PAP!
Naim melihat surat yang dilemparkan dihadapannya. Kemudian dia memandang Puan Hajar yang seperti menahan amarahnya. Dia hanya berlagak biasa sahaja.
"Saya dengar awak ada buat masalah. Boleh jelaskan pada saya kenapa awak buat macam tu?" soal Puan Hajar dengan tegasnya.
"Saya buat apa puan?" nafi Naim tanpa rasa bersalahnya.
"Jangan nak menipu saya Naim! Tu lebam dekat muka awak tu! Saya dapat laporan awak buat gangguan seksual terhadap Cikgu Ayuni !"
Naim tertawa kecil. Pasti si anak tengku yang memberitahu hal ini kepada Puan Hajar. Bukan dia tidak tahu.
"Siapa yang jadi radio karat puan ni?"
"Aku."
Mendengar sahaja suara itu dari arah belakangnya, Naim tersenyum jahat. Sudah di agaknya. Pasti salah satu rancangan budak ini mahu menyingkirkannya di sekolah ini.
"Aku nak tahu sangat..."
Tengku Muammar mula berjalan menghampiri Naim.
"Kenapa kau selalu kacau Ayuni?"
Kini Tengku Muammar sudah berdiri dihadapan Naim. Mereka berdua saling berpandangan. Naim tersengih mendengar soalan Tengku Muammar kepadanya.
"Betul kau nak tahu?"
Tengku Muammar diam menunggu jawapan. Angguk tidak . Geleng pun tidak.
"Sebab..."
"She's mine." Jawab Naim dengan senyuman. Senyuman yang seperti mengejek. Kesabaran Tengku Muammar dicabar. Tengku Muammar cuba menahan barannya. Lunyai juga si Naim ni dia kerjakan nanti.
"Kau nak tahu apa yang paling aku suka sangat pasal dia?" bisik Naim perlahan dihadapan muka Tengku Muammar.
"Wajah dia...mata dia..hidung dia...bibir dia...selalu buat aku gila. Gila bayang . Setiap malam aku tak boleh lupakan dia. Dia buat aku selalu ingatkan dia. Kau nak tahu tak apa yang paling best sekali pasal dia?"
Genggaman kedua tangan Tengku Muammar disisi semakin kuat. Bila-bila masa sahaja amarahnya akan meletus. Naim benar mahu mencari pasal dengannya. Tiba-tiba Naim berbisik ditelinga kirinya.
"Setiap malam aku selalu terbayang...kalaulah kan..aku dapat dia kan bagus? Muka dah cantik manis...mesti tubuh dia pun...sedap kalau aku ratah.."
Buk!
Sebiji penumbuk melayang dimuka Naim. Naim memegang tepi bibirnya yang mula mengalir darah. Puan Hajar mula meluru ke arah Tengku Muammar. Dia menarik lengan kanan Tengku Muammar. Cuba meredakan amarah anaknya itu.
"Am! Sudah lah tu!" ujar Puan Hajar dengan riak kerisauan.
"Kau blah! Kau jangan nak tunjuk muka kau dekat sekolah ni lagi! Kalau tak mampus kau aku kerjakan! Kalau kau buat lagi bukan-bukan pada Ayuni mati kau aku belasah cukup-cukup! Kau jangan nak main gila dengan aku Naim! Setiap inci tubuh Ayuni pun aku takkan biarkan sesiapa sentuh atau sakitkan dia! Jangan cabar aku!!" tengking Tengku Muammar sehingga muncul urat-urat disekitar lehernya.Kemarahannya tercetus juga.
Naim ketawa. Sikit pun dia tidak heran dengan ugutan Tengku Muammar kepadanya.
"Alah...budak mentah macam kau ni mana layak nak dapat tempat dalam hati dia. Paling okay pun dia nak orang yang macam aku ni bekerjaya . Ada kerja . Bukannya budak sekolah. Hahaha..."
Arghhh! Naim mencari pasal betul dengannya saat ini. Nasib ada Puan Hajar disisinya.
"Naim! Awak dipecat dan dibuang. Saya minta maaf . Saya tak boleh terima kalau ada guru yang berkelakuan tidak sopan dan memalukan sekolah. Awak boleh pergi!" ucap Puan Hajar .
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...