Special Chapter

2.6K 103 19
                                    

DANISH SAYF melangkah masuk ke dalam pejabat mini ayahnya yang ada di dalam rumah banglo mereka. Pemuda tampan tersebut dapat melihat ayahnya sedang duduk bersantai di balkoni pejabat itu sambil menikmati pemandangan langit malam yang luas serta disajikan kopi panas. Terdapat dua biji cawan yang ada di atas meja kecil itu. Tahulah dia yang sememangnya Fahryil sedang menanti kehadirannya sedari tadi.

"Sorry lambat. Along baru balik kerja." Sapaan suara dalam itu membuatkan Fahryil tersedar dari lamunannya. Dia menoleh memandang wajah tampan anak sulungnya yang kini sudah dewasa, mirip sekali dengan dirinya suatu ketika dahulu.

"Kamu balik lewat hari ni,"

"Biasalah, daddy." Ujar Danish ringkas sambil melonggarkan ikatan tali lehernya. Lelaki yang berambut perang secara semulajadi itu terus sahaja melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi kosong yang terletak bersebelahan dengan Fahryil.

"Daddy ada nak cakap apa-apa pada Along ke? Mommy mana? Tadi Along balik, tak ada nampak sesiapa pun." Danish bertanya sebelum dia mencapai mug yang berisi kopi panas yang ada di atas meja kecil itu. Perlahan-lahan air hangat itu dihirup sedikit membasahkan tekak yang terasa kering.

"Mommy dah masuk tidur. Harini dia sibuk dengan mesyuarat di Yayasan sebelum pergi hari terbuka di sekolah Nara. Yang lain, adalah tu dalam bilik masing-masing."

Danish mengangguk faham dan seketika kemudian suasana di situ menjadi sepi kembali.

"Along... kamu tak ada girlfriend ke? Kamu tak nak berkahwin ke? Umur kamu pun dah 25 tahun." Tanpa berkias, Fahryil terus sahaja menyuarakan tujuan asal dia memanggil anak sulungnya itu.

Buat beberapa ketika, Danish Sayf terdiam sebelum tertawa kecil melihat wajah ayahnya. Dia menggeleng-gelengkan sedikit kepalanya.

"Daddy, please stop..." Danish menghabiskan sisa tawanya manakala Fahryil hanya diam. Tiada apa-apa yang dirasakan kelakar pada pertanyaannya itu.

"Ini mesti sebab dinner haritu kan?" Danish cuba meneka berdasarkan firasatnya.

"Sebab Tengku Ahmad sangkakan yang mommy tu ialah wife Along, kan?"

"..."

Fahryil Danial hanya diam tidak mengiyakan atau menidakkan. Lelaki tampan yang kini sudah pun berusia awal 50-an itu hanya melarikan anak matanya.

"Daddy... 25 tahun Along hidup, daddy asyik cemburu tengok Along dengan mommy. Sampai kadang-kadang Along tertanya-tanya sama ada daddy redha atau tidak dengan kehadiran Along sebagai anak daddy dan mommy." Danish Sayf hanya berlagak tenang sambil menghirup lagi air kopi panas yang dipegangnya. Pemuda itu kemudiannya menoleh mencari wajah ayahnya. Seulas senyuman nipis terukir di bibir merah itu. Gaya senyuman itu mirip sekali dengan Fahryil.

"Along masih tak jumpa siapa-siapa yang boleh membuatkan Along pandang dia macam daddy pandang mommy. Dan sebenarnya Along pun masih tak ada perancangan ke arah itu. Kalau Along nak cari, Along nak cari seseorang macam mommy. After all, I'm your son, daddy. Oh, but she doesn't have to be a billionaire. We can skip that part." Mata Fahryil serta-merta membulat sebaik sahaja dia mendengar ayat terakhir anak lelakinya.

"Billionaire? Apa maksud Along?" Terus sahaja si ayah menoleh ke arah wajah tenang si anak.

"Yes, daddy. Mungkin daddy dan mommy tak pernah ceritakan apa-apa pada Along dan adik-adik. Tapi Along bukan lagi Danish Sayf 20 tahun yang lepas. Selama ni memang Along sangkakan business daddy yang menyumbang kepada kelangsungan badan kebajikan dan Yayasan milik mommy. Sampailah Along dapat tahu sendiri hal yang sebenar." Fahryil terkelu saat mendengar penjelasan anak sulungnya. Sejak kelahiran Danish Sayf sehinggalah sekarang, mereka suami isteri tidak pernah berterus terang tentang status kewangan Humayraa kepada anak-anak mereka. Humayraa sendiri yang membuat keputusan untuk tidak memberitahu status 'billionaire' itu kepada tujuh orang anak mereka atas banyak sebab. Dia tidak mahu harta itu kelak mengundang pecah-belah mereka adik-beradik.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now