AYUNI ketawa suka. Berbual bersama Zairi ternyata seronok juga. Lelaki ini pandai membuatnya tersenyum.Tidak hairan lah dia menjadi cikgu yang paling diminati oleh pelajar-pelajar perempuan di sekolah ini. Juga cikgu-cikgu wanita yang masih belum berkahwin.
"Awak ni ada je kan nak cerita? Kelakar pula tu. Hahaha." Ayuni tertawa senang.
"Bukan selalu kan? Saya memang suka buat lawak. Saya suka tengok orang senyum. Lagi-lagi orang yang saya suka."Kata Zairi dengan maksud yang tersirat. Ditenung wajah gadis di hadapannya ini.
Ayuni terhenti tawanya seketika. Dia berdehem cuba menghilangkan rasa kurang selesa pada situasinya saat ini. Air yang berada dihadapannya dicapai lalu disedut sedikit. Cuba hilangkan rasa janggal yang tiba-tiba muncul.
"Err.. Wow..interesting." Puji Ayuni. Mukanya cuba diceriakan. Melihat tenungan dari Zairi membuatkan dia kekok untuk berkata-kata.
"Ayuni.."
"Hai, berdua je ke? Boleh join sekali tak?"Belum sempat Zairi mahu berkata sesuatu,muncul pula Naim dari arah belakangnya. Naim menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Lambat-lambat Zairi menyambut salaman dari Naim.
Ayuni yang melihat kehadiran Naim secara tiba-tiba membuatkan dia terkejut. Kenapa tiba-tiba dia datang sini?Jangan lah dia buat hal. Bisik hati Ayuni risau.
"Hai,Cikgu Ayuni. May i join?" soal Naim kepada Ayuni pula. Ayuni terkedu. Tidak tahu mahu menjawab apa. Akhirnya dia hanya mengangguk.
Kerusi yang berada disebelah Zairi ditarik lalu dia duduk. Zairi hanya membiarkan.
"Kalau tak silap awak ni kan yang cikgu baru tu? Cikgu Naim?" tanya Zairi ingin tahu.
"Betul lah tu. Dan kalau tak silap... Ni mesti Cikgu Zairi kan? Cikgu paling hot dekat sekolah?" duga Naim.
"Eh, apa pula kata macam tu? Saya biasa-biasa lah cikgu." Segan pula Zairi apabila Naim memujinya sebegitu. Ayuni hanya diam. Mendengar sahaja perbualan mereka berdua.
".. Yang biasa-biasa tu lah jadi luar biasa." Naim tertawa dengan gurauannya. Zairi tertawa kecil. Baik juga Naim ini.
"Ayuni..."
Belum sempat Naim mahu berkata muncul pula Tengku Muammar dimeja mereka. Ayuni membulatkan matanya. Dah tambah pula lagi seorang? Hura-hara lah kantin ni nanti.Ayuni mula menundukkan pandangannya kepalanya dipicit sedikit. Entah apa pula sekejap lagi yang akan terjadi?
"Selamat Pagi, Cikgu!" ucap Tengku Muammar dengan senyuman lalu kepalanya ditundukkan sedikit tanda hormat. Mereka bertiga yang duduk dimeja itu memandang pelik dengan kelakuan baik Tengku Muammar.
Ayuni dapat mengagak bahawa budak ini pasti ada rencananya. Bukan Tengku Muammar lah kalau tak ada helah kan?
"Pagi." Jawab Zairi dingin. Dia memandang Tengku Muammar dengan tidak puas hati begitu juga dengan Naim.
"Kenapa tercegat dekat situ? Ada hal ke nak cakap?" soal Zairi dengan mukanya yang serius.
"Oh, ya ada. Cikgu Ayuni, Puan Hajar minta cikgu untuk tolong dia sekejap dekat pejabat. Katanya penting tentang hal perkhemahan nanti,"beritahu Tengku Muammar dengan yakinnya.
Ayuni berkerut dahinya. Minta tolong apa pula? Kata pagi tadi semua hal dah selesai? Bisik hati kecil Ayuni.
"Lambat sangat lah cikgu ni! Nanti saya kena marah pula dengan Puan Hajar kalau cikgu lambat-lambat macam ni. Jom lah saya tolong hantarkan cikgu." Kata Tengku Muammar. Terus sahaja lengan Ayuni ditarik sehingga Ayuni bangun dari duduknya. Beg tangan yang berada disebelah kerusi cepat-cepat Ayuni capai.
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...