MATA Rahimah terbeliak. Dia betul-betul terkejut dan hampir tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Anak Puan Sri Jeanne telah menyelamatkan Humayraa? Puan Sri Jeanne hanya mempunyai seorang sahaja cahaya mata iaitu, Fahryil Danial. Takkanlah...?
"Betul ke? Macam mana Fahryil boleh selamatkan Humayraa? Macam tak percaya. Macam mana Fahryil boleh ada dekat situ? Fahryil tahu ke Humayraa tu siapa? Takkanlah... Fahryil tahu?" Bertubi-tubi soalan yang ditujukan. Rahimah benar-benar terkejut. Semua yang berlaku seakan tidak masuk akal.
"Tengok ni, Imah. Ini baju Aril." Puan Sri Jeanne mencapai sehelai kemeja berlengan panjang dan sweater milik anaknya.
"I rasa Fahryil saja singgah situ selepas pergi melawat site construction pagi tadi. Dia dan seorang budak perempuan yang bawa Humayraa ke sini. I rasa budak perempuan tu mungkin satu sekolah dengan Humayraa sebab dia kenal Fateh dan Humayraa. I pun terkejut bila dengar Aril cakap dia dekat hospital. Bila sampai sini, I bertambah terkejut bila nampak Humayraa. Tapi, rasanya Aril tak tahu siapa Humayraa sebenarnya. Kalau dia tahu, tentu dia tak buat macam ni." Kata-kata terakhir Puan Sri Jeanne itu menyebabkan Rahimah terdiam. Sebagai seorang ibu, tentu sahaja dia tidak mahu anaknya berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan. Hakikatnya, dia tidak mahu Humayraa terseksa jika bersama dengan Fahryil.
"Sabarlah, Mah. I tahu you risaukan Humayraa. I pun sama. Tapi Insya-Allah semuanya akan okey. Kita sebagai ibu, doa yang baik-baik untuk mereka." Puan Sri Jeanne menyentuh lembut bahu Rahimah.
Melihat akan keadaan Humayraa yang terlantar di atas katil, Rahimah memicit dahinya beberapa kali.
.....
SYARHA ANNISYHA melangkah laju sehingga jauh meninggalkan Nukman di belakang. Lagaknya seolah-olah seperti sudah tahu di mana Humayraa ditempatkan di sebuah hospital swasta ini. Dengan selamba sahaja Nisyha melintasi Fateh yang bersandar di dinding koridor dengan kedua belah tangannya menyeluk saku.
"Eh, Nisyha! Nak ke mana tu?" Tegur Fateh yang terperasan akan kehadiran gadis itu.
Nisyha yang cukup kenal akan suara tersebut pantas berpaling ke arah punca suara. Fateh sudah tercegat memandangnya dengan kening yang terjongket sebelah. Gadis itu memperlahankan langkah kaki dan kemudiannya mendapatkan Fateh.
"Kau nak ke mana? Bilik Humayraa, masuk lorong ini." Fateh mengajak Nisyha masuk ke sebuah lorong yang menempatkan wad-wad peribadi atau lebih tepat, kawasan wad VIP.
Nukman baru sahaja tiba dengan sedikit tercungap-cungap setelah berlari anak cuba mengejar rentak kaki Nisyha. Fateh hanya mampu menggeleng sedikit dan melontarkan seulas senyuman nipis.
"Humayraa masuk wad VIP ke? Wow! Kau ke yang sponsor semua ni, Fateh?" Nisyha tidak dapat membendung rasa ingin tahunya. Dia mengerling ke arah lelaki kacukan Belanda yang berjalan seiring dengannya. Kawasan di situ agak sunyi dan lengang.
"Taklah. Bukan aku," ringkas sahaja jawapan Fateh tanpa ada reaksi untuk mengulas lebih lanjut. Otaknya ligat memikirkan sesuatu yang berjaya mencuri perhatiannya sedari tadi.
Nisyha yang seakan memahami situasi Fateh, hanya diam. Membiarkan lelaki itu tenggelam dalam perasaannya sendiri."Err... Fateh, Nisyha," suara Nukman dari arah belakang membuatkan langkah mereka berdua terhenti. Pantas Fateh dan Nisyha menoleh ke belakang secara serentak.
"Bilik Humayraa yang ini," Nukman yang sudah sepuluh tapak di belakang mereka menunding ke arah sebuah pintu wad yang terletak berhadapan dengannya.
"Ah, ya! Betullah yang itu." Fateh yang seakan baru tersedar segera meraup wajahnya. Kedengaran mulutnya membisikkan istighfar berulang kali.

YOU ARE READING
Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETE
Romance🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...