🎶Hana, kau buatku lupa
Hati yang pernah terluka kerna cinta
'Ku milikmu selamanya
Hana, kau buatku bahgia
Tak mungkin arah serupa
Kamu saja cintaku sampai ke syurga🎶
"ISHH!"
Alat kawalan jauh diambil lalu dia menekan butang merah. Televisyen terus dimatikan. Boleh pula rancangan itu menayangkan klip video lagu Hana itu. Memang enak didengar, tapi disebabkan ada nama Hana tu.... Rasa panas hati pula.
"Hana! Hana!"
"Tak ada nama lain ke?"
Gumamnya sendiri.
'Benci!'
Terkebil-kebil Aysar memandang si ibu di tepi. Terkumat-kamit mulut si ibu.
"Siapa Hana tu?"
Teringin betul Afeefa nak berjumpa dengan Si Hana yang berjaya memikat hati Hadif tu.
Sudahlah dua-dua tu nama "H". Macam berjodoh pulak. Eh!
Tak boleh! Tak boleh!
Tapi kenapa tak boleh? Dia bukan ada kaitan dengan Hadif lagi pun.
"Aysar! Kenapa ibu rasa macam..."
Wajah ditoleh seketika memandang si anak.
"...cemburu!" Adu Afeefa pada si anak.
Mulut kata benci. Otak kata dia sudah move on! Padahal hatinya masih sayang.
Jika dia mengurat Hadif. Rasa-rasa Hadif terima dia semula ke? Sudahlah dia hancurkan hati Hadif dahulu.
Itulah, dulu masa Hadif pujuk rayu dia. Dia tolak teruk-teruk sampai buat Hadif masuk penjara dan hospital mental kerananya.
Sekarang dia pula yang rasa menyesal.
******
Kali ini Afeefa ada rancangan paling bernas.
Cara mahu mengambil hati Hadif dan melihat wajah Hadif tanpa buat Hadif tahu yang dia terhengeh-hengeh adalah dengan membawa Aysar bersamanya ke kedai Hadif.
Dia ada alasan.
Boleh dia kata mahu rapatkan hubungan Hadif dan Aysar kan?!
Bijak-bijak.
Langkah kaki diatur dengan penuh semangat. Tangan kecil Aysar dipimpin menuju ke pintu kedai Hadif. Mahu didukung, Aysar tidak mahu. Meronta-ronta mahu jalan sendiri.
Baguslah. Afeefa pun tidak larat angkat Aysar yang sudah berat.
Nasib baik hari ini Aysar tidak buang ragam. Walaupun dia nampak takut-takut untuk masuk ke sini, namun Afeefa sudah pancingnya dengan nama Hadif.
Nak jumpa ayah kena ikut cakap ibu! Nak makan ayam goreng kena pergi kedai ayah dulu! Hehe.
Hadif, apabila nampak Afeefa muncul di muka pintu terus tergamam.
ANDA SEDANG MEMBACA
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
RomanceSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...
