.

Esmeralda mengikuti sahabatnya itu dengan pasrah sambil membuat isyarat thumbs up kepada kesemua bodyguard skuad satu.

"SAFE.."mulut Esmeralda kumat kamit sambil memberi isyarat selamat.

Sambil Sheila mencuba kasut-kasut yang berkenan di hatinya. Aku terasa ada yang memerhati. Namun saat aku toleh ke arah itu. Tiada sesiapa.

" Ahh..mungkin perasaan ku saja tadi.."desis Esmeralda dalam hati.

"Babe, I want this please."bodek Sheila kepada Esmeralda.

"Iya.. Ambil lah.. Letak kat kaunter ye tuan puteri.." kata Esmeralda sambil meleret senyum.

Sheila adalah anak kepada maid keluarga yang berkhidmat di rumah Papa dan Mama. Dari kecil Sheila lah lah yang menemani ku. Sheila dah seperti adik kandungku sendiri.

Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan University, kami berdua sangat akrab walaupun saat university Sheila mengambil course Accountancy dan aku Business Management.

Namun di sebalik memori indah, terselit memori pahit yang takkan kami berdua lupa.

"Es, kau okay ke? Dari tadi kau toleh-toleh kiri kanan belakang. Kau jangan nak takutkan aku babe.."kata Sheila terketar-ketar.

" Nothing dear, mungkin perasaan aku je kot. Don't worry okay, kite ada abam-abam sado. " Esmeralda menenangkan Sheila.

Saat aku ke toilet,aku titipkan Sheila bersama Chad dan Edd. Math, Isabella dan Chew mengikuti aku. Isabella masuk bersama aku dalam toilet.

PANGGGGGGGGG!!!!

Bunyi pintu tandas ditutup kuat.

BENGGGGGGGGG!!!!!

Aku terkejut dan mengundur ke belakang. Alangkah terkejutnya aku... Terduduk di lantai, melihat Isabella ditembak di perut. Darah memercik ke udara.

Jantung aku seakan laju mengepam udara ke seluruh organ tubuhku. Darah aku terasa dingin. Kepala aku bagai nak pitam. Ku gahkan diri melihat siapa di depan mata.

Issabella mengerutu kesakitan. Sebelum aku pergi ke arah Issabella, aku selesaikan dulu si bedebah ini.

Esmeralda mengeluarkan Glock Meyer 22, dan menembak tepat pergelangan tangan si pelaku dan pistolnya terjatuh satu meter dari tempat dia bediri.

BENNGGGGGGGGG!!!!!!

Lima saat kemudian, skuad satu memenuhi tempat kejadian. Orang awam bertempiaran lari ketakutan mendengar dua das tembakan daripada pelaku dan Esmeralda sendiri.

Si pelaku memakai topeng muka dan Esmeralda membukanya sendiri saat semua bodyguard memegang kuat kedua tangannya.

Ya Tuhannn...

Esmeralda terdiam membisu.

Sheila sedang ligat menelefon ambulan untuk mengambil Issabella. Tak sampai sepuluh minit, ambulan sampai membawa Issabella pergi dan Sheila mengekori pasukan ambulan.

Pasukan polis pula tiba di tempat kejadian. Huru hara satu shopping mall pada hari ini.

"Tengku tak apa-apa ke?" tanya salah seorang pegawai polis cemas.

"Jangan risau. Saya tak apa-apa. Saya terpaksa guna ini. Keadaan darurat." sambil mengangkat Glock Meyer 22 yang digunakan untuk menembak lengan pelaku.

"Syukur. Tengku tak pergi hospital untuk check-up kot ada yang injured?"

Hmm.. Nice try abang polis handsome...

"Huh, what? Tak tak tak.. Saya okay." celaka aku ni boleh pula berangan saat genting macam ni..malunyaa..

"Encik, sila maklumkan info pelaku kepada Math ya. Saya tak nak dia lolos." kata Esmeralda kepada pegawai polis tadi.

"Baik Tengku." arahan diterima.

Rasa terpukul bila melihat wajah pelaku tadi. Ini semua GILA..

MASIH ADA SYURGA BUATKU Where stories live. Discover now