ANGIN sejuk malam itu terasa menyucuk hingga ke tulang. Bacaan suhu kini ialah 4 darjah Celcius. Gadis bermata biru itu duduk termenung di bahagian atas bumbung bangunan bilik sewanya. Pemandangan malam daripada tingkat lapan bangunan itu menampakkan suasana sibuk di salah sebuah lokasi di kota London. Hatinya terasa kosong. Sudah lebih dari seminggu dia menetap di kawasan itu. Dia masih gagal untuk mendapatkan tidur yang lena. Memori silam masih menghantui hidupnya. Humayraa memeluk tubuhnya yang bersarung kot labuh tebal.
"Humayraa,"
Mata birunya membulat tatkala suara itu menampar gegendang telinga. Humayraa menoleh ke arah punca suara. Nafasnya seakan terhenti buat seketika.
Fahryil Danial berdiri di sisi Juvieya Aima yang sedang mengendong bayi yang masih dalam bedungan. Mata mereka tegak memandang satu sama lain.
Melihatkan suaminya berada di sisi perempuan lain, dia sebagai isteri, terluka. Hatinya terasa pedih seakan disiat-siat dengan sembilu. Humayraa cuba untuk tersenyum biarpun nampak begitu terpaksa.
"Congratulations?" Dia cuba menahan gejolak rasa yang menggila.
Fahryil melontarkan pandangan yang mengandungi maksud yang mendalam. Perlahan-lahan, lelaki itu meleretkan senyuman. Mereka berdua sekadar membalas pandangan. Hati masing-masing meronta untuk mengungkapkan kata, namun mereka berdua hanya mendiamkan diri sahaja.
Tawa Juvieya Aima mengalihkan perhatian Humayraa. Gadis bermata biru itu mematikan senyumannya. Dia merenung tajam ke dalam anak mata Vieya sebelum pandangannya jatuh pada bayi yang berada dalam kendongan wanita itu.
"You lost, girl." Wanita itu tertawa menyindir seraya kakinya membuka langkah mendekati Humayraa yang hanya membatu di situ. Fahryil pula sekadar mendiamkan diri dan hanya memerhati sahaja.
"Well, I didn't compete on anything so I have nothing to lose." Humayraa tersenyum sinis.
"A boy or a girl?" Mata biru itu teralih pada bayi yang berada dalam kendongan Juvieya. Gadis kacukan Inggeris-Palestin itu cuba melihat namun dia langsung tidak menduga bahawa yang disangkakan bayi itu rupa-rupanya hanyalah sekadar batu nisan yang berdarah. Humayraa terperanjat. Matanya membulat. Pantas dia mencari wajah Juvieya, mahukan penjelasan.
"Terkejut?" Wanita itu kian mendekat sehingga menyebabkan Humayraa tersandar di dinding. Dia dapat melihat kenderaan lalu-lalang di bawah. Humayraa menoleh ke arah Fahryil yang diam membatu di tempatnya. Lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi. Hanya merenungnya dengan satu pandangan yang dingin, lebih dingin daripada cuaca di kota London pada malam itu.
"Kau yang bunuh anak aku, Humayraa! Kau pembunuh! Kau kejam! Kau bunuh bayi yang tak bersalah ni! Aku tak akan maafkan kau, pembunuh!" Peluh dingin memercik keluar menuruni dahinya tatkala mendengar tujahan kata-kata Juvieya.
Humayraa menggeleng-gelengkan kepalanya cuba menafikan. "Tak! Aku tak bunuh siapa-siapa! Aku tak bersalah!" Humayraa cemas apabila Juvieya semakin menghampiri. Wanita itu kemudiannya tergelak besar seakan mengilai.
"You are so cruel, Humayraa. I hate you. You are a monster." Fahryil yang selama ini hanya membisu, bersuara. Pandangan yang dilontarkan terasa begitu jijik, penuh dengan kebencian.
"Anak aku dah mati! Kau yang bunuh dia! Kau pun patut mati sekali! Kau patut mati!" Juvieya mengangkat tinggi batu nisan yang dikendongnya melepasi paras kepala. Darah yang mengalir dari batu itu menitis-nitis ke lantai. Batu itu dihayunkan ke kepala Humayraa dengan sekuat hati.
"Ahhh!"
.....
"AHHH!" mata biru itu terbuka luas. Nafasnya menderu laju seakan baru sahaja selesai membuat larian marathon. Seluruh tubuhnya basah bermandi peluh dingin. Humayraa menoleh ke serata arah. Dia berada di atas katil, di dalam bilik sewanya. Jam di dinding menunjukkan pukul 9.45 malam waktu tempatan.
YOU ARE READING
Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETE
Romance🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...