Bab 35

1.2K 65 6
                                    

MELIHAT gambar yang berada ditangannya, membuatkan dia teringat tentang peristiwa semalam. Semua rancangannya gagal . Niatnya untuk memiliki gadis itu tidak berjaya lagi. Semua gara-gara budak itu. Tangannya yang memegang sekeping gambar gadis itu mula menggigil. Dia cuba menahan amarahnya.

"Tak guna! Sial !" Tiba-tiba sahaja dia terus bangun lalu menendang kerusi di hadapannya. Barang-barang yang berada di atas meja dibalingnya dan dihancurkan. Habis lantai bersepah dengan barang-barang miliknya.

Dia cuba menarik nafasnya dalam-dalam.Rambutnya diraup ke belakang lalu diserabutkannya. Dia mengeluh kasar.

"Walau macam mana sekali pun,kau mesti jadi milik aku! Tak kira dengan cara halus atau kasar! Ayuni Zahara!" gumamnya berbaur dendam dan amarah.

Sikit sahaja lagi rancangannya itu hampir berjaya. Namun gara-gara budak itu habis musnah semuanya. Budak itu. Budak yang selalu mengacau rancangannya.

"Tengku Muammar..."

Dia tersenyum sinis.

"Tak kisah lah kau tengku atau tengkujuh sekali pun...yang penting..."

"..kau patut mati!" Terus sahaja tangannya menumbuk meja sehingga tangannya mengalirkan titisan darah.

Tengku Muammar. Kau patut mati ! Bisik hati jahatnya.Kini hatinya mula penuh dengan dendam.

***************************************

"ASSALAMUALAIKUM!" Ucap Ayuni setelah tiba dihadapan rumah. Tiba-tiba pintu terbuka dari dalam. Ayuni terus terkejut melihat orang yang membuka pintu dihadapannya.

"Mak!" Terus sahaja didakapnya Puan Diana dengan erat. Puan Diana membalas dakapan tersebut. Dua saat kemudian, Ayuni melepaskan dakapannya.

"Makk...kenapa tak beritahu Ayu mak dah balik sini ?"tanya Ayuni dengan muka cemberutnya.

"Alah..mak tak nak lah kacau Ayu. Ayu kan baru balik dari perkhemahan kan? Mesti banyak halnya. Nasib baik Dania beritahu kalau tak jenuh mak menunggu Ayu balik.

Dania pun tadi keluar sekejap dia beli barang sikit untuk masak malam ni. Ayu mesti lama tak rasa masakan mak kan? Jom masuk!"Jawab Puan Diana lalu menarik Ayuni masuk ke dalam rumah.

"Ayah mana mak ?"tanya Ayuni.

"Ada tu haa...Tu tengok siapa yang tidur dekat sofa tu.."

Tunjuk Puan Diana.

"Ayahhh!! Rindunyaa!" Terus sahaja Ayuni berlari menuju ke arah Encik Adam yang sedang duduk menonton TV. Dipeluknya Encik Adam dari arah belakang. Erat.

Encik Adam membalas pelukan anak gadisnya.

"Dah balik dah Ayu?Macam mana perkhemahan? "soal Encik Adam prihatin.

"Err..semua baik-baik je.Hehe."Sengih Ayuni. Teringat hal semalam yang menimpa dirinya. Sungguh mimpi ngeri baginya. Nasib baik si tiang ada. Huhu.

"Aik...macam lain je bunyinya?" Encik Adam pelik.

"Betullah. Semua okay je," tipu Ayuni.

"Yelah...ni kamu tengok orang yang dekat sana tu siapa?"

Ayuni melihat ke arah kirinya. Terlihat seorang lelaki yang sedang baring di sofa dengan lenanya. Ayuni menahan tawanya. Bantal yang berada di sebelah Encik Adam dicapainya lalu dibaling ke arah lelaki yang tidur di sofa itu.

Pap! Tepat terkena pada wajahnya.

"Woi!Apa ni ?!!" Marah lelaki itu sehingga dia terus sahaja bangun dari tidurnya.

Alahai...Cikgu Sayangku Where stories live. Discover now