AKU memandang ke arah hadapanku.Seorang pelajar lelaki mula bangun dan memberi salam.Mungkin ketua kelas itu?Fikirku.Setelah memberi salam,pelajar yang lain mula berdiri dan mengikut memberi salam kecuali tiga orang pelajar lelaki yang berada di belakang.
Aku yang melihat mereka hanya menggelengkan kepala. 'Kalau ada air sekarang ni memang aku simbah juga budak tiga ekor ni. 'Gumam hatiku.
Tanpa melengahkan masa aku memperkenalkan diriku.
"Baiklah, saya perkenalkan diri saya. Saya Cikgu Ayuni iaitu cikgu baharu kamu yang akan menggantikan Cikgu Fasihah. Saya akan mengajar awak subjek Bahasa Melayu... "
Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, seorang pelajar lelaki mula menyampuk.
"Umur cikgu berapa ye? "Soal pelajar itu.
"Cikgu dah kahwin ke belum? "Tanya rakan pelajar lelaki disebelahnya.
"Cikgu minta nombor telefon boleh? "
"Cikgu ni cantiklah!"
Aku memandang satu-satu pelajar yang bertanyakan soalan.Aku mula pening memikirkan soalan mereka.Haih,semua tanya tentang hal peribadi.
"Perasan lawa je cikgu ni."Bisik seorang pelajar perempuan dihadapanku kepada rakannya.
"Tu lah.Mentang-mentang baru masuk,"balas rakannya pula dengan nada berbisik seperti tadi.
Aku yang mendengarnya cuba menyabarkan diri. Sabar Ayuni sabar. Boleh tahan juga mulut mereka berdua ini.
"Kelas!! Jangan bising sangat. Saya boleh jawab soalan awak semua tu tetapi jangan tanya tentang hal peribadi saya. Okay?"Ujarku sedikit kuat.
Pelajar yang lain mula tenang dan tidak bising seperti tadi.
"Umur saya 23 tahun. Saya... masih belum berkahwin. Nombor telefon sila minta secara peribadi.Jangan telefon untuk suka-suka tapi telefon hanya untuk bertanya tentang pelajaran,"jawabku.Tegas.
Pelajar yang lain hanya menganggukkan kepala.
"Okay, sekarang saya nak awak semua perkenalkan diri masing-masing bermula dari yang kanan saya ni,"pintaku.
Dan bermula lah sesi suai kenal antara pelajar. Bermacam karenah sahaja apabila pelajar lelaki yang memperkenalkan diri mereka daripada pelajar perempuan yang sedikit senyap. Cuma hanya dua orang pelajar perempuan dihadapaku sahaja yang bermulut laser sedikit.Tapi aku tetap tidak kisah dan masih sabar.Itu pun kalau kesabaran aku masih ada. Huhu.
Hampir selesai sahaja sesi suai kenal antara pelajar, kini tinggal tiga orang sahaja lagi pelajar untuk memperkenalkan diri.Aku memandang ke arah tiga orang pelajar tersebut yang sedang tidur. Aku meminta seorang pelajar lelaki untuk bangun mengejutkan mereka bertiga.
Akhirnya pelajar tersebut mula terjaga.Tetapi yang seorang lagi apabila terjaga mukanya mula menyinga seakan mahu menerkam pelajar yang mengejutkannya.
"Kau pahal? Kacau aku tidur je! "marah pelajar lelaki itu.
Aku yang melihatnya tersentak. 'Mak oii! Garangnya!'
"Weyh, Am! Tu.. ada cikgu lah! "bisik rakan dihadapannya yang tertidur tadi.
Lelaki yang bernama Am itu memandang ke arahku dengan tajam. Seperti mahu menelanku sahaja. Gulp! Aku menelan liur.
"Aku rasa cikgu baru ni. Aku tak pernah nampak pun muka dia. Comel seh! "bisik rakannya yang lagi satu pula.
Tiba-tiba lelaki yang dipanggil Am itu mula bangun dari duduknya. Langkah diatur menapak ke arahku. Aku mula berdebar.
"Weyh, Am! "panggilan rakannya tidak dihiraukan.
Kini dia sudah berada dihadapanku. Dekat. Sangat dekat. Hanya sejengkal sahaja jarak aku dan dia. Dia memandang tepat ke anak mataku. Aku melawan pandangannya dengan perasaan yang sukar untuk aku katakan.
'Kenapa ni? Jantung aku berdebar! '
"Kau kenal aku siapa? "Soal lelaki dihadapanku ini.
Aku menjawab dengan terketar-ketar. "Si.. Siapa? "
"Aku Tengku Muammar bin Tengku Kamal anak kepada Puan Hajar."Jawabnya dengan yakin tanpa rasa takut.
Aku terlopong seketika. Anak Puan Hajar?! Biar betul?!! Aku terasa seperti mahu pitam sahaja. Betul ke apa yang aku dengar ni?
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...