"AWAK!"
Tengku Muammar hanya senyum.Akhirnya dapat juga duduk di sebelah gadis ini.Tidak dihiraukan muka Ayuni yang terkejut melihatnya.Tiba-tiba Ayuni mula bangun dari duduknya.Tengku Muammar menghalang dengan tangannya.
"Nak ke mana?" Tanya Tengku Muammar.
"Ish,nak duduk tempat lain lah.Takkan nak duduk sini."Jawab Ayuni dengan nada berbisik.
"No.Sit here.With.Me."
"Tak nak."Bantah Ayuni tegas.
"Degil eh? Kalau macam tu..."
Beg tangan yang dipegang oleh Ayuni dirampasnya.Tidak sempat Ayuni mengambilnya kembali,beg itu sudah ada ditangan Tengku Muammar.Tengku Muammar tersenyum sinis.
"Beg ni aku akan pegang sampai kita dah tiba kat sana nanti,"ujarnya.Riak mukanya langsung tidak bersalah.
Ayuni mengetap bibir geram.Ish,si tiang ni kan...kecik besar kecik besar je aku tengok tau! Nasib je dalam bas ni orang ramai kalau tidak aku dah pukul-pukul dia ni! Jerit hatinya.
Ayuni yang tadinya berdiri duduk di tempatnya semula.Dia memandang ke arah tingkap.Tangannya berpeluk tubuh.Malas mahu melayan si tiang di sebelah.Tengku Muammar tersenyum nakal.
Janji dia duduk dekat sebelah.Bisik hati nakal Tengku Muammar.
Setelah beberapa jam perjalanan,akhirnya mereka tiba ke destinasi.Ramai yang tidak sabar mahu melihat tempat yang mereka sudah tiba.Sementara itu,di belakang pula Ayuni sudah tidak sedarkan diri.Dia tertidur.Begitu juga dengan Tengku Muammar.Beberapa jam perjalanan membuatkan mereka mengantuk.Ditambah pula dengan aircond di dalam bas.Memang sedap tidur lah jawabnya.
"Baiklah semua kita sudah pun sampai.Saya nak awak semua jaga diri masing-masing ya? Turun dari bas jangan tolak-tolak.Ikut arahan.Sekarang semua boleh turun,"arah Zairi kepada para pelajar.Pelajar yang lain mula bangun dari duduk mereka.Satu persatu mula keluar dari bas tersebut.
Hadi yang baru sahaja bangun dari duduknya mengajak Ikmal untuk keluar dari bas tersebut.Mereka berdua mula bangun.
"Eh,Hadi.Am mana? Aku tak nampak pun dia? Dia dah turun ke?"tanya Ikmal.Hadi mula meliarkan matanya ke belakang tempat duduk.Kelihatan seperti ada orang dibelakang tempat duduk.Dia mula melangkah ke arah belakang.Begitu juga dengan Ikmal.
Sampai sahaja di belakang,dia melihat Tengku Muammar dan Ayuni sudah tertidur dibahu masing-masing.Hadi dan Ikmal yang melihatnya sudah tersenyum-senyum sesama sendiri.
"Kau bawa phone?" tanya Hadi nakal.
Ikmal mengangguk faham.Dia mula mengeluarkan telefon di kocek seluarnya lalu skrin telefon dibuka.Kamera ditekannya.Dia mengambil beberapa gambar mereka berdua yang tertidur.Seronok kalau kenakan Tengku Muammar ni.
Sesudah itu,mereka berdua mengejut Tengku Muammar dan Ayuni.
"Am!Am!Am!" Kejut Hadi.
Tengku Muammar perlahan-lahan membuka matanya.Dia terkejut melihat Hadi dan Ikmal ada dihadapannya.
"Kau berdua dah kenapa berdiri tengok aku macam tu?" Tanya Tengku Muammar .
Mereka berdua tersenyum-senyum.
"Dah lah bangun.Kita dah sampai ni.Haih,sakit pula mata aku tengok benda manis depan aku ni.Jom lah Hadi.Aku tak sabar nak berkhemah ni,"ajak Ikmal lalu mula beredar.Hadi tertawa kecil.Kemudian melangkah pergi.
Tengku Muammar mengerut dahinya.Dah kenapa dua ekor beruk ni? Baru sahaja dia mahu bangun,dia melihat Ayuni disebelahnya.Kelihatan gadis itu tertidur dibahunya.Patut lah dua ekor tu asyik tersenyum-senyum tengok aku.Kurang asam betul!
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...