BAB 53

1.2K 49 1
                                    

PEMANDANGAN malam di kota Tokyo yang sesak sekaligus memukau pandangan mata. Fahryil dan Hazman sudah mahu melangkah keluar dari lobi hotel namun niat mereka terbantut tatkala ada seorang wanita yang berlari dan menerpa ke arah Fahryil.

"Vie?!" lelaki itu seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini. Hazman turut menoleh ke arah yang sama. Dia juga turut terkejut menerima kehadiran Juvieya Aima. Gadis itu memeluk Fahryil dengan erat dan mengucup pipinya.

"Sayang! I miss you!"

Hazman melarikan pandangannya. Crap! I am a certified third wheel. Lelaki itu berdehem beberapa kali lalu menepuk bahu Fahryil.

"Eh, hai Hazman." Juvieya meleraikan pelukannya lalu tersenyum lebar melihat lelaki berkaca mata itu.

Hazman tersenyum paksa. "Hai, Vie. Eh, Ril. Aku balik bilik dululah. Aku rasa kenyang lagi ni," lelaki itu cepat-cepat meminta diri.

Fahryil tidak sempat berkata apa-apa, Juvieya pula mula menarik lengannya ke suatu arah sbelum sepasang kekasih itu mula hilang dari pandangan.

Hazman sempat menoleh ke belakang sementara menunggu pintu lif dibuka. Wajahnya kosong tanpa senyuman. Fikirannya jauh terbuang ke masa lampau.

.....

"HAI. Humayraa, kan? Humayraa Ianwood?" Hazman mendekati gadis bermata biru yang sekadar membisukan dirinya. Sedari tadi gadis tersebut duduk bersendirian di beranda rumah agam itu. Barangkali mengambil angin barang sejenak setelah penat melayan tetamu yang hadir ke majlis doa selamat pada malam itu. Malam hari pernikahannya.

Humayraa yang terkejut mula mahu meminta diri, jelas tidak selesa duduk berdua-duaan dengan lelaki yang tidak dikenali.

"No, no. Don't freak out. Saya kawan Fahryil. Err... anak Mak Bi, Pak Tam...? Awak kenal?" Hazman menggosok belakang kepalanya. Terasa jantungnya terhenti berdegup buat seketika apabila gadis kacukan itu menoleh ke arahnya. Sungguh! Ini manusia atau bidadari?

"Mak Bi, ketua orang gaji keluarga ni, kan?" gadis itu cuba meminta kepastian.

"Haah. Betul tu. Saya kawan dengan Fahryil sejak kecil lagi. Dah lama dah parents saya kerja dengan keluarga ni. Saya berkawan dengan Fahryil sejak umur dia 3 tahun. Kami ni tiga sekawan. Saya, Fahryil dengan Zack. Tapi, bila dah besar, all three of us furthered our study in three different places. Fahryil went to Boston, Zack went to Finland and I studied in Scotland." Hazman membuka cerita.

"Isaac Haxton tu ayah awak, kan? Isaac dan Lisa tu parents awak, kan? They are both in totally different sectors but yet they are the masters in it. When I was studying MBA, he was our idol. He is a business leader in Ireland."

"Saya tak faham sangat apa yang awak cakap tapi, Isaac Haxton tu bukan ayah saya. Dia pakcik saya. Lisa tu makcik saya." Kenyataan itu membuatkan Hazman terkejut.

"Isaac dan Lisa bukan parents awak? Habis tu? Who are you? What are you?"

"Nama ibu bapa saya ialah Ianwood dan Aisya. Bukan uncle Isaac dan aunty Lisa." Humayraa menggeleng beberapa kali.

"Ianwood? Awak maksudkan David Ianwood atau Darren Ianwood?" Lelaki itu mengecilkan matanya. Humayraa hanya diam tidak membalas apa-apa.

Hazman terdiam sejenak. Dia ni anak Darren Ianwood ke? Tapi Darren kahwin dengan Jennifer Valentino. Bukan sesiapa yang bernama Aisya. Takkanlah...?

"Maksud awak, David Ianwood, Woods Group? That suave businessman? That genius billionaire?" mata biru Humayraa terkebil-kebil. Tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now