Bab 34

1K 50 6
                                    

MELIHAT sahaja adegan tiup meniup mata itu, membuatkan Qaira makin bertambah benci pada Ayuni. Berani betul perempuan tak guna tu buat-buat sakit. Masuk habuk konon. Saja nakkan perhatian lah tu . Si Am pun satu! Pergi melayan je perempuan tu ! Aku yang sakit kat sini tak nak tolong pula? Ish,geramnya aku ! Marah Qaira dalam hati.

Sejak kebelakangan ini,dia mulai perasan ada sesuatu di antara Ayuni dan Tengku Muammar. Dia harus mencari tahu hubungan mereka berdua. Dia mahu Tengku Muammar kembali padanya. Tak kira apa pun berlaku Tengku Muammar harus dimiliki jua.

Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluarnya dikeluarkan. Dia mula menaip sesuatu di telefonnya.Sesudah menaip, terus ditekannya butang 'send'. Mesej di hantar. Lantas dia tersenyum jahat.

Rancangannya baru sahaja bermula.

***************************************

MENJELANG malam, masing-masing berkumpul untuk makan malam bersama. Riuh dengan bunyi ketawa dan juga nyanyian dari pelajar-pelajar. Guru yang lain juga turut terhibur dengan nyanyian tersebut. Mereka bertepuk tangan bersama-sama.

Selesai sahaja nyanyian tersebut,Zairi mula bersuara.

"Okay,semua. Waktu sekarang sudah pun menunjukkan pukul 9.30 malam. Lepas makan ni , awak semua boleh berehat dan tidur ya ? Esok pagi kita dah mula bertolak balik . Okay ? Selamat malam,semua." Ucap Zairi. Kemudian dia terlihat Ayuni yang sedang berbual bersama Anisa. Dia menghampiri ke arah Ayuni.

"Hai,girls !" tegur Zairi ramah.

"Eh,cikgu. Cikgu dah makan ke ?"soal Anisa.

"Dah,saya dah makan tadi. Awak berdua pula?" tanya Zairi pula.

"Dah baru je tadi." Jawab Anisa dengan senyuman malu. Ayuni yang melihat senyuman Anisa mula tersenyum dalam hati. Suka lah tu pujaan hati ada depan mata. Comel je mereka berdua.

"Korang tak mengantuk ke ? Esok pagi dah bertolak balik. Barang semua dah siap pack ke?"

"Boleh lah mengantuk juga. Pasal barang saya belum siap pack mungkin nanti kut . Anisa awal-awal dah pack tadi. Bagus Anisa ni. Selalu sediakan sesuatu awal. Agaknya kalau dah kahwin pun nanti pakai makan suami semua dia siap awal. Ciri-ciri bakal isteri pilihan ni. Kan,Cikgu Zairi?" tanya Ayuni kepada Zairi. Saja dia mahu mengusik Zairi dan Anisa. Mahu lihat reaksi mereka berdua.

Anisa membulatkan matanya kepada Ayuni. Malu Anisa jadinya.

"Ish,Ayu..."

"Betul apa? Kan cikgu?"usik Ayuni lagi. Sengihannya melebar.Zairi hanya mengosok belakang tengkuknya.

"Memang ada ciri pilihan tu. Untung juga siapa dapat Cikgu Anisa ni. Moga cepat Cikgu Anisa jumpa jodohnya." Ucap Zairi dengan senyuman yang agak kekok.

Anisa sudah merah mukanya. Semua gara-gara usikan nakal Ayuni. Tapi dalam hati dia tetap suka apabila Zairi pujinya begitu. Malu tapi mahu.

"Amiinnn..." panjang Ayuni mengaminkan kata-kata Zairi. Senyuman Ayuni masih melebar.

"Saya dengan Anisa masuk ke khemah dulu ya cikgu? Minta diri dulu. Selamat malam. " Ujar Ayuni. Kemudian mereka berdua menuju ke khemah. Zairi hanya mengangguk.

Lain yang mahu ditanya lain pula jadinya. Kononya mahu berterus terang tentang perasaannya. Tiba sahaja Ayuni pula mengusiknya. Tak mengapa esok masih ada lagi harinya.

Sempat Zairi senyum sebelum berlalu pergi ke khemahnya.

Tanpa Zairi sedari ada mata yang memerhati ke arahnya.Renungannya mulai tajam.Sesekali dia menjeling ke arah Ayuni yang berlalu pergi bersama Anisa ke khemah di bahagian hadapan.

Alahai...Cikgu Sayangku Where stories live. Discover now