BAB 64

1.4K 70 2
                                    

PERLAHAN-LAHAN kelopak mata itu terbuka. Pandangan yang mulanya kabur kini menjadi semakin jelas. Hanya bunyi mesin yang mampu ditangkap oleh deria pendengarannya. Dahi licinnya berkerut sedikit. Kepalanya terasa pening dan berdenyut-denyut. Seluruh badannya terasa sakit. Dia di mana? Fahryil kembali memejamkan matanya, cuba mengingati apa yang telah berlaku. Sepertinya, dia ada mendengar suara Humayraa.

Anatra!

Matanya terbeliak serta-merta. Fahryil cuba bangun dengan mendadak sebaik sahaja dia teringat akan isterinya.

"Urgh!" Sepantas itu juga dia mengerang kesakitan. Lelaki tampan itu menyentuh kepalanya yang terasa sangat sakit.

"Danny!" Juvieya yang sedari tadi berada di sisi Fahryil, terkejut melihat lelaki itu yang tiba-tiba duduk melunjur. Dia segera menerpa dan menyentuh lembut bahu kekasih hatinya.

"Baby, you okay? Take it easy. You dah seharian tak sedarkan diri," wajah Fahryil yang berselirat dengan garis-garis kesakitan, membuatkan Juvieya mengambil sapu tangan basah di atas meja lalu dilap wajah tampan itu dengan berhati-hati.

"Vie? What are you doing here? Dah berapa lama I tak sedarkan diri?" Fahryil kembali bersandar ke kepala katil dengan perlahan-lahan. Dia memicit sedikit dahinya.

"I was here all the time, baby. I risaukan you. You had an accident yesterday and were unconscious until now."

"Mana... Humayraa?" Pertanyaan Fahryil itu ternyata mengejutkan Juvieya. Riak wajahnya berubah dengan mendadak.

"Kenapa you cari dia? I'm here with you?!"

"Vie-"

"Baby, you lupa ke janji you? Don't you know how hard it is for me to be here especially when your mom is around?" Juvieya merangkul lengan sasa Fahryil. Lelaki itu mengerutkan dahinya serta memejamkan matanya. Sakit yang terasa menjalar, cuba ditahan. Perlahan-lahan, dia menatap ke dalam mata Juvieya Aima.

"Vie, I think... we need to talk," sebaik sahaja Fahryil menuturkan ayatnya, pintu bilik wad persendirian itu terbuka dan Humayraa melangkah masuk.

"Assa-" gadis bermata biru tersebut mahu mengucapkan salam seperti kebiasaannya, namun lidahnya terkelu buat seketika. Di hadapan matanya, dia dapat melihat Juvieya memeluk Fahryil.

"Anatra, wait!" Kata-kata itu membuatkan Humayraa tidak berganjak ke mana-mana walaupun hatinya meronta-ronta meminta dia segera pergi dari situ.

"Anatra?" Juvieya bertanya kepada Fahryil dengan nada yang agak terkejut.

"Le hai dato un soprannome? (You bagi dia nama panggilan sekarang?)" Gadis model itu mengajukan soalan kepada Fahryil dengan menggunakan bahasa Itali.

"Vie... penso di non poter continuare così. (Vie, I rasa I tak boleh teruskan semua ni.)" Ungkapan Fahryil membuatkan Juvieya ternganga, seakan tidak percaya.

"Ma me l'avevi promesso! (Tapi you dah berjanji dengan I!)" Juvieya sudah mahu mengamuk.

"Non ricordi quale sacrificio ho fatto, Danny? (You tak ingat apa pengorbanan I, Danny?)" Mata cantik berbentuk almond itu sudah berkaca. Wajahnya kelihatan merah padam.

"Io ricardo. A pensarci bene, ho fatto un sacco di cose, Vie. Ora, cos'altro posso fare per riscattarlo? Prima ti avevo chiesto di sposarmi ma tu l'hai cancellato, Vieya. (I ingat. Bila difikirkan semula, I dah buat banyak benda. Sekarang, apa lagi yang I boleh buat untuk menebusnya? I ajak you kahwin dulu tapi you batalkannya, Vieya.)" Fahryil tenang memberikan hujahnya.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now