"AM,aku nak tanya kau sikit boleh?"
Tengku Muammar yang ketika itu sedang duduk bermain gitar terhenti seketika.Dia lantas memandang ke arah Hadi dan Ikmal yang berdiri di hadapannya.Dia memandang tajam.Macam serius bunyinya?
"Apa dia?"tanya Tengku Muammar.
"Kenapa eh kau beria sangat nak kacau cikgu baru tu?Aku tengok kali ni kau kacau dia lain macam lah,"soal Hadi dengan ragu-ragu.
"Haah,aku perasan juga perkara yang sama.Ke...kau suka dengan cikgu baru tu?"
Buk!
Ikmal menahan sakit apabila tiba-tiba sahaja perutnya ditumbuk Tengku Muammar.Uish,lain macam bisanya ni.Nasib baik tak berapa kuat sangat ditumbuknya.
"Tu makan dia.Lainkali kau cakap merepek macam tu lagi aku tambah lagi sebiji penumbuk aku ni baru padan muka kau!"kata Tengku Muammar sambil menunjukkan penumbuknya dihadapan muka Ikmal.
Hadi hanya tersengih melihat kerutan dimuka Ikmal.Sakit juga tu.Nasib baik dia tanya soalan yang helokkk sikit.
"Sorrylah.Habis kau tu aku tengok bukan main lagi tengok cikgu tu lain macam.Sebab tu aku kata mungkin kau su.."
"Su apa?!Nak kena lagi?!!"gertak Tengku Muammar sambil menunjukkan penumbuknya.
Ikmal tersengih sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"Nasib baik..kalau tak muka kau tu aku tambah lagi lebam."
"So?Kenapa cikgu tu?Kau belum jawab lagi soalan aku?"soal Hadi lagi.
Tengku Muammar terdiam.Memikirkan jawapan yang harus diberikan.Takkan lah dia nak jawab ya dia suka cikgu tu?Tak mungkin.Apa jawapan dia harus berikan?
"Aku...aku.."
Hadi dan Ikmal sudah sedia menanti jawapan Tengku Muammar.
"Sebab..aku rasa..rasa.."
3 saat berlalu...
"Sebab dia pendek,lembab dan aku rasa aku boleh buat dia berhenti berkhidmat kat sekolah ni dengan secepat mungkin?"
Hadi dan Ikmal tercengang dengan jawapan Tengku Muammar.Takkan itu je?!
"Bro,takkan sebab tu je?Seriously?Pftt.."
Hadi meraup wajahnya.Dia yakin bukan itu jawapan yang sebenarnya Tengku Muammar mahu berikan.
"Yes..itu je sebabnya.Kenapa?Kau expect aku akan jawab apa?"
Tengku Muammar menjongketkan keningnya.Ingin tahu pula jawapan dari Hadi.
Hadi memandang Tengku Muammar tanpa riak.
"Aku expect kau akan jawab yes kau sukakan cikgu tu.Bro,aku tahu kau tipu perasaan kau sendiri.Kata-kata boleh menipu,tapi perasaan hati tak boleh menipu.Aku tengok cara kau pandang cikgu tu..cara kau layan dia kacau dia kat situ aku dah nampak lain.."
Tengku Muammar terkedu.
"Betul,aku sokong."Sampuk Ikmal tiba-tiba.
"Kalau suka cakap suka..takut nanti kau yang menyesal bila dia disambar orang lain.Okay lah aku dengan Ikmal gerak dulu balik.Nanti apa-apa hal kau call je okay?Jangan lama sangat duduk belakang sekolah ni..kang muncul si Zed tu tak pasal gaduh lagi.Aku gerak dulu..jom Ikmal."
Tengku Muammar hanya memandang kepergian Hadi dan Ikmal.Dia tiba-tiba menyentuh dadanya.Betul ke aku suka dia?Cikgu tu?Cikgu yang pendek,lembab,dan suka melawan kata aku?Annoying.Tapi...
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...