HUMAYRAA membasuh muka buat kesekian kalinya. Dia menatap wajahnya yang sedikit kemerah-merahan di cermin tandas yang berdekorasi mewah itu. Perasaannya bercampur baur. Dia tidak pasti apa yang dirasakan kini. Marah, sedih, geram, terkilan, semuanya bergaul menjadi satu. Humayraa menarik nafas dalam-dalam.
Kau patutnya dah faham permainan Fahryil, Mayraa. Apa yang kau harapkan lagi? Hati kecilnya berbicara menyindir.
Gadis tersebut sudah berkira-kira untuk meninggalkan kawasan itu sebelum langkahnya terhenti sebaik sahaja dia melihat Juvieya Aima melangkah masuk ke dalam tandas itu. Mereka berdua terdiam seketika.
“Eh, Humayraa. I baru nak panggil you. Risau juga bila you lama sangat tak balik-balik. Takut dah mati ke apa ke,” sindiran Juvieya betul-betul menikam hati gadis kacukan itu. Humayraa mengetap bibirnya. Hatinya panas mendengar ayat Juvieya.
“Unfortunately KAK VIEYA, I’m still alive. Happily alive.” Humayraa tersenyum sinis.
Juvieya agak terkejut mendengar balasan kata daripada gadis bermata biru itu. Dia menjongketkan keningnya sebelah dan menyisip helaian rambut ke belakang telinga.
“What did you say earlier? Kak Vieya? Excuse me? Who are you to call me that?” Juvieya meletakkan tangannya di bahu Humayraa.
“Aku ke? Aku ni ISTERI kepada kekasih-hati-cinta-sampai-mati kau. And for your information, please remember this in your brain that I doubt you’d have one, I'm 18 years old and as a form of respect and salutation, I am very kind enough to call you ‘Kak’.” Tangan Juvieya yang hinggap di bahunya, ditepis.
“And yeah, it's very true that this is a business marriage. There is one company that really needed an influential support from the other company. But the unlucky company isn’t mine. It's Empire Berhad, Miss World. Don’t digest the wrong fact.” Humayraa membuat muka selambanya.
“And what’s wrong with a business marriage? Who cares about it? The reality now is everyone knows Fahryil and I are a legal husband and wife. But who are you in this situation? Just a pest!” Gadis bermata biru itu tertawa sinis. Kau ingat aku lemah?
Pang!
Satu tamparan kuat melekat di pipi mulus gadis kacukan Inggeris-Palestin itu. Humayraa tersentak seraya terus menyentuh pipi kirinya yang terasa perit. Berderau darah terus ke muka gadis itu.
“You disgusting bitch! Kau betina perampas tak sedar diri! Aku dah lama sabar dengan kau. Kau ingat kau siapa? Senang-senang datang entah dari mana lepas tu rampas kebahagiaan orang lain? You are the terrible excuse of a human being, bitch!” Juvieya menolak-nolak bahu Humayraa, membuatkan gadis bermata biru itu tertolak ke belakang beberapa tapak.
“Kau ingat kau boleh rampas Fahryil daripada aku? Kau ingat Fahryil pandang orang macam kau? Hidup mati balik pun jangan nak beranganlah! Kau tahu kenapa dia pilih hotel ni? Sebab dekat hotel inilah pertama kali kami buat...” Belum sempat Juvieya menghabiskan ayatnya, tangan Humayraa sudah melekap di pipi kirinya. Matanya terbeliak luas.
Tanpa berkata apa-apa, Humayraa terus meninggalkan Juvieya keseorangan di situ. Gadis bermata biru itu meluru laju ke arah meja makan mereka. Dari jauh, dia dapat melihat suaminya sedang membicarakan sesuatu menerusi panggilan telefon.
Fahryil menoleh sebaik sahaja dia melihat Humayraa sudah berdiri di hadapannya dan sudah mencapai beg tangan. Dahi lelaki itu berkerut sedikit apabila matanya terpandang kesan merah di pipi putih isterinya. Humayraa pula bergegas meninggalkan kawasan tersebut.
“Anatra! Hey, Humayraa!” Sedikit pun gadis bermata biru itu tidak menghiraukan panggilan suaminya. Wajah bersih itu tegang tanpa segaris senyuman. Dia melangkah ke pintu utama hotel lima bintang tersebut. Hatinya sakit, matanya berkaca.
ANDA SEDANG MEMBACA
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE
Romansa🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...
