BAB 23

1.5K 59 8
                                    

HUMAYRAA kagum melihat keindahan banglo mewah yang berada di hadapan matanya. Halaman rumah itu sangat luas, lengkap dengan kolam air pancut, kolam ikan, taman bunga, kerusi rehat, pondok tidak berdinding, dan satu kawasan khas untuk aktiviti barbeque. Kelihatan sebuah kolam renang di bahagian tepi rumah.

Dunia sahaja sudah indah tidak terkata, bayangkanlah betapa indahnya syurga Allah yang tak terbayang dek akal kecil manusia. Dalam diam, Fahryil juga kagum melihat rumah agam yang tiga kali ganda lebih besar daripada rumah banglo kediaman keluarganya.

Waktu sudah menunjukkan pukul 5 petang. Sudah ada beberapa buah kereta mewah yang terparkir di pondok parkir. Mereka berdua keluar dari perut kereta. Fahryil mengangkat bagasi milik Humayraa dan mereka besama-sama melangkah mendaki anak tangga menuju ke pintu utama rumah. Bahagian hadapan banglo itu terdapat dua batang tiang seri sebesar tiga pemeluk lelaki dewasa terletak di bahagian kiri dan kanan pintu utama, cukup untuk menampakkan kemegahannya. Tergantung sebuah lampu chandelier yang besar di ruang langgar itu.

“Ini rumah awak ke?” Humayraa sempat bertanya. Apa yang dia maksudkan ialah rumah keluarga suaminya. Fahryil menggeleng. Dia sendiri tidak tahu banglo sebesar istana ini milik siapa. Tapi, dia cukup kenal kereta-kereta yang ada di petak parkir itu.

“Assalamualaikum,” Humayraa mengetuk pintu beberapa kali manakala Fahryil menekan punat loceng. Tidak sampai seminit, pintu kayu besar itu terbuka. Terpampang wajah Rahimah di muka pintu dengan senyuman yang cukup lebar.

“Waalaikumussalam. Lah, Humayraa, Fahryil? Kenapa berdiri saja dekat luar dari tadi? Kenapa tak masuk? Ini bukannya rumah orang lain pun,” Rahimah tampak ceria sebaik sahaja melihat pasangan pengantin baru itu. Fahryil dan Humayraa yang langsung tidak memahami apa yang dimaksudkan hanya mampu tersenyum seraya menyalami wanita itu.

“Humayraa! Aril! Sampai pun akhirnya budak berdua ni,” Puan Sri Jeanne tiba-tiba muncul. Wajahnya tidak lekang dengan senyuman.

“Mari, mari.” Setelah mereka bersalaman, Puan Sri Jeanne menarik tangan Humayraa untuk masuk ke kawasan ruang tamu. Rahimah dan Fahryil sekadar menurut sahaja langkah wanita itu.

“Eh, uncle, aunty.” Humayraa menyalami Isaac dan Lisa, manakala Fahryil hanya membuat muka selamba. Memang bukan minatnya untuk beramah mesra dan bersosial dengan orang lain. Apatah lagi, orang tersebut ialah Isaac Haxton.

“Kamu dari mana?” Tanya mama sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di sofa mewah yang ada di ruang tamu.

“Mama,” Fahryil dengan wajah yang kosong, mengangkat sedikit bagasi yang diangkut sedari tadi.

“Oh, bilik dekat tingkat atas, sayang. Mak Bi ada dekat atas, tengah kemas-kemas. Nanti dia tunjukkan Fahryil bilik ma…” belum sempat wanita itu menghabiskan bicaranya, Fahryil terus sahaja beredar tanpa ada minat untuk berada di situ dengan lebih lama lagi.

Semua yang ada di situ terdiam.

“Eh, Humayraa. Kamu dari mana tadi? Lambatnya sampai. Majlis malam ni, kamu tahu kan?” Puan Sri Jeanne malas untuk melayan karenah anak lelakinya itu. Kini, tumpuan mereka teralih semula pada Humayraa.

“Malam ini ada apa, ma?”

“Malam ini ada majlis doa selamat dekat rumah ni. Lepas Isyak, orang masjid akan datang. Ada beberapa saudara sebelah mama dan sebelah ibu akan datang juga.” Lembut sahaja Puan Sri Jeanne memberitahu.

By the way, ini rumah siapa?” Humayraa memandang ibu dan mama yang berada di sisinya sebelum mata biru itu mengalihkan pandangannya ke arah Isaac dan Lisa.

.....

“MAK BI, letakkan bagasi ni dekat bilik,” Arah Fahryil sebaik sahaja dia terserempak dengan Mak Bi, ketua orang gaji keluarganya merangkap pengasuhnya. Mak Bi yang sedang memantau tiga orang pekerja muda itu akur pada arahan Fahryil.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now