AFEEFA mengerut dahi apabila Hadif tiba-tiba menyuruh mengikutinya ke arah bilik hujung di dapur. Tempat tu dah lama berkunci, katanya dulu kunci hilang. Tapi sekarang, lain pula ceritanya.
"Kenapa?" soal Afeefa pelik. Matanya jatuh pada tangan Hadif yang pegang pelitup muka. Lagi pelik bila Hadif hulurkan benda tu pada dia.
"Pakai ni."
"Untuk apa? Kita dalam rumah je pun..." Tak habis bicaranya, Hadif sudah selitkan pelitup muka tu di telinganya.
"Pakai je dulu." Wajah Hadif kosong. Macam tiada perasaan. Tapi itu yang buat Lea makin gelisah. Semalam Hadif ceria sahaja, siap usik dia. Kenapa mood Hadif Qalish ni suka berubah-ubah?
Hadif macam sembunyikan sesuatu.
"Kenapa pula tiba-tiba nak masuk bilik tu? Bukan dulu awak cakap bilik tu tak boleh buka sebab kunci hilang ke?" soal Afeefa, mula rasa curiga.
Hadif tidak menjawab.
Sebelum Hadif sempat memulas tombol pintu, Afeefa menarik hujung baju Hadif.
"Awak tipu saya ke, Hadif?"
Hadif mengeluh perlahan. Suaranya rendah. "Ni... bilik Hana. Dif rasa Lea patut tahu dari dulu. Tapi Dif takut Lea akan akan marah Hana lagi..."
"Bilik Hana? Dia duduk dalam bilik ni ke?!"
Hadif angguk perlahan.
Afeefa terkedu. "P-perempuan tu ada dalam rumah kita? Selama ni?!"
Belum sempat dia hambur lagi kata-kata, Hadif terus menolak pintu itu luas.
Seekor kucing putih gebu muncul, ia perlahan-lahan melangkah keluar di ambang pintu.
Namun Afeefa terkedu melihat kucing itu. Sebelah mata kucing tu buta. Sebelah kaki belakang kirinya pula kudung.
Terus perasaan marah tadi lenyap. Dada Afeefa rasa sesak. Matanya rasa bergenang.
"Hana... kucing?"
Hadif mengangguk perlahan, dia sempat melihat mata Afeefa yang berair. "B-bukan Lea tak suka kucing ke?"
"Kenapa awak rahsiakan benda ni? kan saya dah salah faham!" Geram dengan sikap Hadif yang suka berahsia. Lepas ni rahsia apa lagi yang dia tak tahu?
"D-Dif takut Lea suruh Dif buang Hana. Lea kan tak suka kucing..."
Afeefa mengerut dahi.
"Tak suka tak bermakna saya benci Hadif.." Afeefa menjawab perlahan. Sampai hati Hadif anggap dia sekejam itu.
"Siapa buat dia macam ni? Kesiannya..." Afeefa mengalih suasana. Nak tunggu Hadif pujuk dia, lambat lagi lah jawabnya.
"Masa Dif jumpa dia dekat lorong dulu, dia memang dah nyawa-nyawa ikan. Tak tahu siapa pelaku yang buat dia macam tu. Tak sangka dia boleh bertahan. Ubat-ubat yang Lea buang hari tu... tu semua untuk Hana punya."
Lea diam. Rasa bersalah mencengkam kuat dalam dada. Sebab cemburu buta, dia dah salah faham. Dia sangka Hadif ada perempuan simpanan, rupanya Hana itu cuma seekor kucing.
Afeefa jatuhkan lutut mahu membelai kepala Hana namun si gebu itu terus lari bersembunyi di kaki Hadif.
Tak semena-mena, "Achoo!" Afeefa bersin kuat dan berkali-kali. Lantas Hadif menarik hujung lengan baju Afeefa keluar dari bilik.
Afeefa menarik nafas lega. Akhirnya dia tahu siapa Hana. Mahu tergelak pun ada, selama ni dia cemburu pada Hana. Dia yakin Hadif masih sayangkan dia, kalau tak mesti Hadif dah ada teman wanita sepanjang mereka bercerai dulu.
ANDA SEDANG MEMBACA
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
Roman d'amourSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...
