BAB 3

2.2K 91 1
                                    

PEMUDA tampan itu terpaksa meredah hujan yang kian lebat. Dia menapak perlahan-lahan memasuki kawasan perumahan lot banglo untuk ke rumahnya.

Di kejauhan, kelihatan kelibat seseorang berdiri di luar pintu pagar rumah yang megah. Fahryil semakin mempercepatkan langkahnya. Bajunya habis dilencuni air hujan yang menitis seakan tidak mahu berhenti.

“Mama?” Gerangan itu semakin jelas di pandangan mata. Fahryil seakan tidak percaya melihat mamanya berdiri di luar pintu pagar rumah mereka dan terdapat dua beg besar di sisinya.

Puan Sri Jeanne yang tertunduk sambil memeluk kejap tubuhnya mengangkat pandangan perlahan-lahan. Sayu sahaja matanya melihat wajah anaknya. Pandangan itu sudah cukup membuatkan Fahryil faham akan segala yang berlaku.

“Ma? Rumah kita... kena... sita ke?” Dalam keberatan, Fahryil akhirnya menggagahkan hatinya untuk bertanyakan soalan perit itu.

Puan Sri Jeanne hanya tersenyum kelat. Air mata yang gugur terus sahaja dibawa pergi air hujan yang turut menitis membasahi tubuhnya. Fahryil segera mendakap tubuh tua yang amat disayanginya itu.

“Mama, mama tak boleh duduk dalam hujan macam ni. Nanti mama sakit,” Fahryil memegang bahu Puan Sri Jeanne dengan penuh prihatin. Hakikatnya, dia sendiri pun masih lagi tidak tahu ke mana hala tuju mereka selepas ini.

Fahryil dan Puan Sri Jeanne berhenti seketika di bawah pondok yang terdapat di kawasan taman perumahan itu sementara menunggu hujan reda. Lelaki itu memandang wajah mamanya dengan penuh garis kerisauan.

“Mama dah berapa lama berdiri dekat luar tadi?” Wajah pucat Puan Sri Jeanne membuatkan Fahryil tidak duduk diam. Wanita itu hanya tersenyum kelat. Matanya terasa semakin berat dan layu.

“Ma, ma! Mama janganlah sakit! Aril minta maaf sebab puncakan semua ni! Ma, bertahanlah. Tadi Aril ada perasan hotel bajet dekat depan. Tak jauh sangat dari sini. Mama bertahanlah, ya?” Hampir tumpah air mata lelaki itu melihat keadaan mamanya yang semakin lemah. Hujan juga sudah semakin reda. Cahaya mentari yang terselindung di sebalik awan kini sudah memancar panas membakar kulit.

Fahryil memimpin mamanya perlahan-lahan sambil tangannya yang sebelah lagi memikul dua buah beg yang bersaiz sederhana besar. Kudratnya diperah dan kakinya dipaksa berjalan. Mereka mesti mencari tempat berteduh sebelum menjelangnya senja.

.....

FAHRYIL keluar dari dalam bilik mandi lalu menuju ke arah katil. Puan Sri Jeanne duduk bersandar di kepala katil. Pemuda itu merebahkan kepalanya di atas ribaan mamanya. Wanita itu mengusap kepala anaknya dengan penuh rasa kasih.

“Mama okey?” Fahryil memandang wajah Puan Sri Jeanne. Wanita itu sekadar mengangguk dan tersenyum. Tangannya meneruskan usapan di kepala Fahryil.

“Mama rasa macam dah lama sangat Aril tak baring dekat riba mama. Anak mama dah makin besar sekarang.” Ujar Puan Sri Jeanne. Fahryil sekadar tersenyum nipis. Dia senang dan tenang apabila duduk di samping mamanya yang tercinta.

“Ma, Aril minta maaf atas semua yang berlaku. Aril tak sangka akan jadi sampai macam ni.” Fahryil berkata perlahan. Puan Sri Jeanne sekadar diam.

“Aril minta maaf sebab ada tengking mama masa dekat office pagi tadi. Aril betul-betul dah tak dapat nak fikir apa-apa. Aril rasa macam semua ni rekaan semata-mata. Aril rasa hidup Aril dah macam cerita novel. Aril rasa tak adil bagi pihak Aril dalam hal ini.” Fahryil meluahkan rasa hatinya yang sudah sekian lama dipendam.

“Mama rasa, semua ni macam tak adil bagi kedua-dua belah pihak,” Puan Sri Jeanne berbisik perlahan. Fahryil yang sedikit mengelamun mula memandang mamanya.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now