"DOKTOR,macam mana keadaan mama saya?"tanya Tengku Muammar dengan risaunya.Nisa dan Ayuni yang berada disebelah hanya menunggu kata-kata jawapan daripada doktor.Begitu juga dengan Zed.
Doktor yang bernama Amira itu hanya tersenyum.
"Jangan risau.Keadaan Puan Hajar makin stabil.Cuma bagi dia rehat dan jangan ganggu dia buat masa sekarang.Dia perlukan rehat yang secukupnya,"jawab Doktor Amira dengan senyuman.
Tengku Muammar meraup mukanya lalu mengucap syukur.Mujurlah tak terlalu serius. Risau juga jika penyakit jantung mamanya makin teruk. Alhamdulillah sekarang makin stabil. Nisa dan Ayuni menghela nafas lega. Zed pula hanya berdiam.
"Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu ya? "pinta Doktor Amira. Mereka berempat hanya mengangguk. Setelah Doktor Amira berlalu pergi, Tengku Muammar memandang Zed dengan tajam. Tanpa dapat menahan sabarnya, Tengku muammar meluru ke arah Zed lalu ditolaknya Zed ke dinding.
Nisa dan Ayuni mulai cemas. Beberapa orang yang berada di situ mulai berbisik dan melihat adegan itu. Mereka harus hentikan ini segera.
"Semua ni salah kau! Kalau kau tak cakap macam tu tadi, mama aku tak masuk hospital lah! Apa yang kau masih tak puas hati dengan aku ni Zed?! " tengking Tengku Muammar sambil mengenggam kolar baju Zed.Zed hanya tersenyum sinis.Riak mukanya langsung tidak ada tanda marah.
"Lupa apa yang jadi dulu?Huh?"
Tengku Muammar terdiam.Ya,dia masih ingat kejadian itu.Sampai sekarang dia masih ingat.Dia tahu bukan dia yang melakukan.Zed pula masih tidak mempercayainya.
"Kau dengar apa yang aku nak cakap.."bisik Zed dihadapan muka Tengku Muammar.
"Sampai bila-bila pun aku takkan maafkan apa yang kau buat pada kakak aku."
Zed memandang anak mata Tengku Muammar dengan tajam.Tengku Muammar dapat merasakan Zed masih berdendam dengannya.Dia tahu itu.Setelah beberapa saat berkeadaan begitu,Zed menolak Tengku Muammar ke tepi.Kolar yang digenggam oleh Tengku Muammar dikemaskan.Setelah itu dia berlalu pergi.
Tengku Muammar hanya memandang kosong kepergian Zed.Dia itu masih berdegil dan tidak mahu mendengar penjelasan yang sebenar.
"Tengku Muammar,saya nak awak jelaskan perkara yang sebenar.Saya tahu awak tahu apa yang terjadi kan?"Ayuni tiba-tiba bersuara.Kali ini dia harus selesaikan perkara ini secepat mungkin.Mana mungkin dia berkahwin dengan pelajarnya sendiri?Gila ke apa?
Tengku Muammar menoleh ke arah belakang.Kini dia berhadapan dengan gadis itu.Ya,memang dia tahu apa yang terjadi tapi...
"Aku tetap dengan keputusan aku."
Ayuni terkedu.Whattt????
"Awak tak boleh buat saya macam ni!"bantah Ayuni tidak setuju.Nisa yang mendengarnya juga tidak percaya.Betul ke Tengku Muammar benar-benar mahu mengahwini Ayuni?
"Cikgu Nisa,saya nak pinjam si pendek ni sekejap ya?"pinta Tengku Muammar lalu menarik lengan Ayuni dan membawanya pergi.
Ayuni cuba meronta minta dilepaskan namun pegangan Tengku Muammar terlalu kuat.Ayuni menoleh ke arah belakang cuba meminta simpati Nisa.Namun,Nisa berasa serba salah mahu membantu.
Dalam hati Ayuni,dia meraung sekuat hatinya.Tak nak kahwin!
************************************
SAMPAI sahaja disuatu sudut, Tengku Muammar melepaskan genggamannya. Ayuni memegang lengannya yang sedikit merah. Kuat juga Tengku Muammar mengenggam tangannya. Ayuni mencebik geram."Kau akan kahwin dengan aku."Kata Tengku Muammar dengan tegasnya.Matanya tepat memandang Ayuni yang berada dihadapannya kini.Ayuni terus sahaja memdongak memandang wajah Tengku Muammar.Maklumlah dia tinggi macam tiang.
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...