Pagi itu Hadif bangun rasa janggal. Rasa sesuatu yang aneh. Badannya rasa sakit. Mengingatkan kembali simptom itu hanyalah perkara biasa ketika tubuhnya diambil alih oleh identiti yang lain membuatkan dia tidak berfikir panjang.
Ruang di sebelahnya terasa hangat seperti ada seseorang yang baring disitu.
Bau Afeefa dan ada beberapa helai rambut panjang di atas atas bantal. Keningnya mula mengerut.
Perlahan-lahan dia bersandar di kepala katil dan mengangkat selimut yang menutup separuh badannya.
Raut wajahnya serta-merta bertukar menjadi cemas.
Tak. Tak mungkin Afeefa masuk ke dalam bilik ini!
Semalam dia hanya bermimpi sahaja kan? Mimpi Afeefa tidur di dakapannya itu pasti tidak benar!
Pintu biliknya sentiasa berkunci dan dia sentiasa mengurung dirinya agar tidak menyakiti Afeefa. Ya. Afeefa tak mungkin masuk ke dalam biliknya, lagipula dia sudah melarang Afeefa masuk kesini. Tak mungkin Afeefa masuk kesini.
Demi menyakinkan hatinya, Hadif melangkah ke muka pintu. Lega hatinya bila pintunya dikunci dari dalam. Bermakna Afeefa tidak masuk ke dalam bilik ini.
Mungkin rambut Afeefa termasuk bilik dia kot. Dibawa angin atau melekat pada bajunya. Mungkin?
Tengahari
Dari pagi, kelibat Afeefa dan Aysar tidak muncul di meja makan membuatkan dia terpaksa menunggu di hadapan pintu bilik Afeefa.
Bukan dia tak ketuk pintu bilik Afeefa, namun Afeefa sendiri yang tidak mahu membuka pintu dan menyahutnya.
Sudahnya dia hanya berdiri di depan pintu bilik Afeefa sehingga Afeefa dan Aysar keluar dari bilik. Lama dia menunggu sambil bersandar di belakang dinding.
Hadif menarik nafas dalam. Seminggu dia menghindari Afeefa selepas pergaduhan minggu lalu, hari ini dia nekad memujuk isterinya. Pasti Afeefa makan hati dengannya.
"Lea..." Hadif menyapa perlahan apabila pintu dibuka dari dalam. Afeefa akhirnya keluar dari biliknya bersama Aysar. Sebelah tangannya Afeefa menggenggam tangan kecil Aysar.
Afeefa terkejut kecil. Raut wajahnya kelihatan ketakutan walaupun Hadif menyapanya dengan nada lembut. Bila Hadif datang menghampirinya, wajahnya terus berubah pucat.
"Hari ini Dif masak asam pedas favourite Lea.. jom makan sama-sama. Dah lama kita tak makan sekali"
Afeefa mengerut dahi, aneh dengan perlakuan Hadif. Bila matanya terpandang mata Hadif, lantas dia menunduk dan menggeleng laju. Lebih baik dia menyelamatkan dirinya sekarang. Sungguh dia takut dengan perubahan Hadif!
Hadif ada hantu raya! Wajahnya seperti Hadif namun perilakunya berbeza. Ada dua kemungkinan sahaja yang Afeefa fikir di dalam mindanya iaitu, sama ada Hadif gila atau Hadif ada saka! Yang penting dia sangat takut dengan Hadif sekarang.
Bila Afeefa menunduk dan tidak menjawab, Hadif mengalihkan pandangannya pada Aysar yang sedang mendongak memandangnya. Kelihatan Aysar sedang memikirkan sesuatu.
"Babah?"
Hadif senyum. "Jom ajak ibu Aysar makan.."
Baru sahaja dia mahu mengelus pipi Aysar, Afeefa menarik tangan Aysar dan menyembunyikan Aysar di belakang tubuhnya.
Ketika itulah baru Hadif menyedari sebelah lagi tangan Afeefa sedang menarik bagasi.
ANDA SEDANG MEMBACA
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
RomanceSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...
