MASUK sahaja dia ke dalam rumah, Dania terus mendapatkannya. Terkejut Ayuni dibuatnya. Ingatkan tak ada orang tadi dekat rumah.
"Beb, aku mintak maaf tak dapat ambil kau tadi. Kereta aku buat hal pulak masa nak ke sekolah. Sorry, beb." Rayu Dania dengan rasa bersalahnya. Mukanya dikesiankan sambil tangannya memohon maaf.
Ayuni mengeluh nafas lega kemudian dia tersenyum hambar.
"Tak apa. Aku dah balik pun kira okay lah ni,"sengih Ayuni.
"Siapa yang hantar kau balik?" soalan Dania membuatkan Ayuni terdiam seketika. Gulp!
Nak beritahu ke tak eh?
"Cikgu handsome yang dekat sekolah kau tu ke?" teka Dania dengan senyuman. Kedua tangan Ayuni dicapai. Ayuni masih berdiam.
".. atau Tengku?"
Ayuni memejamkan matanya. Dania kemudiannya terlompat gembira.
"Beb, dia hantar kau balik? Budak sekolah tu? How sweettttt... Dia hantar naik apa? Kereta ke?" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Dania. Dia ni kalau tak kecoh tak sah.
"Motor je."
"What?! Motor je? Lahh aku ingat naik kereta macam yang drama Korea tu.."
Aduhai,Dania ni..
"Tak habis dengan Korea kau tu."Ayuni menggelengkan kepalanya.
"Whatever. Jadi dia macam mana? Ada tak ciri-ciri macam lelaki yang matang?"
Ayuni menepuk dahinya. Apa kena dengan kawan aku ni?
"Tak. Aku rasa sakit hati. Menyampah. Dah lah aku nak rehat. Merepek nanti kalau aku cerita dengan kau,"ujar Ayuni lalu mula melangkah menuju ke tangga atas.
" Jangan menyampah sangat tahu-tahu nanti dia yang jadi suami kau! " Laung Dania dengan gelak tawanya. Ayuni tidak ambil kisah. Suka menyakat dia tu.
************************************
LAMPU bilik dibuka.Beg sekolah yang disandang dibahunya dicampak ke atas katil miliknya.Kemudian,tubuhnya direbahkan juga ke atas katil. Dia kemudian mengeluh.Teringat sewaktu dia menyelamatkan Ayuni petang tadi. Dia kemudian tertanya tentang lelaki yang selalu menganggu Ayuni. Dua kali dia melihat lelaki itu menganggu Ayuni. Seperti ada sesuatu diantara mereka berdua.
Siapa dia? Apa kaitan dia dan Ayuni? Apa mahunya? Tapi bila dia ingat sesuatu.. Lelaki yang menganggu Ayuni seperti pernah dilihat sahaja. Tapi.. di mana?
"Siapa sebenarnya lelaki tu?" soal Tengku Muammar pada dirinya sendiri. Dia harus menyiasat tentang hal ini dan ambil tahu hal ini.
Dia tahu lelaki itu seperti ada niat tidak baik kepada Ayuni. Apa yang berlaku dia akan cuba melindungi Ayuni.
"Ayuni Zahara.." tanpa sedar nama gadis itu disebutnya. Dalam beberapa saat kemudian dia tersenyum sendiri.
Gadis itu..
Ya, gadis itu sentiasa menganggu fikirannya. Entah mengapa. Dia jadi suka dengan cara gadis itu. Hanya gadis itu yang tidak takut dengannya. Berbeza dengan cikgu-cikgu yang berada disekolahnya.
Dia jadi senang apabila gadis itu dekat dengan dirinya. Jantungnya juga akan jadi laju apabila merenung ke dalam mata gadis itu.Perasaan apa ini? Suka? Cinta? Entah lah dia sendiri tidak pasti?
Dia teringat apabila gadis itu marah dan sewaktu dia mengusik gadis itu. Comel sungguh. Haha. Lagi-lagi apabila pipi gadis itu mula kemerahan menahan malu. Aduhai..
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...