BAB 47

1.4K 61 9
                                    

SYARHA ANNISYHA memandang Humayraa Syahlaa. Gadis itu membuat isyarat tangan manakala Humayraa hanya sekadar mengangguk faham. Tangannya sarat memegang sebuah kotak yang berisi sebiji kek. Mereka kini berada betul-betul di hadapan pintu rumah Fateh Imann yang tinggal bersama datuknya.

Humayraa meminta pertolongan Nukman untuk menghantar mereka ke rumah. Dengan bantuan pemandu peribadi datuk Fateh itulah mereka berjaya sampai sehingga ke muka pintu rumah si ketua pengawas. Gadis bermata biru itu mengangguk sekali lagi, menyuruh sahabatnya mengetuk pintu rumah banglo tersebut.

Nisyha mengetuk pintu kayu jati itu beberapa kali dan berhenti mengetuk apabila kedengaran sahutan dari dalam rumah.

"Satu... dua... tiga!" Nisyha pula yang memberi isyarat. Daun pintu dikuak dari dalam.

"Ya-? "

"Happy birthday, Fateh!" Mereka berdua bersuara serentak.

"Hah?" Suara itu memancung senyuman mereka. Humayraa dan Nisyha terkebil-kebil.

"AHHH MATA AKU! Tainted!" Nisyha pantas menutup matanya tatkala terlihat seorang lelaki yang tidak memakai baju berdiri di hadapannya.

Manakala Humayraa pula, apabila melihatkan tindakan spontan Nisyha, dia juga ingin menutup matanya menggunakan tangan namun disebabkan tangannya sarat memegang kek, maka gadis bermata biru itu hanya mampu memejam kejap matanya. Persis anak kecil.

"Dah, dah. Dah boleh buka dah mata tu." Kedengaran suara lelaki itu tidak berpuas hati.

"Siapa ni?" Tanya Nisyha spontan.

"Cari Fateh ke?" Lelaki yang memakai t-shirt tidak berlengan dan berseluar tidur itu bertanya. Wajahnya tampak selamba.

"Oi, Dam! Siapa tu?" Suara Fateh kedengaran dari jauh dan kian mendekat.

Lelaki itu menoleh ke dalam rumah lalu menjawab dengan bersahaja. "Awek!"

Nisyha dan Humayraa memandang sesama sendiri. Siapa pulak mamat ni?

"Bila masa pula awek-awek kau loyal follow kau sampai ke sini?" Fateh muncul di muka pintu, matanya tegak memandang lelaki itu yang kelihatan sebaya dengan mereka. Lelaki kacukan Belanda itu menoleh ke arah tetamu yang datang. Dia terkejut. Nisyha dan Humayraa hanya melakarkan senyuman kekok.

"Err... happy birthday?"

.....

HUMAYRAA hanya tunduk. Langsung tidak berani mengangkat pandangan. Seketika kemudian, dia menyinggul bahu Nisyha yang duduk di sebelahnya.

"Nisyha, aku yang syok sendiri ke, ataupun budak tu memang tenung aku dari tadi?" Humayraa berbisik perlahan. Dia masih dapat merasakan bahang tenungan lelaki itu padanya. Fateh pula tiada di ruang tamu kala ini.

Nisyha menoleh ke arah lelaki itu.

"Kenapa ya encik tenung-tenung orang lain macam tu? It's creepy," tanpa menunggu lama, Nisyha terus sahaja menegur tindakan pemuda itu.

Mata itu beralih ke arah Nisyha pula. "Nama aku Imann Adam." Beritahu Adam membuatkan Humayraa dan Nisyha membalas jelingan sesama sendiri. Ini confirm sepupu-sepapat si Fateh! Kaum kerabat Imann.

"Aku rasa aku macam pernah nampak kau sebelum ni." Lelaki itu bersuara lagi, kali ini pandangannya beralih semula ke arah Humayraa.

"Minggu lepas. Dekat Hot-"

Pap!

Fateh yang datang tepat pada waktunya, terus menampar kepala Adam sekuat hati.

"Sakitlah, bodoh!" Imann Adam mengadoi sambil tangannya menggosok-gosok kepalanya yang terasa sakit.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now