MASUK sahaja aku di dalam bilik,aku terus merebahkan diriku di atas katil.Beg yang aku sandang dibahu terus aku campakkan di atas lantai.Aku berbaring menelentang di atas katil sambil mataku terkebil-kebil memandang siling bilik.Aku teringat kejadian yang berlaku sewaktu aku terjumpa dengan Zed dibelakang sekolah.
"Wah,anak pengetua sekolah lalu sini lah."
Kedengaran satu suara yang membuatku berasa geram tiba-tiba.Entah macam mana pula mereka bertujuh ni ada dekat sini?Hishh,semak!Tanpa menghiraukan mereka yang sibuk mengata tentang diriku,aku terus mempercepatkan langkahku melintasi dihadapan mereka.Sakit telingaku mendengar tawa sinis dari mulut mereka.
"Am!"panggil satu suara yang amat aku kenali.Aku memberhentikan langkahku.Mata aku pejamkan seketika cuba mengusir rasa marah pada diri.
"Nantilah dulu.Laju-laju nak pergi mana?Kita lepak dulu berbual lama sikit."
Aku mengetap bibir geram."Maaf,aku sibuk.Aku nak balik."
Baru sahaja aku ingin melangkahkan kakiku,tiba-tiba dia bersuara lagi.Kali ini cukup buat hatiku membara.
"Eh,Amelia apa cerita eh?Lama aku tak jumpa adik kesayangan kau tu.Yelah,sejak aku bawa dia keluar jalan-jalan pergi hotel tu dia macam dah tak nampak sekarang.Kenapa eh?Ohh,sorry.Aku lupa lah Am dia masih sakitkan?Mungkin juga trauma yelah masa dekat hotel tu kan aku..."
Belum sempat Zed menghabiskan kata-katanya,aku terus berlari ke arahnya lalu menumbuk mukanya dengan kuat.Buk!Zed terjatuh di atas lantai.Kawan-kawannya pula cuba membantu Zed yang jatuh manakala dua orang kawannya lagi cuba menahan ku dari terus memukul Zed.
"Kau memang sial lah Zed!Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku?!Kalau kau tak puas hati kau cakap dengan aku sekarang!!!"marahku sambil cuba meronta dari cengkaman dua orang kawan Zed.
Zed yang sudah mula bangun itu tertawa sinis lalu darah yang mengalir ditepi bibirnya di lap menggunakan ibu jari kirinya.Dia tersenyum sinis.
"Kau nak tahu apa yang aku tak puas hati?Nak tahu?Sebab kau kakak aku mati!!!"marahnya pula.Aku terdiam.
"Kau lupa Am?Kau lupa yang kau dah bunuh kakak aku?!"tuduh Zed.Aku menggelengkan kepalaku perlahan.Tak!Bukan aku!
"Zed,sumpah Zed!Aku tak bunuh kakak kau!Aku tak tergamak nak buat macam tu dekat kau!"nafiku.
"Tak tergamak?Ohh...tak tergamak.Habis bukti yang aku jumpa tu apa?Kau nak kata bukti yang aku jumpa tu bukan kau yang punya?!"Zed sudah turun naik nafasnya.
"Bukan macam tu Zed.."
"Eh,apa susah sangat kau nak mengaku ni ?Sudahlah tu Am!Kawan aku sendiri nampak kau masa tu!"
"Tapi dia tak tahu apa sebenarnya yang jadi!Kau langsung tak nak dengar penjelasan aku waktu tu!"Aku sedaya upaya cuba menyakinkan Zed.Namun hampa Zed langsung tidak mempercayai kata-kata aku.
"Dah lah Am!Bosan lah aku dengar benda yang sama.Kau tak nak mengaku sebab kau takut kena tangkap kan?Tak apa.Tak apa.."
Zed mula berjalan menghampiri ke arahku.Cengkaman di kedua-dua lenganku dilepaskan oleh kedua-dua kawan Zed.Kemudian Zed mula rapat lalu dia berbisik di telinga kananku.
"Kita tengok lepas ni apa yang akan jadi pula dengan...mak kau."
Buk!Lagi sekali aku menumbuknya.Tapi kali ini Zed dan kawanya yang lain mula membalas seranganku.Aku mula bertumbuk dan bergaduh sehinggalah...
"Berhenti!!!"
Aku kemudiannya tersedar dari lamunanku apabila telefon bimbit diseluarku berbunyi.Segera aku mengeluarkan telefonku dari poket seluar.Aku melihat nama pemanggil di skrin telefon.Qaira calling...
Aku mengeluh.'Tak habis-habis minah ni!'Rungut aku dalam hati.Lambat-lambat aku menjawab panggilannya.
"Hello,Am!"sapanya dihujung talian.Aku mula rasa menyampah mendengar suaranya yang agak gedik pada pandanganku.
"Ada apa call aku?"sahutku malas.
"Malam you free tak?"tanyanya dengan lunak.Alah,ingat aku cairlah tu!
"Tak!"jawabku sepatah.Malas melayan sebenarnya.Mesti ajak aku teman shopping lagi ni.
"Alah...you jom lah teman I pergi shopping."Haa,aku dah agak!
"Pergilah sorang.Macam tak biasa pergi sorang.Dah besarkan?Eh,dah lah penat je cakap dengan kau ni.Bye!"Terus sahaja talian aku matikan.Kemudian aku terkekeh ketawa.Hahahaha!Padan muka kau!Mesti muka dia hodoh gila bila aku tak nak teman dia hahaha!
"Am!Am!"Kedengaran ketukan di pintu bilik tidurku.Aku memandang ke arah pintu bilik yang diketuk.
"Ya,mama!"sahutku dari dalam.
"Mari turun makan.Kita makan sama-sama semua tunggu dekat bawah tu,"ajak Puan Hajar.
"Baik!"Aku segera bangun dari pembaringan lalu beg yang berada di atas lantai aku ambil dan letakkannya di atas katil.Butang baju aku buka satu persatu.Sedang aku membuka baju tiba-tiba teringat pula cikgu baharu di sekolahku.Aku tersenyum tiba-tiba.
Belum pernah aku jumpa cikgu macam tu.Berani juga dia.Kalau cikgu baru yang dulu,aku gertak sikit je terus takut.Tapi kali ni berbeza pula.Hmm..menarik ni kalau aku kacau.Aku mula menyusun strategi untuk mengenakan cikgu baharu itu.Tunggulah!
***********************************************************************************************
AKU mula melangkah menuju ke arah ruang tamu.Kelihatan Dania sedang sibuk menonton cerita korea kegemarannya.Aku segera menuju ke arah Dania.Wah,tengok cerita sambil makan Maggie eh?Tak ajak!
Aku mula menghempaskan punggungku di atas sofa.Aku memandang dia yang berada disebelahku.Amboi,syok betul makan sambil tengok cerita tak toleh aku pun!Aku mula menepuk kuat pahanya.
"Adoii!!Apesal kau ni?!"marahnya apabila aku menepuk pahanya kuat.Aku terkekek ketawa.Tu lah khusyuk betul tengok cerita korea dia tu .
" Khusyuk betul tengok cerita.Aku yang kat sebelah ni pun kau tak pandang,"sengih aku memandang Dania.
"Haruslah.Pak we aku tu kat TV." Okay.Nampaknya dia terlebih perasan.Aku membuat gaya seperti ingin muntah.Dia hanya meneruskan suapannya yang tergendala.
"Beb."
"Erm?"sahut Dania sambil matanya tidak lepas dari skrin TV.
" Kau rasa aku selamat tak esok?"tanyaku dengan tiba-tiba.Dania yang sedang ingin memeruskan suapannya tadi terus terhenti.Dia memandang ke arahku.
"Why ni?Kau takut Naim tu akan buat kecoh?" teka Dania.
"Bukan tu je . Erm . Aku takut...akan ada tambah lagi masalah lepas ni.." aku mengetap bibir.Sebenarnya aku risau tentang hari esok.Pasti Naim akan mencarinya nanti.
Dania terus meletakkan Maggie yang dipegangnya diatas meja.Kemudian dia memandangku dengan serius.
"Kau jangan lah risau.Tak payah fikir sangat.Aku harap esok tak jadi apa-apa yang buruk.Kau jangan takut.Okay?" kata Dania dengan senyuman.
Aku tersenyum hambar.Mampu ke aku?
*********************************************************
Maaf tau lama tak update.Saya sibuk bekerja harap faham ada masa saya akan cuba update okay?
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...