SEBAIK sahaja mereka tiba di chalet dengan selamat, masing-masing terus sahaja pergi membersihkan diri, membuang segala kekotoran sama ada yang nyata ataupun tidak nyata sewaktu mereka berada di dalam hutan tadi.
Humayraa keluar bersendirian, berjalan di persisiran pantai untuk menghirup udara segar. Dia baru sahaja terjaga dari lenanya. Gadis itu kelihatan santai memakai baju t-shirt lengan panjang, digandingkan dengan seluar sukan dan tudung bawal berwarna coklat cair. Matahari kini terselindung di sebalik awan tebal. Waktu sudah menunjukkan hampir pukul 4 petang, lebih kurang dua jam selepas mereka selamat keluar dari hutan. Ketika ini, ibu dan mama masih lagi terlena kerana kepenatan. Fahryil? Entah.
“Aunty Lisa? Buat apa? Tak pergi berehat dekat dalam?” tegur gadis bermata biru itu sebaik sahaja dia terlihat kelibat Lisa yang muncul dari sebuah pondok kecil.
Wanita yang berusia akhir 40-an itu menoleh ke arah Humayraa lantas menghadiahkan senyuman. Dia mendekati anak menakannya.
“Humayraa pula buat apa? Tak pergi berehat?” soalan dibalas dengan soalan.
Gadis itu menggeleng beberapa kali. “Baru je bangun. Saja jalan-jalan, tenangkan fikiran.” Senyuman masih kekal di bibirnya.
“Wah, macam stress sangat bunyinya. Boleh tak kalau aunty nak join sekali? Aunty teringin nak luangkan masa dengan Humayraa.” Wanita itu tergelak kecil. Mereka mula menyambung langkah.
“Aunty ni doktor, kan? Berdasarkan cerita semalam,” Humayraa bersuara setelah agak lama mereka sekadar membisu, menikmati keindahan pasir pantai yang putih bersih.
“Ya, tapi sekarang dah tak jadi doktor lagi,” wanita itu tersenyum nipis, menampakkan raut wajahnya yang tenang.
Humayraa berhenti melangkah. Dia menoleh ke arah Lisa dengan satu pandangan yang tertanya-tanya. Wanita itu tergelak kecil melihat reaksi anak saudaranya itu.
“Aunty sekarang dah ada hospital sendiri. Shari’ah compliance hospital. Hospital swasta dekat Dublin.” Terang wanita itu kemudiannya.
“Wow!” Humayraa tergamam mendengar penjelasan wanita itu.
“Aunty pernah jumpa abi Mayraa lah, kan?”
Lisa menyentuh pipi mulus Humayraa selajur seulas senyuman nipis terukir di bibirnya. “Ya, Humayraa. David tu… seorang lelaki yang baik. Tak typical macam dalam drama tu. Aunty pun terkejut dan gembira bila dapat berita yang dia akhirnya memeluk agama Islam sewaktu dia berada di Palestin. Bukan apa, sayang jika seseorang yang baik macam dia, tak peluk Islam sebab kalimah syahadah kita ialah kunci pintu syurga. Dia terlalu baik, Humayraa. Kami banyak terhutang budi dengan dia.”
Penerangan yang tulus itu berjaya menyentuh hati Humayraa. Matanya berkaca namun dia cepat-cepat memandang ke arah lain, cuba menyembunyikan rasa sebak di dadanya.
“Itu untuk apa?” Mata birunya kini jatuh pula pada mangkuk yang berisi ulam-ulaman yang dipegang oleh Lisa sedari tadi.
Lisa melihat ke arah mangkuk yang dipegangnya lantas beristighfar. “Aunty terlupa. Herba ni tadi aunty minta dekat orang kampung. Fahryil tiba-tiba demam.”
“Fahryil?! Dia okey ke tidak sekarang?” nada kerisauan jelas kedengaran pada suaranya.
Lisa tersenyum. “Dia tengah tidur sekarang dekat chalet kami. Tadi waktu semua orang tengah berehat, dia datang jumpa aunty. Badan dia tiba-tiba panas lepas mandi. Tadi aunty terjumpa ustaz dekat sini. Dia ada bacakan ayat al-Quran dekat air, bagi Fahryil minum dan mandi. InsyaAllah. Kita berserah pada Allah. Ustaz kata dia kena ‘tegur’ dengan penjaga hutan. Nanti kita mandikan dia dengan air bacaan surah al-Baqarah. Apa yang penting, hati kena yakin dengan Allah.” Walau apa pun yang terjadi, wanita itu tetap tenang menghadapinya, hal tersebut sedikit sebanyak membuatkan Humayraa berasa kagum melihat kekuatan Lisa.
YOU ARE READING
Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETE
Romansa🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri wa...