BAB 28 - KENDURI

1.4K 74 15
                                        

Afeefa hanya memerhati Hadif dari jauh. Lelaki itu sedang sibuk berbual dengan seorang wanita. Nampak mereka seperti rapat dan mesra. Wanita itu pula memang cantik bertudung litup. Lama mereka berborak sampai Hadif tidak langsung nampak dirinya sedang diperhati.

Hari ni ada kenduri kecil di rumah ibu bapa Hadif. Kalau ikutkan memang dia tak mahu datang. Dia dan Hadif tidak lagi bersua muka. Tapi disebabkan ibu Hadif yang mengajak, jadi dia hadir juga.

Sudah dua bulan berlalu sejak dia melamar Hadif tempoh hari. Dia putuskan untuk tidak lagi mengejar Hadif. Dia lancarkan serangan dingin pada Hadif selepas sahaja Hadif minta tempoh 3 bulan itu. Sepanjang itu, memang dia sekat nombor Hadif. Dia banyak habiskan masa di cafe dan keluar bersama dengan Fadil atas urusan kerja.

Dia tidak lagi berkunjung ke kedai Hadif. Setiap minggu jika Hadif mahu berjumpa dengan Aysar, dia akan hantar sendiri ke rumah ibu bapa Hadif. Dia tidak mahu berjumpa dengan Hadif.

Hadif pun seperti tiada usaha pun untuk mengambil hati dan memujuknya. Adakah benar Hadif tidak lagi mencintainya? Jadi betullah Hadif ada orang lain?

Baru kali ini dia lihat Hadif berminat untuk berbual dengan wanita lain. Malah Hadif seakan begitu ramah, seperti sudah lama mengenali wanita itu. Hadif tidak pernah begitu selain dirinya.

Dia memegang dadanya. Hatinya terasa sakit.

Ketika dia sampai ke rumah ini tadi, Hadif tidak menegurnya langsung walaupun mereka bertembung di hadapan pintu. Hadif seperti mengelak dan seakan tidak mengenali dirinya. Lelaki itu akan membisu dan menunduk apabila dia datang menghampiri.

Hati Afeefa membengkak. Bukankah ini yang dia pinta dahulu? Mengapa dia pula yang rasa sakit hati?


Apabila Afeefa melihat Hadif mendukung anak kepada wanita itu dan mencium bayi itu, hati Afeefa semakin sakit. Hadif kelihatan sangat menyayangi bayi kecil itu. Siapa wanita itu? Terlalu istimewakah wanita itu sehingga Hadif mudah untuk lupakan dirinya?

Atau mungkin, wanita itu adalah isteri baru Hadif?!

Afeefa menggeleng. Tidak mungkin Hadif berkahwin lain. Wardah tidak bercerita pun tentang itu.

Tapi, takkan semua benda Wardah mahu cerita kepadanya kan?

Tapi...

Prang..

Bunyi barang terhempas disusuli bunyi menangis membuatkan Afeefa tersentak. Dia hampir lupa Aysar di dalam bilik tetamu. Lantas dia berlari masuk ke dalam rumah.

"Ya Allah Aysar!"

Cepat-cepat Afeefa masuk ke dalam dan mendukung anaknya. Buaian yang dipasang itu tercabut.

"Kenapa tu Efa?!" Wardah bertanya cemas. Semua orang berkumpul di hadapan pintu bilik.

Afeefe memegang kepala Aysar yang sudah berdarah. "Efa tak tahu, tetiba buaian ni jatuh dan besi tu terkena kepala Aysar" ucapnya risau. Matanya berair kerana panik.
Hadif dan wanita itu turut ada di luar biliknya.

"Cepat pergi hospital!" Ucap Qayyum cemas.

Aysar menangis lagi kuat kerana sakit.

Afeefa mengangguk laju. Dia punya panik sampai tidak tahu buat apa dan terfikir untuk ke hospital.

"Hadif, pergi bawa Efa ke hospital cepat!" Wardah menempik bila Hadif hanya diam kaku.

BUNGA AZALEA (BOOK 2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang