TELEFON rumah berdering beberapa kali. Emilia melangkah ke arah telefon berskrin kecil yang terlekat di dinding di bahagian kiri ruang tamu rumahnya. Wanita itu mengangkat panggilan telefon yang disambung dari pondok pengawal di pintu pagar rumah banglonya. Sempat juga dia mengerling ke arah skrin cctv bahagian luar pagar rumahnya itu.
"Hello, good morning. Emilia's talking," Wanita itu menjawab dengan kasual.
"Good morning, madam. There is a young man here said that he wanted to meet Humayraa Ianwood. He claimed that he is her husband." Sebaik sahaja pengawal itu menghabiskan ayatnya, Emilia mengecilkan pandangan mata, cuba melihat dengan lebih jelas susuk tubuh seorang lelaki muda melalui skrin cctv itu.
"Let him in," perintah wanita itu tanpa menunggu lama.
Lima minit kemudian, kedengaran ketukan daripada pintu utama rumah yang diperbuat daripada kayu jati asli. Emilia terus sahaja melangkah ke muka pintu dan menguak daun pintu, sudah menjangkakan ketibaan pemuda di hadapannya.
"Assalamualaikum. Good morning, madam. I'm sorry to disturb you," Fahryil menyapa dengan penuh rasa hormat. Lelaki itu tersenyum manis. Perwatakannya kini jauh berbeza dengan sebelum ini.
"Waalaikumussalam, young man. What can I help you?" Emilia bertindak biasa, seperti tidak mengetahui gerangan insan yang datang bertandang.
"I'm looking for Humayraa Ianwood,"
"You are?"
"My name is Fahryil Danial. I am her husband," lelaki tampan itu memandang ke dalam anak mata wanita Inggeris itu. Kelihatan serius dan berkeyakinan, sedikit pun tidak goyah.
"You got it wrong, Mr. Danial." Emilia sudah berkira-kira untuk menutup pintu rumahnya, namun cepat-cepat Fahryil menghalang.
"I'm sure that this is Michael Haxton's mansion. Humayraa's second uncle. David Ianwood's elder brother and also his personal financial advisor." Dia tidak mengalah.
Emilia kembali menoleh ke arah lelaki itu sebelum tersenyum nipis. "You got it on a wrong time," senyuman itu ada makna.
Fahryil terkelu buat seketika. Dahinya berkerut sedikit.
"She was waiting for you... two days ago, but you stood her up. Then, she left," Beritahu wanita itu tanpa berselindung. Matanya memandang dingin ke arah lelaki yang kelihatan sedikit terpinga-pinga itu.
"She was waiting for me? Did she know that I will come to London to meet her?" Ayat itu lebih ditujukan buat dirinya sendiri. Dia sedikit terkilan akan keputusan yang dibuatnya dua hari yang lepas.
"How did she know?" Fahryil kembali bertanya kepada Emilia, cuba meminta kepastian.
"Isaac told her about it."
"Uncle Isaac? Madam, I'm sorry to ask you, but can you please tell me where is my wife right now? I want to talk to her," Fahryil seperti terdesak untuk bertemu Humayraa.
"She is with her other uncle. I don't want to meddle with your business, young man. However, I just want to tell you, if you cannot appreciate her, just let her go and don't disturb her anymore." Emilia terus sahaja menutup pintu rumah, membiarkan lelaki itu di luar tanpa mempelawanya masuk.
"Her other uncle?" Fahryil berbisik sendirian sebelum dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu membuat panggilan.
"Hello, Man." Lelaki itu terus sahaja menyapa Hazman setelah talian disambungkan.
"Hah, Ril. Apa cerita? Dah jumpa dah ke?"
"Dia tak ada dekat rumah. Kau masih dekat LSE ke? Ada nampak dia tak?" Lelaki itu bertanya sambil kakinya mula menapak pergi. Dia tahu bahawa London Stock Exchange Group ialah salah satu tempat kerja Michael Haxton.
YOU ARE READING
Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETE
Romance🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...