Bab 27

3K 102 34
                                    

SAMPAI sahaja dimeja kerjanya, Ayuni melepaskan keluhan.Penat juga turun naik tangga pergi ke kelas sana sini. Lepas ini tinggal lagi empat kelas yang dia perlu mengajar.Dilihatnya jadual yang ditampal di atas meja kerjanya. Kemudian dia terus membesarkan matanya apabila melihat kelas yang seterusnya dia akan mengajar.

"Alamak, lepas ni kelas budak tiang ni pulak! Aduhai, makin stress aku dibuatnya." Gumam Ayuni seorang diri. Dia melepaskan keluhannya seketika.

"Hai, Cikgu Ayuni."Sapa Zairi yang tiba-tiba muncul dihadapan Ayuni. Sambil itu tangan kanannya memegang fail kerjanya. Dia tersenyum melihat pujaan hatinya. Ayuni membalas senyuman Zairi kemudian di anggukkan sedikit kepalanya tanda hormat.

" Tak ada kelas ke ni?"soal Zairi ingin tahu.

"Ada lagi empat kelas saya kena ajar. Saya rehat sekejap. Penat tadi turun naik tangga tingkat atas." Jawab Ayuni dengan sengihan.

"Oh, biasalah tu. Saya pun kadang macam tu. Penat juga naik turun tangga tapi tak apa lah boleh jadikan senaman sikit. Betul tak?"

"Betul lah tu." Ayuni mengangguk setuju.

"Erm,Ayu.."

Ayuni hanya menanti kata-kata seterusnya dari Zairi.

"Free tak esok? Kalau tak keberatan saya ingat nak ajak awak keluar?" pinta Zairi dengan harapan pujaan hatinya itu setuju dengan ajakkannya.

Ayuni menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa ya jawapan yang harus dia berikan?

"Err.. Saya tak pastilah. Saya takut ada hal esok dengan housemate saya. Maaf ya?" ujar Ayuni dengan serba salah.

Zairi hanya mengangguk faham. Kecewa sikit dengan penolakan Ayuni. Tapi tak mengapa lah hari lain ada lagi kan?

"Tak apa saya faham. Nanti kalau bila-bila awak free kita.. keluar sama?" Zairi memandang Ayuni dengan penuh berharap.

"InsyaAllah, cikgu." Ayuni hanya tersenyum tipis.

"Saya gerak dulu lah. Ada kerja sikit ni. Selamat mengajar." Ucap Zairi dengan senyuman kemudian dia berlalu pergi.

Ayuni hanya memandang kepergian Zairi. Dalam hatinya sudah berdegup kencang. Zairi? Ajaknya keluar? Aduhai, malu pula bila menolaknya. Tapi lebih baik rasanya. Dia tidak mahu Anisa berasa kecil hati dengannya. Cukup lah Zairi dan dirinya hanya sebagai teman sekerja sahaja. Itu yang terbaik.

Dikerlingnya jam ditangannya. Alamak, dia terlupa ada kelas! Cepat-cepat Ayuni mencapai buku kerjanya serta beg tangannya. Kemudian, dia terus keluar dari bilik guru.

************************************
"AM, kau dari tadi asyik kejap-kejap tengok luar kenapa?" soal Hadi sambil berkerut memandang Tengku Muammar yang seperti resah gelisah sahaja. Kejap kedua tangannya dimainkan. Kejap tangannya mengetuk meja kemudian matanya meliar memandang jam di dinding kelas serta diluar pintu kelas.

Ikmal yang melihatnya turut pelik. Jarang-jarang dia begini. Ada sesuatu yang tidak kena.

"Kau macam gelisah je apahal Am?" soal Ikmal pula. Hadi dan Ikmal berpandangan sesama sendiri.

"Ish,diam lah!"marah Tengku Muammar dengan nada yang perlahan.

Hadi dan Ikmal hanya berdiam. Tiba-tiba Qaira datang lalu diduduknya disebelah Tengku Muammar. Tersenyum-senyum dia melihat Tengku Muammar.

" Sayang... "panggil Qaira dengan lembut. Hadi dan Ikmal memalingkan mukanya ke belakang kemudian dibuatnya gaya ingin muntah.Meluat pula dibuatnya.

"Pahal? Nak apa? Kau duduk kat tempat kau lah. Jangan kacau aku. Aku tak ada mood ni." Balas Tengku Muammar tanpa memandang wajah Qaira.

"Sombongnya you dengan I kan? Sikit pun tak nak pandang muka I,"rungut Qaira sambil berpeluk tubuh.

Alahai...Cikgu Sayangku Where stories live. Discover now