"Efa tahu tak kamu bela kucing?"
Hadif menggeleng.
"Haih.. bagi dekat orang lah si Hana tu..."
Laju Hadif menggeleng sambil memeluk Hana. "Tak boleh! Hadif sayang Hana. Macam mana kalau orang lain tak mampu nak jaga Hana dengan baik? Hana pun bukannya suka orang lain. Dia tak biasa! Dia masih trauma dengan orang.. Hana selesa dengan Hadif seorang je."
Qayyum menggeleng kepala.
Begitulah respon Hadif jika Qayyum mencadangkan Hana diserahkan kepada orang lain. Mulutnya yang berat tu boleh jadi peluru berpandu.
Kalau tentang Hana memang Hadif akan protect habis-habis. Dia sendiri pun tak tahu sejak bila Hadif menyukai kucing. Lama menghilang, Hadif asyik sebut tentang Hana. Mereka ingatkan Hana itu bakal menantunya, rupa-rupanya kucing.
Hadif kata sejak Hana wujud dalam hidupnya, dia tidak rasa sunyi. Kesedihan seakan menghilang bila adanya Hana. Dia rawat Hana dari seekor kucing yang comot hingga cantik.
"Tapi Efa kan tak suka kucing.. dia dari kecil alahan dengan kucing."
"Biar Lea tak tahu.. Hadif sorok Hana dalam bilik"
"Sukahati kamulah. Yang penting jangan gaduh sebab kucing nanti. Orang suruh hantar sini, tak nak"
Sudah dipesan supaya beritahu Afeefa tentang Hana. Tapi Hadif takut Afeefa marah dia membela Hana. Lagi takut jika Afeefa suruh buang Hana.
Hadif tak sanggup!
Hana lagi sayang dia dari Afeefa.
*****
Beberapa hari kemudian
Hari ini Afeefa ambil keputusan untuk bangun pagi lebih awal. Kebetulan dia cuti hari ini, jadi dia bercadang untuk menyiapkan sarapan.
Sedar tak sedar, sudah sebulan mereka tinggal bersama. Sejak mereka berkahwin semula, Hadif yang sediakan sarapan dan mengemas rumah, basuh baju, sidai pakaian.
Masak pun Hadif.
Boleh dikatakan dia hanya goyang kaki sahaja di rumah. Sesekali sahaja dia menolong buat kerja rumah. Bila nak buat, mesti Hadif sudah menyelesaikannya.
Dia sedia tahu yang Hadif memang seorang yang sangat suka kekemasan, tapi kesian Hadif lakukan semua itu. Kadang dia balik rumah penat, tapi Hadif tetap lakukan semua itu.
Afeefa sendiri jarang memasak. Biarlah hari ini dia pula yang ambil alih, lagipula semalam Hadif pulang lewat dan kelihatan sangat penat.
Tapi semalam Hadif sedikit pelik?
Dalam penat-penat dia pun boleh ajak Afeefa main dam haji. Pukul 2 pagi ketuk pintu bilik Afeefa semata-mata sebab bosan. Padahal baru sahaja Afeefa nampak dia pulang dalam keadaan kepenatan.
Selesai sahaja masak sarapan, Afeefa mahu mengemas dapur pula. Jam baru menunjukkan pukul 7 pagi. Kalau ikutkan masa ni, Hadif baru nak ke dapur untuk buat sarapan pagi.
Pintu almari dibuka satu persatu, tiada benda yang nak dikemas. Semuanya rapi.
Tapi..
Ada sesuatu yang menarik perhatiannya saat dia menarik sebuah laci.
"Ubat siapa ni?"
ANDA SEDANG MEMBACA
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
Storie d'amoreSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...
