HUMAYRAA dan Fahryil terus sahaja dikejarkan ke hospital sebaik sahaja mereka tiba di tanah besar. Ketika membuat pemeriksaan di salah sebuah hospital swasta yang berada di Johor, doktor pakar telah membuat pengesahan bahawa tahap kesihatan Humayraa tidak terjejas, hanya memberi ubat tahan sakit kepada Humayraa untuk makan apabila perlu sahaja. Fahryil pula perlu dimasukkan air dan ubat untuk menurunkan suhu badannya dan memastikan dia cukup terhidrasi. Mereka tidak menunggu lama di Johor sebaliknya terus sahaja pulang ke Kuala Lumpur. Lisa yang sibuk menguruskan dan bertemu dengan doktor yang merawat Fahryil di hospital swasta di Kuala Lumpur, akhirnya hanya mengatakan bahawa Fahryil sekadar demam biasa dan boleh sahaja dirawat di rumah dengan persetujuan yang rawatan itu di bawah pantauan Lisa yang merupakan pengarah hospital dan juga seorang doktor pakar.
Humayraa melangkah masuk ke dalam bilik yang bertemakan warna coklat gelap itu. Sudah dua hari, Fahryil masih terbaring dengan berselubungkan selimut tebal. Gadis itu perlahan-lahan mendekati kepala katil. Dulang yang ditatangnya sedari tadi diletakkan di atas meja kecil di sebelah katil bersaiz King itu.
"Awak, bangun. Makan ni," Humayraa menggoyang-goyangkan lengan Fahryil.
Perlahan-lahan kelopak mata lelaki itu terangkat. Dia menoleh ke arah Humayraa dengan mata yang sedikit kemerahan. Helaan nafas yang melepasi kerongkongan terasa panas dan kedengaran agak kasar.
"Kau makanlah, anatra. Aku tak selera."
"Sayang, darling, husband~ Makanlah. Kalau you tak makan, macam mana you nak sihat? Macam mana annual grand dinner tu nak berlangsung kalau CEO tak ada? Hmm?" Humayraa cuba menyembunyikan senyumannya sebaik sahaja dia menghabiskan tutur bicara. Geli hati apabila melihat reaksi spontan Fahryil.
"Tiba-tiba rasa nak muntah bila dengar kau cakap macam tu, anatra. Please stop it. Mana mama semua?" Fahryil mengurut perlahan dahinya.
"Anatra, anatra, anatra! Tak habis-habis anatra. Anatra tu maksudnya apa? Dari hari tu awak panggil saya anatra. Nama saya Humayraa, okey? Hu-may(i)-raa!"
Fahryil tergelak kecil. "Anatra? Kalau nak tahu apa maksudnya, carilah sendiri. Kalau aku beritahu pada kau, you will owe me one. How?" lelaki itu tersenyum senget. Suhu badannya sudah mula menurun, tetapi tubuhnya masih lagi terasa lemah.
Humayraa tidak membalas, sekadar bola matanya dipusingkan tanda menyampah.
"It will be good if you rolled your eyes and they stuck at the back of your head." Sempat lagi Fahryil menyindir.
"And it will be good if it does stuck at the back of my head and you witness all of it." Humayraa menjelirkan lidahnya. Tidak mahu kalah.
"Sayang... makan ni. Nanti mama tanya I nak jawab apa? Takkan I nak jawab – 'No, dia tak nak makan so I makan dia instead?' Hmm?" Humayraa menahan suaranya di kerongkong, cuba mengawal nada bicaranya biarpun pandangan matanya kini seakan mahu menelan suaminya pada ketika itu jua.
Fahryil memegang kedua belah pipi isterinya. Tangannya agak panas disebabkan suhu badan yang sedikit tinggi. Tindakannya itu membuatkan Humayraa tergamam. Lelaki itu tersenyum senget.
"Humayraa Ianwood. Are you aware of what you are talking about just now? You want to 'eat' me?" Fahryil tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Pandangan mata coklatnya dan mata biru milik Humayraa bertaut.
Fahryil menggunakan sedikit tenaga untuk menarik wajah cantik Humayraa yang berada dipegangannya, rapat ke arah wajahnya. Humayraa yang bukan dalam keadaan bersiaga, terkejut apabila dia tersembam ke katil Fahryil. Kini, dahi mereka berdua bersentuhan. Jarak antara wajahnya dan wajah Fahryil terasa sangat dekat sehinggakan mereka dapat merasakan bahang nafas panas masing-masing.
YOU ARE READING
Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETE
Romance🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...