BAB 30 - RUMAH

1.8K 72 22
                                        

Hadif tiba diperkarangan rumah mentuannya. Wajah cantik isterinya yang sudah cemberut sudah kelihatan dari jauh. Afeefa sedang menunggunya di luar rumah bersama Aysar.

Nampak sahaja kelibat si ayah keluar dari kereta, Aysar menarik tangannya dari pegangan Afeefa lalu dia berlari mendakap kaki si ayah.

"Babah!"

Hadif tersenyum. Terus si kecil didukung dan dicium pipinya.

"Nape babah balik? Babah pegi mana semalam? Nape babah work? Nape babah tak tinggal sini? Babah cakap nak duduk dengan Aycha" Bertubi-tubi soalan si kecil dengan satu nafas sehingga semput-semput bunyinya.

Hadif kelu. Dia memandang Afeefa di tepi meminta pertolongan. Namun Afeefa beri pandangan tajam dan penuh makna 'Pandai-pandailah awak jawab'.

Jenuh jugalah dia pujuk Aysar yang meragam semalam. Walaupun Aysar sudah berhenti menangis wajahnya hanya muram sehinggalah dia kata Hadif akan datang pagi ini.

Kerana itulah pagi-pagi ini dia dan Aysar sudah berdiri terpacak depan rumah menunggu Hadif. Lebih 2 jam dia berdiri disini sambil spam mesej untuk Hadif supaya datang ambil mereka segera.









"Ingat Efa.. jaga suami elok-elok. Dengar cakap Hadif. Jangan jadi isteri derhaka. Jangan makan pakai suami kamu.." Fakhrul beri nasihat pada anaknya. Dia risau jika Afeefa masih membenci Hadif. Masih dia ingat bagaimana Afeefa begitu marah dan menghalang Hadif jumpa dengan Aysar dahulu. Harapannya Afeefa sudah benar-benar memaafkan Hadif dan dia berdoa Afeefa dan Hadif akan bahagia.

Mulanya dia terkejut kerana Hadif datang meminang jandanya semula. Baru dia mahu menolak kerana dia yakin Afeefa pasti menolak tetapi tak sangka Afeefa sendiri yang melamar Hadif dahulu.

"Jaga anak dan cucu kami baik-baik ya Hadif... kami percayakan Hadif. Jangan buat kesilapan lagi. Kalau gaduh, bincang elok-elok." Kali ini Iris pula memberi nasihat.

"Baik mama. InsyaAllah" Hadif beri senyuman nipis. Kali ini dia memang nak bahagiakan isteri dan anaknya. Dia tak mahu ulang lagi kesilapan bodohnya lagi.

Sebelum masuk kereta, Afeefa menyuruh Aysar menyalami tangan atok dan neneknya. Dari kecil rasa hormat pada orang tua harus diajar.

"Salam tangan atok nenek cepat.." tubuh si kecil didorong lembut ke depan.

Aysar mencapai tangan Fakhrul, lalu belakang tapak tangan dicium kuat.

"Muahh!"  Amboi siap ada bunyi!

Mereke disitu tertawa kecil melihat telatah Aysar yang mencuit hati.

"Say bye-bye dekat atok nenek.."

"Babaiii atok.."

Tangan kecilnya diangkat dan dilambai ke arahnya mereka.

"Babaii neneee.."

"Babai cik enaaaa...." akhir sekali Aysar melambai mesra kepada Afeena yang berada di belakang Iris.

Hadif baru perasan kelibat Afeena, adik iparnya turut ada disitu. Hadif turut senyum kepada Afeena. Walaupun masih rasa janggal namun kini Afeena hanya adik iparnya dan dia yakin Afeena juga sudah menyesali perbuatannya dulu.





Sepanjang perjalanan mereka, hanya bunyi dari radio sahaja yang ada. Masing-masing senyap. Kalau tadi ada bunyi celoteh Aysar, sekarang bila Aysar sudah tidur, hanya bunyi radio sahajalah yang kedengaran.

BUNGA AZALEA (BOOK 2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang