DAHULUNYA dia seorang yang pandai berenang dan boleh bermandi-manda dengan seronok di pantai, air terjun mahupun di kolam renang. Namun, tragedi di air terjun yang berlaku dalam hidupnya baru-baru ini tidak boleh dipadam dengan mudah, malah meninggalkan kesan yang mendalam bagi dirinya. Humayraa menjadi takut pada air.
"Jomlah, Mayraa. Kalau Mayraa tak nak ikut serta, Mayraa boleh duduk dalam bot je." Puan Sri Jeanne tidak penat-penat memujuk gadis kecil itu sedari tadi. Mereka semua mahu melakukan aktiviti snorkeling dan scuba diving pada pagi itu seusai sarapan.
"Baik Mayraa jalan-jalan dekat pulau ni saja. Mayraa nak tengok keindahan ciptaan Allah." Gadis bermata biru itu masih lagi gigih menolak. Nasi goreng yang berbaki sedikit dipinggannya dimakan perlahan-lahan. Sarapan pagi itu hanya bermenukan nasi goreng ikan masin sahaja.
"Weakling, anatra."
Humayraa menoleh ke arah punca suara halus tersebut lalu mencebik kecil.
"Eh hello? Sorry sikit. Siapa entah yang lemah? Siapa entah yang demam semalam? Tak sedar diri betul." Humayraa mencebik kecil di hujung ayatnya.
Rahimah yang berada di sebelah Humayraa segera menyinggul anak susuannya itu. Wanita itu menjengilkan matanya.
"Humayraa. Jangan buat perangai macam tu pada suami." Tegas benar suara Rahimah.
Humayraa yang tersentap dengan teguran ibu kembali menoleh ke arah Fahryil. Lelaki itu cuba menyembunyikan senyuman puasnya. Dia yang sudah selesai bersarapan, bangkit lalu beredar pergi.
"Pergi minta maaf dengan Fahryil sana. Haish, ibu tak pernah ajar perangai macam tu. Jangan buat muka pada suami. Jangan cakap kasar pada suami. Jangan melawan suami selagi dia tidak melanggar hukum Islam." Leter Rahimah dengan wajah yang serius, sekali gus membuatkan Humayraa kecut perut.
Sesudah selesai menghabiskan sarapan paginya, tanpa menunggu lama, Humayraa meminta diri untuk beredar dari situ. Perlahan-lahan dia merapati Fahryil yang leka melihat laut nan biru. Gadis kacukan Inggeris-Palestin itu berdiri di sebelah suaminya dan turut membuang pandang ke arah laut. Tidak jauh dari Pulau Dayang, ada sebuah pulau yang lebih besar diberi nama Pulau Aur.
"Err... dah sihat?" Humayraa sekadar bertanya. Fahryil mengerling ke sebelah kanannya. Dia hanya diam. Senyuman yang mahu terbit, ditahan.
"Hmm."
"Ma-maaf." Terasa berat untuk perkataan itu meniti di bibirnya. Humayraa tunduk memandang kaki sendiri.
"Untuk apa?"
"Ibu suruh pergi minta maaf. Walaupun sebenarnya ada seseorang tu yang mulakan dulu." Perlahan saja nada suara gadis bermata biru itu.
Fahryil tersenyum kecil. Matanya masih lagi memandang ke arah laut. "Kiranya, awak minta maaf sebab ibu suruhlah ni? Ikhlas ke tak ni?"
"Saya baik kalau orang tu layan saya baik. Simple." Ujar gadis itu tanpa berselindung.
"Heh." Lelaki itu tertawa sinis. "Okay, fine. Aku maafkan kau, dengan syarat..." kini mata coklat itu mencari wajah bersih Humayraa. Keningnya terjongket sebelah.
"Join me snorkeling, weakling anatra." Bibirnya meleretkan senyuman senget.
Humayraa terdiam lama. Dia mengetap bibirnya sekali lagi. Lelaki itu tahu bahawa dia takut akan air namun masih mahu mencabarnya. Dua mata itu bertentangan."Lagipun, semalam aku terpaksa pergi hiking sebab kau. Tengok, tak pasal-pasal demam. So today, I want you to join me. So that, we will be even."
"Awak cabar saya? Sure, I will do it." Gadis itu mengangguk beberapa kali. Fahryil mula tersenyum kepuasan.
.....
YOU ARE READING
Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETE
Romance🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...