BAB 33 - QAL

1.3K 65 13
                                        

Lima hari kemudian

Afeefa rasa menyesal.

Ikutkan rasa cemburu, dia menuduh Hadif bawa perempuan lain dalam rumah ini. Dan lebih teruk lagi dia menuduh Hadif ada anak luar nikah.

Dia sendiri tidak tahu mengapa dia boleh beremosi begitu. Mungkin kerana dia teringat Hadif pernah curang kepadanya dulu, dia jadi begini. Padahal Hadif cuba untuk berubah. Tapi dia... buat Hadif seperti pendosa.

Beberapa kali dia hantar pesanan kepada Hadif. Dia mengatakan maaf, tapi tak pernah dibalas dan dibaca. Hari pertama sahaja Hadif balas mesejnya, itupun kerana Hadif menyuruhnya menghantar Aysar ke rumah ibu bapanya buat sementara waktu.

Panggilan telefon juga pernah dibuat tapi tak pernah berangkat.

Dia perlu buat sesuatu! Kalau dia cuba berkomunikasi dengan telefon memang tak jalan. Dia perlu bersemuka dengan suaminya.

Bilik Hadif dituju.








Pintu Hadif diketuk perlahan.

"Hadif?"

Tok, tok, tok..

"Awak.. saya nak cakap sikit"

"Hadif? Saya nak cakap sikit..."

Pintu bilik diketuk lagi.

"Hadif..."

Afeefa kemam bibir. Rasa mahu menangis. Hadif marah padanya ke? Sudah tentu Hadif marah! Dia menuduh Hadif bukan-bukan.

"Awak...bukak pintu ni boleh?"

"Hadif..."

Pintu bilik diketuk berulang kali hingga naik lenguh tangan Afeefa.

Afeefa berhenti mengetuk pintu. Dia mengeluh perlahan sambil menunduk memandang kakinya.

Dia akan cuba lagi esok pagi..

Baru sahaja dia mahu beredar, pintu dibuka dari dalam. Laju Afeefa mengangkat muka. Raut wajahnya gembira.

"Hadif!.."

Daun pintu dibuka hanya sedikit. Cukup untuk Afeefa lihat separuh badan Hadif di celah pintu supaya Afeefa tidak boleh masuk ke dalam biliknya dan melihat ruangan biliknya.

"N-nak apa?..."Hadif bertanya dengan suara yang serak. Dia mengurut kepalanya. Dari tadi suara Afeefa tak berhenti memanggil dan mengetuk pintu, terpaksa dia gagahkan diri untuk bangun.

"Awak tak sihat ke?" soal Afeefa dengan nada bimbang. Wajah Hadif begitu pucat.

"Hmm..."

"Jom pergi klinik.."

"Tak apa." Jawab Hadif pendek. Dia mahu menutup pintu bilik tetapi dihalang oleh Afeefa.

"Tunggu!"

Hadif meraup wajahnya dengan sebelah tangan. Kalau Afeefa mahu bertengkar lagi, dia tak jamin dia boleh mengawal tubuhnya.

"Awak dah makan ubat ke?" Afeefa menyoal. Kalau Hadif tak mahu ke klinik, sekurang-kurangnya lelaki itu makan ubat demam.

Hadif tidak membalas. Dia hanya diam memandang ke bawah dan mengeluh perlahan. Afeefa yang buang semua ubat-ubatan di situ, lepas tu tanya lagi soalan begitu?

BUNGA AZALEA (BOOK 2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang