Teaser bab 37

1.4K 67 10
                                        

Disebabkan saya gagal utk update minggu ni, saya up dulu teaser ya...
Maafkan saya 😭

*******

"Hadi muncul lepas kejadian tu..."

"Lepas–" Qayyum mengetap gigi. Nafasnya berat.

Berat hatinya untuk mengucapkan kata-kata itu. Namun dia harus mengungkapkan kebenaran ini. Hadif menderita kerana Afeefa! Afeefa tak patut menyalahkan Hadif sepenuhnya!

"Lepas dia kena rogol, dipukul, dimalukan sebab ulah kamu!"

"Kalau bukan sebab kamu dan kawan kamu rancang semua ni, Hadi takkan muncul!"

Terluah juga amarahnya. Bergetar tangannya menahan rasa marah dan sedih. Sedih bila satu-satu anaknya menjadi mangsa rogol dan dera.

Afeefa terdiam. Dia menekup mulutnya dari berbunyi. Hanya matanya sahaja berbicara. Laju air matanya turun tak henti-henti.

Dia tak layak untuk menghakimi Hadif. Hadif terseksa kerana dia. Dia yang membentuk identiti Hadi. Lelaki kejam yang menyeksa dia dan Hadif!

"Hadif terlalu sayangkan kamu. Dia beritahu papa yang dia dah lama maafkan kesilapan kamu. Dia kahwin dengan kamu bukan sebab dendam"

"Jadi tolong.."

"Jangan cakap kamu seorang je yang terseksa. Jika dibandingkan dengan apa yang terjadi pada Hadif. Dia lagi sakit dari kamu. Dari kecil dia dah terseksa"

"Papa mohon sangat-sangat. Tolong bahagiakan Hadif... dia dah cukup menderita"

BUNGA AZALEA (BOOK 2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang