Maaf jarang update, terima kasih sabar menunggu dan masih sudi membaca dan menanti ♥️
———————-
KELIHATAN Hadif mundar mandir di belakang sofa dalam keadaan gelisah. Afeefa yang ketika itu sedang duduk di atas sofa yang membelakangi Hadif hanya mendiamkan diri. Afeefa pura-pura melihat televisyen bersama Aysar.
Selepas makan malam tadi, Afeefa tidak terus ke bilik. Hadif pesan untuk menunggu di ruang tamu. Katanya ada sesuatu yang ingin dia bincangkan.
"Lea.." akhirnya Hadif beranikan diri untuk memulakan perbualan. Dia duduk di atas sofa bertentangan dengan Afeefa.
Afeefa angkat wajah. Hadif kelihatan janggal. Dia perasan jika Hadif tidak selesa, berasa segan dan janggal dia tidak akan memandang wajahnya, Hadif akan menggusap belakang lehernya atau hidung. Matanya akan melilau sekeliling.
"Ya?"
"Lea suka bunga kan?"
Afeefa tak jangka Hadif akan bertanya tentang itu.
"Tak.."
Walaupun nama dia nama bunga, tapi dia bukan tipikal perempuan yang menyukai bunga. Dia lagi suka duit HAHAHAHHAHA.
"Oh.." nadanya sedikit hampa.
"Sebab apa?" Hadif menyoal lagi.
Afeefa diam sejenak.
"Sebab bunga tu hanya kecantikan yang sementara. Harini petik, esok-esok dah layu. Sebab tu saya tak suka orang beri saya bunga. Sayang.. boleh guna sekejap ye. Nanti dia layu."
"Tapi bunga kan cantik.."
Afeefa senyum. "Ya. Tapi dia tak bertahan lama. Lainlah kalau dapat bunga yang boleh bertahan lama, kekal kembang kan?"
Hadif mengangguk faham. Dia termenung seketika.
"Awak nak bincang apa sebenarnya Hadif?" Soal Afeefa. Takkan Hadif nak susah payah nak berbincang dengan dia hanya sebab itu sahaja kan? Sudahlah Hadif jenis berat mulut. Selagi dia tak mulakan, memang sampai kesudah senyap.
Hadif kemam bibir. Dia memandang Aysar yang sedang kusyuk bermain robot kesayangannya.
"Boleh tak kalau lepas ni... Dif jaga Aysar?" Hadif menyoal dengan berhati-hati.
Afeefa sudah agak. Pasti Hadif akan bincang mengenai Aysar.
"..Sebab Dif free waktu siang.. tengahari baru Dif masuk kedai. Sabtu ahad Dif free juga"
Dalam kata erti lain, tak perlu Afeefa susah payah hantar dan ambil Aysar ke rumah ibu bapanya setiap hari.
"Tapi waktu petang? Saya dekat cafe lagi.. Siapa nak jaga Aysar?"
"Dif bawak Aysar ke kedai! Lagipun kejap je.. Lea nak ambil Aysar dekat Dif pun boleh petang tu." Jarak kedai Hadif dan Afeefa tidaklah jauh. Lepas Afeefa habis kerja, Afeefa boleh bawak Aysar pulang ke rumah.
Hadif sangat mengharap Afeefa akan setuju. Dia mahu meluangkan masa bersama Aysar lebih lama. Dua tahun lebih Aysar membesar tanpanya. Dia mahu jadi seorang ayah yang baik. Dia mahu besarkan anaknya dengan penuh kasih sayang.
Lagipula... dia tak yakin perkahwinan kali ini akan bertahan berapa lama. Dia takut Afeefa akan meminta untuk berpisah lagi jika Aysar sudah menginjak dewasa. Sebelum momen itu terjadi, dia perlu luangkan masanya bersama Aysar, agar dia tidak menyesal esok hari.
Jujur Hadif katakan, dia ragu untuk mempercayai Afeefa lagi sejak Afeefa failkan penceraian kepadanya dulu. Dahulu Afeefa berjanji tidak akan bercerai dengannya jika dia lakukan apa sahaja yang Afeefa mahukan, tetapi tetap juga Afeefa mungkir janji dan dia terpaksa untuk melepaskan Afeefa dan melupakannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
BUNGA AZALEA (BOOK 2)
RomanceSAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjuangan untuk berlawan dengan diri sendiri. Perjuangannya untuk berjuang seorang diri. Tidak mungkin di...
