BAB 21

1.6K 64 4
                                    

HUMAYRAA termenung sendirian di satu sudut di ruang beranda masjid. Fahryil, suaminya sedang sibuk melayan kenalannya. Lagipun, memang kehendak gadis itu yang mahu menyendiri buat seketika. Dia tidak tahu apa yang sebenarnya difikirkan pada saat ini. Dia tidak tahu apa yang dia rasakan kini.

“Humayraa,” panggilan seseorang telah mengalihkan tumpuannya. Lamunannya bersepai entah ke mana. Gadis kacukan Inggeris-Palestin itu menoleh. Seorang lelaki Inggeris berdiri di hadapannya sambil menghadiahkan seulas senyuman yang manis.

Humayraa hanya diam. Sekadar meleretkan senyuman nipis sahaja. Wajah itu terasa begitu asing di pandangan matanya.

“Saya Isaac.” Isaac menghulurkan tangannya untuk berjabat namun huluran itu sekadar dibiar sepi. Humayraa mengerutkan dahi seraya tersenyum kelat. Mana boleh salam!

Lelaki mat salleh itu melebarkan senyuman. “Saya Isaac. Isaac Haxton,” ringkas sahaja Isaac memperkenalkan dirinya. Humayraa bingung sebentar.

“Nama sebenar saya, Isaac Ianwood.” Isaac semakin memaniskan roman wajahnya. Dia tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya yang tersusun cantik.

Mata biru itu membulat serta-merta. Mulutnya separa ternganga dek hambatan kejutan yang teramat sangat. Dia mula menangkap sesuatu.

“Ya, Humayraa Ianwood. Saya Isaac Ianwood, abang kepada David Ianwood iaitu ayah kandung kamu.”

Humayraa pantas berlari ke arah Isaac. Huluran salam dibiarkan sepi tetapi, sesusuk tubuh lelaki Inggeris itu pantas didakap seerat-eratnya. Dakapan bagi melepaskan rindu yang menjadi gunung di hatinya. Isaac perlahan-lahan membalas pelukan itu. Hatinya menjadi rawan melihatkan reaksi Humayraa manakala gadis bermata biru itu pula sudah menangis teresak-esak di dalam dakapannya. Humayraa langsung tidak menyangka bahawa dia akan dapat bertemu dengan keluarga terdekat arwah abinya.

Lama Humayraa menangis, menghamburkan rasa hatinya. Seseorang menyentuh lembut bahu gadis itu membuatkan dia tersedar dari gelora emosinya. Humayraa mengangkat pandangan. Seorang wanita yang berusia dalam linkungan akhir 40-an tersenyum manis padanya.

“Hai, Humayraa. Bertemu lagi kita,”

“Makcik… Lisa, kan?” pelukan sudah pun dileraikan. Kini, Humayraa berhadapan pula dengan seorang wanita Melayu yang menegurnya tadi.

“Humayraa janganlah peluk dia ni lama-lama. Nanti hati ini cemburu.” Ujar wanita itu secara berseloroh. Tangannya memaut kemas lengan Isaac.

Oh my God!” Humayraa sekali lagi terkejut.

Uncle? Aunty?” kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan. Sepasang suami isteri itu tersenyum lebar.

“Hai, Humayraa. Jangan lupakan kami di sini.” Seseorang menegur dari arah belakang. Gadis bermata biru itu pantas menoleh ke belakang.

Dua orang gadis berwajah Eropah yang berusia dalam linkungan 20-an menegurnya.

“Jade Qarihah Haxton.”

“Jane Farihah Haxton.” Kedua-duanya menghulurkan jabat salam.

Kembar?

Humayraa tertawa kecil seraya terus sahaja mendakap pasangan kembar seiras itu. Buat seketika, mereka bertiga berdakapan.

Both of you are their daughters, right?” sebaik sahaja meleraikan pelukan, Humayraa terus sahaja menduga. Mereka berdua mengangguk.

“Boleh panggil I Jade. Dan ini Jane,” beritahu Jade, terdapat satu tahi lalat berdekatan mulutnya manakala Jane pula mempunyai tahi lalat kecil di hujung mata kanannya.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now