SEDANG ralit matanya memandang ke arah TV, tiba-tiba muncul pula Ayuni dari arah belakang.
"Buat apa tu? "Soal Ayuni sambil mengambil tempat bersebelahan dengan Dania.
"Tengok boyfriend aku lah. Nampak tu tengah buat konsert, "jawab Dania sambil mulutnya mengunyah kudapan. Amboi syok betul minah sorang ni. Tak habis dengan Korea dia.
"Kau ni aku tak tahu lah. Asyik Korea.. Korea.. Korea.Tak bosan ke? Nak kata dapat teman lelaki Korea lagi lah tak ada."Ayuni tergelak kecil.
"Biadap ya kamu! Jangan pandang aku sebelah mata tau. Kau tengok nanti kalau aku dapat lelaki yang ala-ala Lee Min Ho, jangan putih mata tau."
"Perasannya kawan aku seorang ni. Hahaha.. "tawa Ayuni.
Dania muncung sahaja wajahnya. Matanya difokuskan semula dengan cerita yang berada di TV.
"Beb, minggu depan mak ayah aku datang sini tau."Beritahu Ayuni.
"Yeke? Wah, seronoknya lama tak jumpa mak ayah kau! "
"Itulah. Mak aku kata dia nak duduk rumah kita seminggu. Boleh tak beb? "Pinta Ayuni.
"Eh, mesti lah boleh! Aku pun dah lama tak merasa masakan terbaik mak kau. Lagi-lagi nasi lemak sambal sotong mak kau. Sedapnya.. "
Alahai.. Waktu macam ni pula dia sebut pasal makanan. Kecur pula liur Ayuni. Tak sabar nak tunggu mak dan ayahnya pulang!
"Amboi, kalau bab makan laju ye kau? "Usik Ayuni sambil mencubit pipi kiri Dania.
Dania tersengih. Hai lahh.. Nasib baik kawan baik.
"Erm, beb." Ayuni mengigit bibirnya seketika. Nak cerita ke tak nak? Hmm?
"Apa? " soal Dania sambil matanya kembali memandang ke arah TV.
"Contoh lah kan.. err.. "
Aduhai, macam mana nak tanya ni? Bisik hati kecil Ayuni.
"Kau ni contoh.. Contoh.. Contoh apa? Cakap lah straight to the point. Malu-malu kucing pulak dengan aku, "usik Dania sambil terkekeh ketawa.
"Contoh kalau ada seorang lelaki ni tiba-tiba dia nak melamar kau sebab alasan dia nak jaga kau? Kalau kau.. apa pendapat kau sendiri eh? " tanya Ayuni ragu-ragu. Eh, betul ke ayat aku tu? Jangan lah minah ni fikir bukan-bukan pasal aku.
"Haa, mungkin memang tu jodoh aku? Siapa tahu kan? Alahai.. tiba-tiba nak melamar lepastu cakap nak jaga aku nak sehidup semati dengan aku.. Sooo touching uhukk uhukk.. " jawab Dania dengan gaya seperti menangis terharu. Sangat drama. Haha.
Ayuni mencebik. Minah ni memang tau.. aku serius dia main-main.
"Jap..jap.. Kenapa kau tanya aku soalan macam tu eh? Ke... Tengku nak melamar kau ? Atau Naim?! Oh my godd..beb kalau betul terjadii lebih baik kau jauhkan diri kau dari Naim tu.Aku tak berkenan langsung kau dengan dia.Lain lah anak raja seorang tu.Even alah budak kan?Umur tak penting.Boleh jadi kalau dia dengan kau..kau cantik dia kacak..sesu.."
"Eh..stop!stop! Kau merepek apa ni?Eh,memang tak lah aku nak dekat si Naim tu.Dah tiba-tiba sebut nama dia ni kenapa?Kau ni..drama betul lah.Tu lahh tengok lagi maghrib drama TV3 tu.Kalau boleh masuk terus dalam TV.Dah lah aku nak tanda buku budak-budak sekolah tu.Layankan kau ni memang tak siap lah kerja aku.Dah bye!"
Ayuni terus sahaja bangkit dari duduknya menuju ke tingkat atas biliknya.Dania tercengang.
"Dia yang tanya,aku jawab lah.Apa kena kawan aku seorang ni?"
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...