Hari ini Afeefa gatal kaki nak melangkah ke kedai Hadif. Dia rasa seperti apa ya? Rasa seperti sepi, rasa hidup kosong, rasa tak lengkap. Rasa seperti mahu melihat wajah adonis itu. Padahal baru seminggu tidak berjumpa.
"Bos awak mana?"
"Eh cik Efa.."
"Sikit lagi dia balik.. biasa time macam ni dia akan balik kejap."
Afeefa mengerling jam tangannya. Bukan selalunya masa ni Hadif dah ada di kedai? Sebenarnya dia sudah suruh Ahmad stalk Hadif! Jadi dia tahu masa bila Hadif datang kedai, masa bila Hadif balik dan hari bila Hadif datang kedai kerana lelaki itu bukannya setiap hari ada disini.
"Awak tahu ke dia ke mana?"
Zafran dan Zafril berpandangan sesama sendiri. Seperti serba salah mahu memberitahu Afeefa.
"Err.."
Afeefa menjongket kening sebelah. Mukanya beriak serius. Sejak jadi janda ni memang dia menjadi wanita yang berdikari dan garang. Dia tak kan benarkan lelaki buatkan dia lemah. Ciss.
Zafril garu kening.
"Cik ada apa-apa ke dengan bos?" Soal Zafran.
Bibir Afeefa terkatup.
"–sebab saya rasa encik Hadif tu dah ada girlfriend"
Dum. Hati Afeefa rasa perih. Kenapa dia perlu rasa sakit sedangkan dia sendiri yang menyuruh Hadif untuk move on?
"Bos ambil girlfriend dia kat klinik. Tadi saya ada curi-curi dengar. Sayang sangat dia dengan girlfriend dia tu. Siap senyum lagi bila girlfriend dia call."
"Kami pun jarang tengok bos senyum tau.." Zafril membuat muka sedih.
Muka Afeefa berubah. Benarkah Hadif sudah ada kekasih hati?
Melihat wajah Afeefa yang sudah bertukar riak, Zafril menyiku lengan abang kembarnya.
"Kami bukan nak kata apa, tapi ramai perempuan dekat sini nak try bos kami... tapi dia memang tak layan. Dia memang setia dengan girlfriend dia."
Afeefa mengangkat muka.
"Tapi kami pelik juga, Cik Efa memang rapat dengan bos ke? Sebab kami tak pernah nampak bos sembang dengan perempuan sangat. Kalau bercakap pun, gitu-gitu je.. kalau dengan Cik Efa boleh pula dia bercakap lama."
"Dia cakap apa tentang saya?" Soal Afeefa. Rasa ingin tahu apa yang Hadif beritahu kepada pekerjanya tentang status dirinya. Lagipula kejadian dia dibantu oleh Hadif tempoh hari pastinya menimbulkan rasa curiga kepada mereka berdua.
"Dia beritahu kami yang Cik Efa ni kawan lama dia.. betul ke?" Ujar Zafran.
Kawan?
Kawan lama?
Afeefa beriak tidak percaya. Terselit juga rasa kecewa.
"Tak. Saya bukan kawan lama dia. Saya lebih daripada tu..." saja nak berkias.
Zafran dan Zafril berpandangan sesama sendiri.
Kalau bukan kawan...
"Ke sebenarnya Cik Efa ni skandal dia?! Maksudnya bos ada pasang dua lah!"
Lah, jauh betul mereka fikir..
"Jangan jadi orang ketiga Cik Efa.. biarkan bos kami bahagia dengan girlfriend dia, Cik Efa boleh cuba cari yang lain.. contohnya, macam kami berdua ni." Zafril mengangkat kening.

ANDA SEDANG MEMBACA
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
RomantikSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...