BAB 11

1.7K 61 4
                                    

“ARIL, hari ni Aril kena pergi cari cincin nikah. Jadi, Aril kena ikut mama,” arah Puan Sri Jeanne sebaik sahaja dia membuka pintu bilik tidur anak tunggalnya. Namun, tubuh sasa Fahryil yang diselubungi selimut tebal sedang terbaring malas di atas katil, itulah yang menyapa pandangan wanita itu seawal pagi ini.

Puan Sri Jeanne mengeluh dan menggeleng perlahan. Dia menapak masuk ke dalam bilik itu lalu menyingkap langsir bilik seluas-luasnya. Cahaya matahari pagi mula menerjah masuk sekali gus menyilaukan anak mata. Wajah bersih Fahryil mula berkerut.

“Bangun, Fahryil Danial.” Wanita itu mendekati anak lelakinya lalu menggoncang perlahan tubuh kekar itu.

“Hmm…” Fahryil menyahut malas. Dia menggeliat, seakan anak kecil. Fahryil kini berbaring dalam keadaan meniarap, cuma wajahnya dihalakan menghadap Puan Sri Jeanne. Matanya masih tertutup.

“Bangunlah, sayang. Ikut mama keluar pagi ni,” Puan Sri Jeanne mengusap lembut rambut anaknya. 

“Pergi mana?” Fahryil akhirnya menggagahkan diri untuk mengangkat kelopak mata. Tangan mamanya terasa lembut membelai.

“Pergi tengok baju, cincin dengan barang hantaran, Fahryil Danial.”

“Alaa… malaslah. Mama pergi jelah sendiri. Kan mama yang nak kahwin. Aril ikutkan je. Lagipun, Aril dah janji main golf dengan Tengku Rafael lah, ma.” Fahryil membuat muka bosan. Dia kembali menutup mata, menarik selimut sehingga ke batang lehernya.

“Oh, benda ni, malas. Main golf dengan Ku Rafael, tak malas? Ke sebab nak jumpa si Juvieya Aima tu?” Sindir wanita itu. Tangannya sudah berhenti mengusap rambut anak tunggalnya itu. Namun, tangan Fahryil mula merayap mencapai tangan mamanya, lalu dia sendiri yang menggerakkan tangan Puan Sri Jeanne supaya meneruskan usapan di kepalanya. Puan Sri Jeanne yang terkejut, cuba menyembunyikan senyuman. Dasar anak manja!

“Ma… please. Apa pula kaitan dengan Vie tiba-tiba ni? Aril memang dah lama janji dengan Ku Rafael. Memanglah main golf tu bosan tapi ikut mama lagi bosan, okey? Aril dah malas nak gaduh dengan mama pasal benda ni.” Fahryil menggenggam tangan mamanya. Perlahan-lahan dia membuka mata, memandang wajah anggun mamanya seraya meminta simpati.

“Mama tak faham betul dengan Aril ni. Mama dah tak tahu nak buat apa lagi nak bagi Aril sedar, buka mata! Kalau betullah korang ni dah sayang sangat, kenapa dari dulu saja tak kahwin? Aril tahu kenapa? Juvieya Aima tu jenis orang yang tak suka komitmen. Mama kenal sangat gaya dia tu.”

“Mama, stop it. Mama ni dah kenapa pagi-pagi nak cari gaduh dengan Aril? Aril tak ada sebut apa-apa pun pasal Vie. Ma jangan nak cakap bukan-bukan, eh. Dah kira bagus Aril ikut cakap mama. Buat itulah, buat inilah, pergi kursus kahwinlah, HIV lah, apa lah. Tapi, please. Aril pun nakkan privasi juga. Mama pun mesti tak nak Aril buat hal, kan? Jadi, mama pun kena bagi Aril masa.” Tingkah Fahryil enggan mengalah. Tangannya masih lagi menggenggam erat tangan Puan Sri Jeanne.

Fine. Tak apa. Aril buatlah apa yang Aril suka, asalkan Aril tak rosakkan semua plan ni. Mama dah rancang dan dah aturkan benda ni lama sejak tahun lepas. Tak apa, biar mama cari barang-barang nikah tu sendiri. Tapi…” Puan Sri Jeanne bangkit berdiri.

“Aril mesti janji dengan mama yang Aril akan belikan satu hadiah untuk bakal isteri Aril.” Jelas wanita berselendang itu lalu mula mengatur langkah keluar dari bilik tidur anaknya.

Fahryil yang hanya melihat telatah mamanya kembali menarik selimut hingga ke paras muka. Dia menutup mata. Malas hendak melayan!

.....

HUMAYRAA dan Rahimah berehat barang sejenak di sebuah warung cendol yang ada di barisan kedai-kedai makan di situ. Mereka baru sahaja pulang dari pejabat agama. Walaupun waktu sudah beranjak ke petang, namun panahan matahari masih terasa membahang. Humayraa yang menyarung cermin mata hitam atas permintaan ibunya tampak diam menunduk, memandang semangkuk cendol di hadapannya.

Billionaire vs Millionaire ✔ COMPLETEWhere stories live. Discover now