FATEH memeriksa senarai nama peserta program pembersihan yang akan bertolak ke Air Terjun Ulu Yam pada pagi ini. Sudah ramai peserta yang tiba sejak awal pagi lagi. Masing-masing sekadar duduk di kantin seperti mana yang telah diarahkan – sibuk dengan gajet masing-masing. Nisyha pula sibuk menguruskan bahagian makanan dan minuman yang akan dibawa bersama.
Suasana sekolah hening dan tenang kerana cuti sekolah penggal pertama baru sahaja bermula. Bagi pelajar-pelajar tahun peperiksaan pula, kelas tambahan akan bermula pada hari Isnin sehingga hari Khamis sepanjang cuti sekolah penggal pertama ini.
Nisyha berjalan mendapatkan Fateh yang tampak menyendiri di satu sudut di kantin sekolah. Gadis itu tersenyum nipis melihat Fateh yang termenung jauh ke arah padang sekolah. Tentu sahaja ada sesuatu yang merunsingkan fikirannya.
“Jadi macam mana? Kita tetap akan teruskan?”
Lelaki itu menoleh apabila Nisyha menegurnya. Wajah bersihnya tampak kosong. Senarai nama yang berada di pegangan kini diletakkan di atas meja. Fateh menghela nafas berat. Nisyha akhirnya melabuhkan punggung di hadapan ketua pengawas sekolah itu.
“Macam mana benda macam ni boleh terjadi? Kita dah plan lama dah. Macam mana semua cikgu boleh ada program lain hari ni? Diorang bukannya tak tahu. Pengetua bukannya tak tahu,” Fateh menguak rambutnya beberapa kali. Anak mata coklatnya memandang wajah Nisyha yang duduk di hadapannya.
“Lepas aku siasat, sebenarnya kita dah minta kebenaran program kita lebih awal daripada program Hari Keluarga cikgu-cikgu dekat sekolah ni. Tapi, pengetua tetap luluskan program Hari Keluarga tu. Jadi, semua cikgu tak ada pada hari ini dan esok. Semua kelas tambahan yang diadakan esok dibatalkan dan dianjak ke hari Selasa. Maknanya, kita tak ada guru pengiring untuk program ni! Takkan kita nak batalkan program ni last minute? Kita dah booking bas, dah tempah makanan, dah deal dengan orang sana. What the-…” Fateh kelihatan berang di hujung ayatnya. Dia menunduk sambil tangannya memicit dahi.
Nisyha mengeluh halus. “Fateh, dengar sini.” Panggilan Nisyha menyebabkan Fateh kembali mengangkat pandangan. Tenungan mata mereka bertaut.
“Kau salah. Sebenarnya, semua cikgu tak ada dari semalam sampai esok. Diorang ke Langkawi untuk tiga hari. Kau juga tak boleh salahkan diorang. Memang betul, pihak sekolah nak buat Hari Keluarga, tapi rancangannya bukan bulan ni. Fateh, kau ingat lagi orang yang sponsor majlis Hari Guru hari tu? Orang tu jugalah yang sponsor program Hari Keluarga untuk semua kakitangan sekolah. Semua kakitangan kena join atau, mereka kena bayar semula ganti rugi kalau tak ikut serta. Pengangkutan, penginapan, makan dan minum ditanggung sepenuhnya. Ikut logiklah, siapa saja yang tak nak pergi bercuti secara percuma, kan?”
“Sebab tu, dan sebab desakan daripada banyak pihaklah pengetua luluskan. Lagipun, bukan dia yang pilih tarikh, tapi orang yang lagi atas. Dan aku yakin yang pengetua percaya yang kau boleh handle semua ni. Got it? I have to say it at last that you are a very reliable person, Fateh.” Nisyha terus sahaja bangkit lalu meninggalkan Fateh keseorangan. Senyuman nipis terukir di bibirnya.
Fateh terdiam mendengar penjelasan panjang lebar Nisyha. Perlahan-lahan, bibirnya juga terlakar senyuman. Dadanya terasa lapang. Dia mula mencapai senarai nama dan mengambil barang-barangnya.
Nisyha berdiri di hadapan pintu gerbang sekolah sambil memerhatikan peserta-peserta program yang mula memasuki perut bas. Dia menjeling ke arah jam tangannya. Jauh fikirannya memikirkan sesuatu.
“Kenapa tak naik lagi? Semua budak dah sampai?” Sapaan dari arah belakang itu menyentakkan lamunan gadis tersebut. Dia menoleh ke arah Fateh yang kian mendekati. Nisyha kembali memandang ke arah bas.
YOU ARE READING
Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETE
Romance🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...