(Kesemua perbualan asal adalah dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya)
DAVID IANWOOD. Seorang ahli perniagaan yang genius. Usianya baru sahaja mencecah 22 tahun ketika dia pertama kali menjawat jawatan CEO untuk sebuah syarikat besar, Woods Corporation yang beribu pejabat di Edinburgh, Scotland. Woods Corp. merupakan sebuah syarikat gergasi yang memonopoli industri minyak dan gas, industri perkapalan dan industri kejuruteraan di Scotland. Empayar Woods Corp. telah melebarkan sayapnya sejak tahun 1929. Ketika Woods Corp. berada di bawah penguasaan David, pemuda ini berjaya mengembangkan syarikat tersebut sehingga ke benua Asia, Timur Tengah, Afrika Selatan dan Amerika Latin.
Smith Ianwood dan Isabelle Ianwood dikurniakan dua orang cahaya mata, David dan Darren. Darren merupakan adik kepada David dengan jarak usia mereka dua tahun.
David merupakan seorang pemuda yang menjadi idaman ramai wanita. Secara dasarnya, lelaki ini sangat sempurna. Dia mempunyai segala-galanya - berbadan tegap, maskulin, tinggi lampai, tampan, hidungnya mancung dan bermata biru kehijauan yang sangat memukau, bijak, seorang usahawan yang berjaya, kaya dan memiliki asset yang berbillion pada usia yang sangat muda. Dia menjadi kegilaan ramai.
Namun, David juga terkenal dengan ketegasannya sebagai seorang CEO. Dia menidakkan segala rasa yang hadir di dalam hatinya. Dia juga menidakkan kewujudan Tuhan yang menciptakannya. Ya. David Ianwood merupakan seorang atheist dan dia berbangga dengan prinsip hidupnya. Sudah hampir enam tahun dia memegang Woods Corp. dan dia berjaya melebarkan empayar syarikat itu atas usaha kerasnya. Kini, usianya sudah pun mencecah 27 tahun namun dia masih belum berminat untuk mendirikan rumah tangga.
.....
ISAAC HAXTON melangkah masuk ke dalam pejabat bosnya dengan langkah yang kasual. Lelaki itu menghadiahkannya seulas senyuman nipis.
“Macam mana?” David menjongketkan keningnya sebelah.
“Macam biasa, Isabelle tak puas hati tentang kes sumbangan di majlis makan malam hari itu, Darren menjadikan ini sebagai satu peluang untuk merebut posisi kau sekarang. Nampak gayanya, keluarga Winston pun akan berpihak pada Darren. Tapi, Smith tahu tentang perangai sebenar keluarga Winston dan dia sempat mengamanatkan kepada peguam peribadinya supaya syarikat ini tidak akan dapat diambil alih oleh keluarga itu.” Isaac diam setelah selesai membentangkan hasil siasatannya.
Dia sudah lama mengenali David – sejak di universiti lagi sebelum lelaki ini menjadi CEO pada usia 22 tahun. Kini, dia bekerja sebagai orang kanan dan merupakan orang kepercayaan David. Winston pula ialah keluarga sebelah Isabelle Ianwood. Nama sebenar Isabelle sebelum mengahwini Smith Ianwood ialah Isabelle Winston.
Bunyi seseorang mengetuk pintu mengalihkan tumpuan mereka. David dan Isaac menoleh ke arah gerangan yang menapak mendekati mereka. Isaac terperanjat melihat kehadiran Michael di situ.
“Kau dah kenapa terkejut sangat? Aku pun kerja dengan David juga,” Michael melabuhkan punggungnya di sebelah Isaac.
Michael merupakan adik kembar Isaac. Dia merupakan penasihat kewangan peribadi David, seorang lagi orang kepercayaan lelaki itu. Sesuatu yang menarik tentang David ialah lelaki billionare ini tidak suka menunjuk-nunjuk dan membazirkan duitnya dengan menambahkan lagi koleksi barangan-barangan mewah. Dia lebih suka menyimpan dan melaburkan duitnya. Oleh itu, Michael yang merupakan akauntan peribadi dan professional dalam bidang kewangan bertanggungjawab menguruskan duit simpanan pelaburan David pada empat buah bank utama – Bank Dunia, Bank Scotland, Bank England dan Bank Ireland. Jumlah asset persendirian yang disimpan dan dilaburkan oleh David sejak bulan pertama dia menjadi CEO Woods Corp. sehingga kini sudah mencecah lebih 1 billion pound sterling. Itulah rahsia yang hanya diketahui oleh Smith, David, Michael, Isaac dan seorang lagi peguam peribadi David.
YOU ARE READING
Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETE
Roman d'amour🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...