BAB 77

1.4K 70 1
                                    

HUMAYRAA yang cantik memakai baju kurung cotton bercorak batik mengetuk perlahan pintu bilik tidur Rahimah. Seketika kemudian, dia menguak daun pintu dan melihat Rahimah yang masih menyarung telekung sedang berteleku di atas sejadah. Wanita itu menghentikan wiridnya buat seketika apabila menyedari kehadiran anak susuannya di situ. Seulas senyuman indah menghiasi seraut wajah yang kian dimamah waktu itu.

"Cantiknya anak ibu. Mayraa nak pergi mana ni?" Lembut sahaja pertuturan Rahimah sambil mengusap tangan Humayraa.

"Ada majlis makan malam company, ibu."

"Pergi dengan Fahryil sekali ke?" pertanyaan daripada ibu susuannya itu membuatkan Humayraa terdiam seketika. Lambat-lambat gadis kacukan Inggeris-Palestin itu menggeleng.

"Fahryil ada program dia sendiri. Mayraa pergi sorang-sorang," Humayraa tersenyum nipis. Dia sekadar membiarkan tangannya dibelai lembut oleh Rahimah.

Wanita itu mengangguk beberapa kali. "Hati-hati, jaga diri, anak ibu. Jangan balik lambat sangat. Kalau dah lewat, tunggu Fahryil atau Pak Tam datang jemput Mayraa," pesan wanita itu. Humayraa mengangguk sambil menyalami tangan Rahimah. Kedua belah pipi tua itu dikucup dengan penuh kasih.

"Ibu okey ke tinggal sorang ni? Mama tak ada, dia ada program lain."

Rahimah memegang kejap tangan anaknya. "Ibu okeylah. Lagipun bukannya ibu tinggal sorang-sorang, ada Mak Bi dengan yang lain." Wanita itu tersenyum.

"Okeylah. Mayraa turun dulu. Nanti lambat sampai." Ujarnya sebelum bangkit dan beredar. Rahimah memandang Humayraa yang melangkah keluar. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

Dengan sekujur tubuh yang masih menyarungkan telekung solat, Rahimah bangkit lalu menuju ke tingkat bawah. Dia dapat mendengar bunyi enjin kenderaan sekali gus mengetahui bahawa Humayraa sudah pun bergerak pergi ke majlis makan malam yang dimaksudkan. Langkah kakinya terhenti apabila dia terlihat Fahryil yang duduk berseorangan di ruang tamu rumah banglo itu. Lelaki itu hanya diam tidak berkutik di tempat duduknya, melontarkan pandangan kosong ke arah skrin TV yang gelap hitam.

"Fahryil?" panggilan daripada Rahimah telah menyentakkan pemuda itu. Fahryil menoleh ke arah wanita itu sambil tersenyum hambar.

"Kamu buat apa termenung sorang-sorang dekat sini? Kamu ada masalah?" Rahimah melabuhkan punggungnya di sisi lelaki itu. Wajahnya penuh dengan riak prihatin.

"Ibu..." lelaki itu bersuara perlahan.

"Boleh tak Aril nak baring dekat riba ibu?" permintaan diluar jangkaan itu benar-benar mengejutkan Rahimah. Namun wanita itu tidak berkata apa-apa sebaliknya dia hanya tersenyum manis dan menganggukkan kepala. Seperti anak kecil, Fahryil terus sahaja mendaratkan kepalanya di atas ribaan Rahimah.

"Perangai Aril ni sama macam Mayraa. Manja betul," Rahimah tergelak kecil sambil mengusap lembut rambut menantunya itu.

"Aril tak pergi majlis makan malam ke? Mayraa kata Aril ada program lain malam ni," wanita itu cuba berbasa-basi. Enggan membiarkan suasana di situ terasa janggal.

"Aril ajak Mayraa pergi sama-sama. Aril siap carikan baju untuk dia. Tapi dia tak nak. Dia tetap nak pergi majlis lain," Rahimah hanya diam mendengarkan aduan itu.

"Ibu, kenapa Mayraa tak sedar effort Aril? Dia anggap Aril main-main dengan semua ni. Tapi... Aril betul-betul ikhlas dengan dia," Fahryil bersuara perlahan, menyatakan hakikat yang selama ini terbuku di dalam hatinya. Tangan Rahimah yang sedari tadi mengusap rambut lelaki itu, terhenti tatkala mendengar butir bicara tersebut. Wanita itu terkejut mendengar pengakuan yang dibuat oleh menantunya.

"Aril pernah lafazkan pada Humayraa?" pertanyaan itu membuatkan Fahryil diam. Perlahan-lahan dia bangkit dari pembaringannya lalu menoleh ke arah Rahimah. Lelaki itu menggelengkan kepala.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now