Bab 8

3.2K 101 3
                                    

"LIA..."tegur Puan Hajar pada anak perempuannya.Amelia hanya termenung.Matanya sembab kerana menangis.Mukanya sedikit pucat manakala rambutnya sedikit tidak terurus.Makanan dihadapannya juga tidak disentuh langsung.

Tengku Muammar sudah mengeluh.Risau juga melihat keadaan Amelia.

Aku kena pujuk dia supaya makan ni.Kata aku dalam hati.Terus sahaja aku memegang kedua bahunya lalu ku usap perlahan.

" Lia,makan ya sayang?Jangan lah macam ni...nanti mama risau tengok Lia macam ni,"pujukku dengan lembut.

Puan Hajar terhenti selera makannya.Dia mengeluh lalu memandang Amelia.

"Lia kenapa ni?Dah berapa bulan Lia asyik termenung...tak nak makan.Lia ada masalah ke sayang?Kalau ada beritahu mama jangan buat mama risau macam ni," terang Puan Hajar.Terketar-ketar bibirnya berkata.Melihat keadaan Amelia seperti itu membuat hatinya sebak.

Tiba-tiba terasa bagai ada setitis air terkena pada tanganku.Aku memandang Amelia.Matanya sudah berkaca.Mengalirkan air mata.

"Tsk...tsk...abang..dia jahat abang.Kenapa dia buat Lia macam ni...tsk..tsk.."

"Kenapa ni Lia?Siapa dia?Dia buat apa kat Lia?" sampuk Puan Hajar ingin tahu.Dia tertanya-tanya dengan kata-kata Amelia.Dia?Siapa?

"Shuhhh..dah.Lia jangan risau ya?Abang akan pastikan dia menyesal buat Lia macam ni okay?Dah jangan lah menangis.Adik abangkan kuat.Jom makan sikit," pujukku.Amelia hanya menurut kata-kataku.

Aku memandang Puan Hajar yang memandang ke arahku.Dia berkerut pelik melihatku.

Aku tahu bila aku beritahu mama mesti mama akan kecewa dan marah dengan Lia.Aku harap aku dapat selesaikan semua ni dengan cepat.

"Jom mama..sambung makan." Kataku dengan senyuman hambar.Puan Hajar makin tertanya-tanya.

*************************************"*********************
AKU melangkahkan kakiku menuju ke arah dewan.Sesekali aku melihat jam dipergelangan tanganku.Alamak!Dah pukul 7.15 minit pagi.Lagi 5 minit je lagi perhimpunan nak mula!

Dengan tergesa-gesa aku melangkah tanpa melihat kehadapan.Mataku hanya fokus pada jam dipergelangan tanganku.Kalau lambat ni mesti Puan Hajar bising.

Sibuk melihat jam di tangan,tanpa aku sedari aku terlanggar dengan seseorang.

Buk!

"Aduhh...sakitnya dahii aku!" Aku menggosok dahiku yang sakit.Aku langgar orang ke tiang ni?Aku melihat orang yang aku langgar dihadapanku.Terbuntang mataku melihat siapa dihadapanku ini.

Tengku Muammar!

Gulp.Aku menelan liurku.Rapatnyaa dia dengan aku!Tengku Muammar memandangku dengan tajam.

"Err..em..."

Tiba-tiba sahaja dia memegang daguku lalu diangkat sedikit wajahku memandang wajahnya.Aku sudah menelan liur berkali-kali.Dia nak buat apa ni?!!

Aku sudah takut apabila dia makin merapatkan wajahnya ke wajahku.Aku mula memejamkan mata.Rapat.Tanganku sudah mencengkam tepi baju kurungku.

"Lainkali jalan tu...pandang depan bukan sibuk pandang jam je!!Lembap!" marahnya lalu dilepaskan daguku dengan kasar.Aku terundur kebelakang sedikit.Nasib tak jatuh weh.

Tengku Muammar ku lihat sudah merengus marah lalu dia terus sahaja berlalu pergi.Aku hanya memandang kepergiannya dengan pandangan yang kosong.

Dia...buat apa kat aku tadi?!!Jantungku sudah mengepam laju.Macam baru habis lari marathon je.Aku memegang kedua pipiku yang mula memerah.Aku...blushing??!

"Kenapa dengan aku ni?" ujarku perlahan.Tiba-tiba sahaja lonceng sudah berbunyi menandakan waktu perhimpunan akan bermula.

Aku tersedar dari lamunan seketika lalu dengan tergesa-gesa aku menuju ke arah dewan.Dah lambat!

Sementara itu...

Tengku Muammar memegang jantungnya seketika.Laju jantungnya berdetak.Sebenarnya niatnya hanya ingin menakutkan gadis itu tapi entah kenapa dia dengan beraninya berkelakuan begitu kepada gadis itu.

Tanpa dia sedar,dia tersenyum sendiri.Gadis itu betul-betul menarik minatnya.Sukakah dia pada gadis itu?

******************************
Lama tak update.Maaf lau saya lambat update.Saya cuba untuk update bila tak sibuk ya.

+Agak-agak apa jadi seterusnya?Hehe..Next update akan ada Naim . ;)

Alahai...Cikgu Sayangku Where stories live. Discover now