SELESAI sahaja perhimpunan,semua guru dan pelajar mula bersurai.Aku mula bingkas bangun bersama Nisa.Tiba-tiba ada seseorang memanggil namaku.Aku menoleh.
"Ya,Cikgu Zairi?" sahutku.Aku dan Nisa memandang lelaki dihadapanku ini.Lelaki yang bernama Zairi itu tersenyum ke arahku.
"Selamat pagi,Ayuni.Selamat pagi juga Nisa." Ucapnya ramah dengan senyuman.Sejuk hatiku memandangnya.Ehem.
"Pagi." Aku dan Nisa menjawab serentak.Kemudian aku dan Nisa saling berpandangan.Tiba-tiba tawaku dan Nisa meletus.
"Ayu,awak dah sarapan?" tanya Zairi kepadaku.Aku mengerutkan dahi memikirkan sesuatu.
"Kenapa?Cikgu nak belanja saya ke?"tanyaku dengan usikan.Zairi hanya tertawa kecil.
" Macam tahu-tahu je."
"Jadi betul lah ni?" tanyaku ingin kepastian.
"Yup." Dia mengangguk dengan yakin.
"Okay kalau macam tu cikgu pun kena belanja Nisa juga," balasku.
"Eh,boleh tak kisah." Mendengarkan itu membuatkan aku tersenyum memandang Nisa.Nisa sudah menunduk malu sambil mengerling ke arah Zairi.
"Er...betul ke ni cikgu?Tak menganggu ke kalau saya ikut cikgu dan Ayuni makan sekali?" tanya Nisa dengan ragu-ragu.Jarinya dipintal-pintal seperti resah dengan jawapan Zairi.
"Tak pun.Saya tak kisah.Lagipun lagi ramai lagi seronok,"balas Zairi dengan senyuman manisnya.Alahai,cikgu kenapa awak baik sangat nii...
" Okay,kalau macam tu jumpa cikgu pukul 10 nanti ya di kantin?"pintaku.
Zairi mengangguk setuju.Kemudian aku dan Nisa meminta diri untuk beredar.Masa untuk mengajar!
******************************
SEWAKTU aku sedang berjalan menuju ke arah kelas,tiba-tiba lenganku ditarik dari arah belakang.Aku segera berpaling lalu aku melihat Naim sedang menarik lenganku.Serta merta aku cuba melepaskan tangannya yang mencengkam lenganku.Sakit.."Apa ni Naim?!Lepaslah!" rontaku.Naim terus melepaskan cengkamannya.Aku memegang lenganku yang sakit akibat cengkaman kuat dari Naim.Aku merenung Naim dengan tajam.
"Sorry.Naim tak sengaja.Ayuni okay?Sini Naim tengok," pintanya lalu dia cuba mendekatiku lagi.Aku menahannya dengan tanganku.Dia berhenti melangkah.
"It's okay.Tak payah." Tegas nadaku berkata.
"Naim minta maaf sebab berkasar dengan Ayuni."Kata Naim dengan riak mukanya yang risau.Aku hanya mengendahkan kata-katanya.
" Kenapa diam?Ayuni marahkan Naim ke?Please say something.Jangan buat Naim risau."Naim menggigit bibirnya.Risau juga kalau-kalau cinta hatinya ini merajuk kerana dia.
"Tak lah!Dah lah Ayuni dah lambat kelas dah nak start ni.Ayuni pergi dulu," balasku dengan rengusan kasar.Ketika aku ingin beredar,sekali lagi dia menarik tanganku pula.Aku mula meronta.
"Naim!Apa ni?!Sakitlah!"
"Kenapa Ayuni macam ni?Ayuni tahu tak susah payah Naim datang sini nak jumpa Ayuni?" katanya dengan suara yang agak tinggi sedikit.Aku sudah mula rasa takut.Dia ni kenapa?
Ya Allah...mintak-mintak lah ada orang lalu sekarang ni.Doaku dalam hati.Aku cuba melepaskan cengkamannya lagi.Tiba-tiba...
"Oi!"
Terus terhenti rontaanku mendengar suara itu.Itu macam...
"Pahal?"Aku memandang ke arah hadapan.Kelihatan Tengku Muammar sedang berdiri sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.Matanya memandang tajam ke arah Naim dan juga aku.Aku menelan liur.
Agak-agak dia buat hal lagi tak kali ni?
Naim ku lihat seperti gugup seketika.Cengkamannya kian melonggar.Aku terus menarik tanganku darinya.Aku melihat pergelanganku sudah merah.Aduh mesti bengkak ni.
" Tak..tak ada apa."Jawab Naim takut-takut.Dia tanpa membuang masa terus beredar apabila Tengku Muammar sudah memandangnya tajam.Aku mengeluh lega.Nasib baik ya ada budak ni.Berbaloi juga dia anak pengetua sekolah haha.
"Eh,pendek!" panggil Tengku Muammar.Aku membuntangkan mata apabila mendengar panggilannya kepadaku.Pendek?!
"Sini kau!" Tangan telunjuknya mengarahkanku pergi ke arahnya.Aku mengetap bibir.Abis kau tu tinggi dah lah macam galah.Ish.
Aku perlahan-lahan menghampiri ke arahnya sehinggalah aku tiba dihadapannya.Dia memandang mukaku dengan tajam.Aku hanya membalas pandangannya sehinggalah...
"Aduh!" Aku memegang dahiku yang ditepuk oleh Tengku Muammar.Apesal ni?!
"Lembap!Yang kau tenung balik muka aku kenapa?" tiba-tiba dia memarahiku.Aik,aku pula?
"Habis tu awak pandang saya macam tu saya pandang lah awak balik macam tu," jawabku dengan geram.Dia yang tenung kita macam nak makan kita pula yang kena.
"Tengok tangan."Aku mengerutkan dahiku.Nak buat apa pula ni?
Lambat-lambat aku menghulurkan tanganku.Geram dengan tindakanku yang seakan membuang masanya.Dia menarik tanganku sehingga aku terdorong ke hadapannya sedikit.
Aku menahan debaran di dada.Kenapa ni?Tengku Muammar menyelak sedikit baju dipergelangan tanganku.Dia melihat kesan merah dipergelangan tanganku.Kemudian dia memicit sedikit kesan yang merah itu.Aku meringis sakit.
" Sakit lagi?"tanyanya lembut sambil matanya memandang ke arah tanganku.Aku mencuri pandang ke arahnya.Dia ni tak lah seteruk yang aku sangka?Baik juga dia.
Aku hanya mengangguk.
"Puas tenung muka aku?" Aku tersentak dengan teguran itu.Terus aku melarikan pandanganku ke arah lain.Aku tiba-tiba menggeleng.
"Tak.Mana ada saya tenung awak." Nafiku.Aduh kantoi ni kau tengok muka dia Ayuni.Gumamku dalam hati.
Tengku Muammar tersenyum sinis.Tiba-tiba aku baru tersedar sesuatu.Aku dah lewat masuk kelas!Terus aku menarik tanganku daripada Tengku Muammar.Dengan kelam kabut aku terus beredar tanpa menghiraukan dia di situ.
"Oi,pendek!!!" laung Tengku Muammar.
Aku menoleh ke belakang seketika.
"Pukul 10 pagi tepat aku nak kau datang dekat padang.Kalau kau tak datang kau akan tahu apa nasib kau!" arahnya dengan tegas.Aku tanpa membalas kata-katanya terus sahaja beredar.Tak ada masa nak layan!Dah lambat nii!
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...