Bab 32

1.2K 62 9
                                    

"ERR..."

Semua menanti kata jawapan dari Hadi. Masing-masing fokus pada dua pasangan ini. Sekejap mata mereka beralih ke Hadi dan juga Amira.

"Err..je dari tadi. Kau terus je lah cakap direct jawapan kau." Ikmal merungut. Mana taknya dari tadi tergagap-gagap. Nampak je macam lelaki sejati tapi hmm...

"Ish,kau diam lah! Kalau aku salah cakap nanti jadi lain kang!" bisik Hadi seakan geram dengan kata-kata Ikmal.Di depan orang ramai dia cuba mengukir senyum walupun agak janggal dengan keadaan seperti itu.

Ikmal sudah mengekek ketawa. Sempat Hadi mencubit lengan Ikmal. Ikmal mengaduh sakit.Lengan kirinya digosok. Bisa matt...

"Er...sebenarnya..aku pun..."

Dengan muka yang sudah agak kemerahan,Amira memandang ke arah Hadi menanti jawapan. Ayuni terus mengusap bahu Amira , cuba memberi kekuatan.

"Aku pun suka kau juga."

Semua terus bersorak gembira dan suka. Amira tersenyum dan tawa kecil. Ayuni pula menepuk tangannya tanda sokongan.

"Ececeh...dalam hati ada taman matt..woo!" Kata Ikmal dengan nada mengusik. Hadi membesarkan matanya tanda amaran pada Ikmal.Balik ke khemah memang habislah si Ikmal dia belasah.

"Amboi,bukan main lagi bersorak. Perlahan sikit ya semua. Ingat ya esok pagi kita ada aktiviti.Jangan tidur lewat.Ayuni nanti pastikan budak-budak ni bersurai jam sepuluh malam."Tegur Cikgu Jasmine yang tiba-tiba muncul.Ayuni hanya mengangguk.

Keadaan yang tadi senyap seketika kembali meriah semula.

"Okay,sebelum jam sepuluh sekejap lagi...apa kata kita lantik seorang wakil untuk menyanyi . Korang nak tak?" Tanya Adam pada mereka semua. Semua bersetuju.

"Erm...sesiapa ada yang nak menyanyi tak?" tanya Ikmal kepada mereka.Semua berpandangan sesama sendiri. Ada yang malu.Ada yang menanti jawapan.

"Baiklah.Kalau tak ada aku ambil kertas dalam mangkuk ni je. Nama yang disebut kena menyanyi okay?" ujar Ikmal.Dia mula mengambil kertas secara rawak.Satu kertas diambil dan dibaca.Dan tanpa disangka...

"Tengku Muammar!"

Tengku Muammar yang ketika itu sedang meneguk airnya tersedak seketika. Eh,aku pula?

"Am,come on lah. Tunjuk sikit skill kau."Kata Ikmal sambil menjongketkan kedua keningnya. Tengku Muammar hanya menjeling. Malas ! Malas !

Dia menyambung semula meneguk airnya.Ayuni hanya memerhati tingkah Tengku Muammar. Berlagak si tiang ni.

"Cepatlah,Am. Sekali je."Pujuk Adam pula.Tengku Muammar hanya diam dan tidak menghiraukan kata-kata Adam.

"Hai,boleh cikgu join sama ke?"

Semua memandang ke arah suara itu.Cikgu Zairi rupanya. Tengku Muammar yang melihat kedatangan Zairi mula mencebikkan mukanya. Saja lah tu nak usha Ayuni. Bisik hati kecilnya.

"Boleh cikgu ! Kitorang baru nak start ni . Haa..Am apalagi ? Cepat lah . " Ujar Adam lagi . Tengku Muammar menjulingkan matanya ke atas . Nak tak nak kena lah juga. Siapa lah yang buat permainan ni . Kalau tak kerana ada Ayuni tak ingin aku . Baik aku masuk khemah tidur . Bisik hati kecil Tengku Muammar.

Zairi yang baru tiba sebentar tadi, hanya berdiri bersama pelajar lelaki yang lain. Matanya kadang mengerling 'orang' yang di sana. Zapp! Tiba sahaja pandangan mereka bertembung. Ayuni hanya tersenyum sikit kemudian matanya difokuskan pula di bahagian hadapan.Zairi hanya mengetap bibir.

Dalam hatinya sudah mula ada rasa suka dan sayang pada gadis itu. Sungguh dia tidak tahu mengapa. Setiap kali melihat Ayuni sering bersama Tengku Muammar, dia menjadi cemburu. Ya,dia akui itu. Tambah pula dengan kata-kata Tengku Muammar pada petang tadi. Lagi membuat semangatnya untuk memikat hati Ayuni.Dia perlu cepat sebelum disambar yang lain.

Alahai...Cikgu Sayangku Where stories live. Discover now