SAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1
Start : Friday, 19 March 2021
Ini perjuangan Hadif.
Perjuangan dia untuk berubah.
Perjuangan dia untuk menerima diri.
Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri.
Perjuangannya untuk berjuang seorang diri.
Tidak mungkin di...
Tahu tak, tiba2 tak suka nama Aysar😫. Lepas ni nk tukar Eidlan je.
Nanti terbayang Aysar sana tu
Btw. Saya jumpa muka yang sama macam perwatakan Hadif.
Eiii encemmm.><
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
—————-
Hadif akhirnya setuju untuk bernikah semula dengan Afeefa. Itupun selepas dua minggu Hadif senyap. Mesej pun tidak. Telefon pun tidak. Semuanya tiba-tiba.
Tahu-tahu Hadif dan keluarganya datang meminangnya. Lelaki itu suka buat keputusan mengejut. Mujur dia ada di rumah ketika itu.
Afeefa baru berfikir untuk berputus asa sahaja. Dia pun ada air muka. Ditolak kali kedua terasa pijar wajahnya. Dia pun ada maruah. Mujur kali ini Hadif terima juga pinangannya.
Sebelum mereka bernikah hari ini, memang jarang mereka berjumpa. Hanya jumpa untuk uruskan pernikahan ini sahaja. Hadif dan dia sibuk dengan kerja. Mujur ada ibu bapa mereka yang menolong.
Boleh dikira dia jumpa Hadif berapa kali. Bila ajak jumpa untuk bincang, ada sahaja alasannya. Kalau dia call, memang Hadif takkan angkat panggilannya. Mesej whatsapp sahaja Hadif akan balas. Itu pun lambat dan jawab pendek-pendek.
'Lepasni saya nak duduk rumah saya atau awak?' [Selasa 1.30pm]
Hadif Qalish - 'Mana-mana pun boleh' [Selasa 11.59pm]
'Rumah awak dekat mana?' 'Awak tak duduk dengan parents awak kan?' 'Saya tak tahu pun awak duduk mana sekarang.. ' [Rabu 6.30am]
Hadif Qalish - (location) [Jumaat 2.30pm]
'Oh dekat je dengan cafe saya rupanya..'[Jumaat 2.31pm]
Hadif Qalish - seen [Jumaat 5.00pm]
Afeefa rasa mahu cubit-cubit sahaja lengan Hadif. Kenapa susah sangat mereka mahu berkomunikasi? Macam dia yang terhengeh-hengeh.
Adakah Hadif menerimanya kerana Aysar semata-mata? Atau kerana dia sendiri yang kata mereka berdua akan membuat hal sendiri?
Oh, mungkin kerana sebab itu.... Hadif dapat bebas untuk keluar bersama teman wanitanya kan?
Afeefa tidak ambil kisah, lepas sahaja mereka bernikah semula, Hadif adalah miliknya. Dia akan buat Hadif jatuh cinta kepadanya!
Dan terjadinya ijab kabul antara mereka berdua pada hari ini. Akhirnya mereka kembali menjadi pasangan suami isteri semula. Tiada majlis besar-besaran. Mereka hanya nikah di rumahnya sahaja. Hanya ada kenduri kecil kesyukaran sahaja selepas ini.
"Sah?.."
"Sah..."
Afeefa angkat muka. Pandangannya bersambung dengan Hadif seketika, sebelum Hadif melarikan pandangannya. Tidak dapat diteka wajah lelaki itu. Samada dia gembira atau sedih. Mukanya kosong tanpa reaksi.