Lisa Blackpink as Cikgu Ayuni 😍👆🏻 Okay tak? 😍
※※※
AYUNI mula serabut melihat para pelajar yang lain berebut untuk membeli makanan dikantin.Ada yang tolak menolak ada yang bertelingkah.Dia mula bercekak pinggang lalu memarahi mereka semua.
"Perhatian!!Para pelajar sekalian!!"
Tiada respon.Keadaan masih sama.
"Hey!!"Kali ini dia cuba menarik perhatian pelajar yang lain dengan mengetuk meja dihadapannya beberapa kali.Masih tetap sama tiada perubahan.
"Hoii!!"
Para pelajar yang lain mula menoleh ke arah suara yang agak garau itu.Kelam kabut mereka semua mengambil baris untuk beratur.Pelajar yang lain mula menunduk takut.
Ayuni menoleh seseorang yang berada disebelahnya.Terkedu dia seketika.Hatinya serta merta berdegup kencang.
"Apahal korang semua ni?Tak reti nak beratur?Nak aku tapak muka sorang-sorang ke baru nak beratur?!"gertak Tengku Muammar.
Pelajar yang lain hanya menggelengkan kepalanya.Takut jika Tengku Muammar bertindak memukul mereka semua.
Tengku Muammar mengerling wanita disebelah kirinya.Wanita itu terus sahaja berpaling ke arah lain dan menunduk melihat ke bawah.Kelihatan seperti mukanya agak merah.Malu mungkin?
Tengku Muammar hanya tersenyum senget.
"Kau nak makan ke?"tanya Tengku Muammar tiba-tiba.
"Ha?"
Ayuni jadi blur seketika.
"Nak makan ke? "tanya Tengku Muammar sekali lagi.
Lambat-lambat Ayuni mengangguk. Baik pula mamat ni tiba-tiba.Bisik hati kecilnya.
"Hadi! Ikmal! " panggil Tengku Muammar.
Dengan pantas Hadi dan Ikmal segera menuju ke arah Tengku Muammar.
"Hadi..Ikmal..kau pergi ambilkan makanan untuk dia,"arah Tengku Muammar sambil matanya tidak lepas dari merenung Ayuni.Ayuni terkedu apabila Tengku Muammar berkata begitu.
Si tiang ni..biar betul?
Dengan pantas Hadi dan Ikmal segera menuju ke kaunter makanan di kantin untuk mengambil makanan.
"Kenapa tiba-tiba baik pula nak ambilkan makanan?"soal Ayuni ingin tahu.
"Saja."
Ayuni hanya merengus kasar.Tidak berpuas hati dengan jawapan Tengku Muammar.
"Mesti lah aku tak nak orang yang aku sayang ni kena tolak dengan diorang ni semua hanya sebab nak ambil makanan,"ujar Tengku Muammar perlahan.Namun dapat didengari oleh Ayuni.
Ayuni memandang Tengku Muammar dengan tatapan yang lembut.Lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah...
"Wah,main-main mata pula ke?"
Tegur satu suara dibelakang mereka berdua.Ayuni dan Tengku Muammar menoleh ke arah belakang.Melihat sahaja siapa gerangannya,membuatkan Tengku Muammar mula berpanas hati.Dia lagi..
"Apa masalah kau?"
"Tak ada masalah pun.Saja tengok tak boleh?"
Zed tersenyum sinis.
"Kalau kau datang sekadar nak buat hati aku panas.. Baik kau blah lah! "
"Wow, marah nampak? Chill lah bro. Aku datang dengan cara baik ni. "
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...