BAB 69

1.4K 50 2
                                    

"ANATRA, bangun. Kita dah sampai," Fahryil menggoyang-goyangkan bahu isterinya beberapa kali. Perlahan-lahan kelopak mata itu terbuka. Humayraa mengerutkan dahinya sebaik sahaja cahaya oren menembus masuk ke dalam retina mata. Dia menggosok perlahan kelopak matanya sejurus melihat sekeliling.

"Kita dah dekat mana ni?" gadis itu melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Gelap. Dia kembali memandang wajah suaminya yang berada di sebelah.

"You are the worst co-driver I've ever met," Fahryil mengecilkan matanya sambil jarinya mencuit hidung gadis bermata biru itu.

Humayraa tersentak. Sejujurnya, dia sudah tidak mengingati apa-apa yang berlaku setelah mereka selesai makan di sebuah restoran dan seterusnya menunaikan solat. Fahryil tidak memandu pulang sebaliknya meneruskan misi 'jalan-jalan' yang langsung tidak diketahui ke manakah destinasi terakhir yang hendak dituju.

"Anatra, kau kan bad mood. Aku bawa kau ke tempat yang special. Jom turun," tanpa menunggu lama, Fahryil terus sahaja keluar dari perut kereta.

Sebaik sahaja pintu kereta dikuak, angin sejuk mula membelai tubuhnya. Humayraa menjejakkan kakinya ke atas hamparan rumput yang luas. Dia mula menebarkan pandangannya ke sekeliling.

Subhanallah.

Pemandangan yang indah membuatkan lidah Humayraa menjadi kelu. Tiada satu pun perkataan yang mampu menafsirkan keindahan ciptaan Allah yang berada di hadapan matanya.

Fahryil sudah jauh meninggalkan dirinya yang masih berada di kaki bukit berumput hijau itu. Terdapat sebatang pokok sebesar tiga pemeluk lelaki dewasa yang tumbuh bersendiri di atas bukit itu. Humayraa menutup pintu kereta lalu cepat-cepat mengikuti langkah suaminya.

Sebaik sahaja berada di puncak bukit tersebut, Fahryil mula melabuhkan punggungnya di atas hamparan rumput. Dia memandang ke arah langit. Bulan tidak kelihatan kerana mereka berada di penghujung bulan kala ini, serta awan yang tiada membuatkan langit kelihatan bersih. Berjuta bintang bertaburan di angkasa kelihatan sangat jelas di mata kasar. Cukup untuk memukau sesiapa sahaja yang memandangnya.

Humayraa yang baru sampai di situ mula duduk di sisi Fahryil. Dalam diam, hatinya tidak sudah-sudah mengagumi keindahan alam. Masing-masing sekadar diam menikmati angin bukit yang bertiup lembut membelai tubuh mereka.

"Apa nama tempat ni?" Humayraa bertanya, memecah kesunyian.

"My secret base," Fahryil menjawab ringkas tanpa mengalihkan pandangannya yang asyik melihat langit malam yang cukup mempesonakan.

Perlahan-lahan lelaki itu membaringkan tubuhnya di rumput-rumput hijau yang menjadi permaidani di situ. Wajahnya tampak tenang.

"Anatra, meh sini baring sekali," Fahryil menepuk-nepuk ruang di sebelahnya.

Humayraa mula merebahkan dirinya bersebelahan dengan Fahryil. Di bawah sinaran rembulan, masing-masing asyik memandang lukisan alam yang terbentang luas.

"How about it? Do you like it? My secret base," soal Fahryil memecahkan kesunyian.

"Spectacle," Humayraa menjawab ringkas.

"Kita dekat mana sebenarnya ni? Macam mana awak jumpa tempat ni?"

"Rahsia," Fahryil meleretkan senyuman nipis.

Mereka berdua kembali mengunci mulut.

"Awak tahu tak, Fahryil? Bila tengok bintang-bintang yang bertaburan di langit, saya tak tahu kenapa hati saya rasa nostalgik. Saya rasa luasnya alam ciptaan Allah. Terdapat berbillion-billion bintang di galaksi, tapi satu pun manusia tidak dapat kaji dengan sepenuhnya. Even bumi sekalipun, manusia tak pernah dapat kaji habis. Terlalu banyak nikmat yang Allah limpahkan di atas muka bumi ini. Tapi... kita selalu terlupa untuk bersyukur pada-Nya," keluhan halus terhembus perlahan bersatu dengan angin malam yang berlalu pergi.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now