"HUMAYRAA! Humayraa! Humayraa!!!" gadis bermata biru itu memusingkan bola matanya. Kakinya berhenti melangkah. Berputus asa untuk melarikan diri daripada gadis pengawas yang tidak berhenti-henti menyeru namanya itu.
Nisyha tercungap-cungap cuba mengejar rentak langkah Humayraa.
"Please, Humayraa. Please, please, please..." Nisyha merayu bersungguh-sungguh seperti anak kecil.
"No, Nisyha! It is a solid no!" Riak wajah Humayraa kelihatan serius. Tiada senyuman terukir di bibirnya seperti kebiasaan.
"Please, Humayraa. Please, please, please, please...!"
"No!" Humayraa masih tegas dengan pendiriannya. Gadis pengawas itu mengeluh berat. Dia cuba membuat muka sedihnya.
"Tolonglah, Humayraa Syahlaa. Dah tak ada orang lain yang sesuai. Kau sorang saja." Nisyha masih terus memujuk. Dia masih tidak berputus asa.
Humayraa mengangkat jari telunjuk kanannya separas mata mereka berdua.
"First, this is Ramadhan. I don't like singing around in this blissful month. Second, my schedule is already packed. I have a lot of tuitions that I need to attend for. Third, the trial examination is just around the corner. I don't like messing around. Fourth, where is that Syaqila girl? She is more expert than me. Fifth, I don't want to do it because I don't want to!" panjang lebar gadis itu membebel sambil dia memeluk tubuh dan menjongketkan sebelah keningnya.
"Syaqila ada pertandingan kebangsaan dekat Sabah. Jadi kitorang tengah sibuk cari pengganti. Sebab majlis kali ni ialah gabungan tiga majlis; majlis perasmian kelas elit, majlis sambutan hari raya, majlis penutup program NILAM. Its going to be a big event of the year. VIP luar akan datang dan salah seorang VIP tu, sangat cerewet. Jadi, pengetua nak semuanya perfect." Beritahu Nisyha bersungguh-sungguh dengan wajah yang penuh simpati.
"Wow. Hebatnya VIP tu. Dia ingat dia tu sempurna sangat ke? Pengetua ingat kita semua ni malaikat? And whatever it is. I don't want to. I. Don't. Want. To." Humayraa menyebut satu persatu perkataan itu dengan tegas. Jelas menunjukkan ketidakrelaannya untuk menunaikan hajat Nisyha.
"Fine, Humayraa. Fine! Tak apalah. Terima kasih. Kaulah sahabat aku dunia akhirat. Good luck SPM nanti," Nisyha terus sahaja berlalu pergi meninggalkan Humayraa sendirian. Kini, dia pula yang menarik muka. Terasa hati dengan sahabatnya itu.
Humayraa terkulat-kulat ditinggalkan sebegitu rupa. Dia menoleh ke arah gadis pengawas yang sudah jauh meninggalkannya. Benaknya dijentik rasa bersalah. Seketika dia menggosok belakang kepala. Apa yang terjadi?
.....
SYARHA ANNISYHA mengetap bibirnya. Hatinya terasa sakit dan panas. Dia tidak dapat menafikan rasa marah dan kecewa terhadap Humayraa.
"What's so wrong with doing the performance? It's a compliment!" Nisyha mengomel sendirian. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali seraya keluhan halus terhembus keluar.
Kakinya masih setia meneruskan langkah memasuki kawasan bangunan belakang sekolah di mana proses pengubahsuaian kelas elit sedang dilakukan di situ. Niat di hatinya adalah untuk menjenguk kelas itu namun, sesuatu telah memancing perhatiannya.
Dia terdengar gelak tawa yang datang dari kawasan belakang bangunan itu. Tujuan asalnya terbatal selajur laju sahaja kakinya menapak mengikut arah punca bunyi. Siapa pula yang ada dekat kawasan belakang sekolah lepas waktu kelas macam ni? Hatinya berbisik.
Nisyha memicingkan pandangan matanya.
"Hoi!!! Apa yang korang buat ni? Tak puasa eh?!" Nisyha menyergah, matanya membulat besar. Tegak sahaja jari telunjuknya menuding ke arah lima orang pelajar lelaki tersebut. Terdapat beberapa plastik makanan ringan dan air kotak di sekitar mereka yang kelihatan sudah tidak berisi.
YOU ARE READING
Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETE
Romansa🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...