BAB 35 - HADI

2K 95 30
                                        

Hadif bergegas menuju ke restoran yang menjadi pertemuannya dengan Ameena. Hari ini Ameena kata ada hal penting yang dia mahu bicarakan.

Dia sudah lewat hampir sejam kerana hari ini dia perlu melawat kilangnya yang mengalami sedikit masalah. Selepas balik dari kilang, dia perlu memandu ke sini pula.

"Maaf Ameena, saya lambat–"

"Hadif.."

Hadif berdiri statik. Terkejut apabila melihat Thaqif berada disini bersama Ameena. Sepanjang dia berjumpa dengan Ameena, tak pernah sekali pun Thaqif muncul. Kenapa hari ini Thaqif muncul di hadapannya? Bukankah dia pernah pesan supaya jangan muncul di hadapannya lagi?

"Kau buat apa dekat sini?" Hadif tidak sudi memandang wajah sahabat lama yang telah mengkhianatinya. Tidak mungkin dia lupa yang Thaqif sudah meragut maruah isterinya.

"Aku nak berterima kasih dengan kau sebab banyak tolong isteri aku dekat sini."

"Yang paling penting, aku nak minta maaf dekat kau dan Efa."

"Aku nak jumpa Efa.."

Hadif diam tak membalas. Permintaan Thaqif sangat berat. Dia tidak mahu mengeruhkan hubungannya dengan Afeefa.

"Hadif..."

Ameena memandang simpati.

Hadif mendengus. Mujur ada Ameena dan anaknya disini. Jika tidak, pasti muka Thaqif dilunyainya.

"Uhuk-uhuk.."

Thaqif batuk berdarah. Kesihatannya makin merundum. Bentuk tubuh nampak sangat ketara perubahannya. Dari tubuh yang dulunya tegap kini menjadi kurus kering. Wajahnya terlalu pucat.

Hadif mengalihkan pandangannya pada Thaqif.

"Abang pergi toilet kejap ya.." bisik Thaqif pada Ameena.

Bila Thaqif beredar baru Hadif membuka mulut.

"Dia terima rawatan tak?"

Ameena menggeleng lemah. "Dia nak pulangkan duit awak lepas dia dapat tahu yang awak yang tolong saya selama ni"

Selama ini, Hadif yang banyak membantu mereka dari segi kewangan, tempat tinggal bahkan tempat kerja untuk Ameena.

"Degil.." Hadif mengeluh.

Dia masih manusia biasa yang ada simpati. Anak mereka masih kecil, Thaqif pula hanya buat grab. Itupun jarang kerja kerana masalah kesihatannya.

Kerana itulah, Hadif diam-diam berjumpa dengan Ameena dan membantu keluarga kecil itu. Walaupun dia marah Thaqif namun dia tak sekejam seperti dulu.

Sepuluh minit telah berlalu namun Thaqif masih belum keluar dari tandas, Ameena mula risau, hatinya tidak sedap. Ditambah pula dengan bayi yang berada di dalam dukungan Hadif merengek.

Tiba-tiba suasana kecoh di kawasan tandas.

"Ada orang pengsan!"

"Abang!" Ameena bangun mendadak dengan panik. Dia yakin itu suaminya.


Dan di hospital, Thaqif merayu Hadif untuk menjaga Ameena dan anaknya jika hayatnya sudah tidak panjang.

Hadif tertekan.

Dia tidak mahu Afeefa tahu yang dia membantu bekas lelaki yang pernah merogolnya dulu. Dan dia tidak mahu menduakan Afeefa.


BUNGA AZALEA (BOOK 2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang